Saya nie anak kedua dari tiga adik beradik, anak tunggal pompuan, jadi saya amat manja dengan Abah saya sebab Abang dan Adik saya sangat suka buli saya...
Abah saya seorang yg sangat garang masa saya kecik2.. Saya ingat lagi time saya kena rotan dengan hos vakum sbb Adik saya buat salah, tapi saya tak tegur dia..
Abah saya memang xbanyak cakap, tapi bila bukak je mulut, kami adik-beradik akan senyap seribu bahasa dan dengar je apa Abah akan cakap..
Saya ingat ada satu perkara di meja makan pd satu ketika, Abah saya cakap, "Kita kena juga pandai makan guna sudu dan garfu, supaya tak malu bila dok dalam majlis formal.." Ermm..Betul kan?? Walaupun Abah saya seorang Ustaz, tapi Abah sangat alert dengan perkara2 macam nie..
Tiap kali saya call umah dari asrama, saya akn pastikan saya menerima kata2 nasihat dan semangat daripada Abah sebab Abah kan seorang pendidik, jadi saya amat bertuah kerana sempat belajar beberapa perkara walaupun saya tahu banyak lagi yg saya terlepas dari mempelajarinya..
Pernah saya menangis kerana guru kaunseling mendera dan memalukan saya dan rakan sekelas yg lain di sekolah, apabila saya mengadu kepada Abah, katanya, "Cikgu tu cuma nak menguji tahap ketahanan pelajar jer.. Jadi, jangan marah cikgu..Semua yg cikgu buat tu, ada sebabnya.." Dan selepas itu, walaupun cikgu cubit perut saya atau ketuk jari saya dengan pembaris, saya tahu, cikgu memang ada hak untuk memperlakukan saya sebegitu..Dan saya yakin saya akan memdapat balasan yg baik kerana menghormati dan yakin kepada cikgu2 yg mengajar dan mendidik saya..
Pertama kali Abah dimasukkan ke dalam wad pada awal September 2001, saya menaiki bas drpd Pekan ke Kuantan(Saya xpernah menaiki bas langsung sejak saya bersekolah dari tingkatan 1 hingga 5 sebelum itu). Saya tersilap naik bas yg xmelalui hospital Besar Kuantan, saya tinggal seorang di dalam bas tu bersama konduktor bas dan drivernya..Bayangkan betapa takutnya saya ketika melalui jln2 kampung dlm keadaan itu.. Dan dengan malunya, saya terpaksa merayu Abang driver dan konduktor tu supaya menurunkan saya berhampiran dengan hospital kerana saya xtau langsung jln2 di Kuantan.. Nasib baik Abg driver tu sgt baik dan sanggup ikut jln jauh utk hantar sy ke hospital tu..
Bila saya sampai ke wad, saya tegur Abah, dan Abah xkenal SAYA!! Berlari saya keluar dari wad, duduk mencangkung di bawah ampaian kawasan dobi, menangis teresak2 sendiri. langsung saya tak percaya, Abah saya sakit sehinggakan xmengenali saya!! Sehinggalah sepupu saya datang memujuk saya.(Saya tahu, dia baru sampai dan disuruh oleh mak saya dtg mencari saya di situ sbb Abah saya langsung xboleh ditinggalkn sendirian..)
Selepas puas menahan sebak, saya kembali semula dengan senyuman, cuba menyembunyikan kerisauan dan kesedihan saya demi mak dan abah.. Bercerita tentang betapa berjayanya saya menjawab soalan2 lisan BM yg baru dijalani semalam..Abah melayan saya seperti biasa, seolah tiada apa yg terjadi, walaupun matanya sangat kabur dan mulutnya penuh dengan ulser kesan dari ubat yg dimakannya..
Selepas itu, hari2 Abah dipenuhi dengan ujian, ubat dan hospital.. Emak dan Abah mungkin dah sepakat untuk tidak memberitahu saya apa penyakit sebenar abah, semata2 kerana saya bakal menduduki SPM xlama lg..
Hospital Kuantan dan HKL dh jd rumah kedua mak dan Abah. Adik yg menduduki PMR tak dapat perhatian yg sepatutnya..Kesian dia.. Saya sangat sedih xdpt menbantu Adik. Dan saya rasa, Abah yg amat mementingkan pelajaran tu, lg sedih kerana terpaksa meninggalkn anak bongsunya berjuang dlm PMR keseorangan sedangkan Abah dirawat di HKL..
Hari Jumaat, 2 Nov 2001, Abang dan Adik datang ke Pekan untuk emnjemput saya untuk bersemuka dengan Abah sebelum peperiksaan bermula.. Alhamdulillah, saya sempat bersama Abah buat kali terakhirnya dalam keadaan yg tenang dan gembira..
Saya sempat menyuapkan air ke mulut Abah.. Saya sempat menadah kismis untuk Abah..
Cuma saya terkilan dengan tahap kelembapan saya apabila saya minta Abah mendoakan saya untuk SPM, abah langsung tidak dapat mengingatinya, dan saya amat terasa kelainan sikap Abah itu... Saya sempat mencium kedua pipi Abah dan dahinya dan Abah juga sempat menyuakan ciuman terakhirnya buat saya pada 3Nov itu..
Dan pada petang 6Nov 2001, emosi tak stabil saya semasa menjawab kertas English dan sejarah merungkaikan segalanya.. Tepat jam 4.35 ptg, makteh saya datang dan berkata,"Ngah, jom kita balik Chenor kejap. Kita balik tengok Abah dh balik kejap. Nnt malam, kita balik sekolah semula ya.."
Ya, dengan ayat itu, saya tahu, Abah saya dh kembali... Saya balik ke rumah bertemankan buku latihan matematik. Sampai di rumah, dh ramai yg sampai. Tapi Abah, emak, abang dan adik masih belum sampai.. Saya masuk, menerima pandangan simpati dari mata2 yg memerhati, xselesa lalu terus masuk ke dalam bilik. Mandi dulu sbb dh maghrib. Dan menyambung latihan matematik dalam buku yg saya bawa.. Ya..latihan matematik itu yg membantu saya terus waras...
Dan bila bising orang mengatakan ketibaan Abah, saya keluar berjalan longlai.. Dipapah oleh Chik dan Makteh, saya mengharungi orang ramai yg mempunyai tujuan yg sama dgn saya, untuk bertemu dengan Abah.. Memandang Emak yg berwajah tenang dan sabar, menguatkan semangat saya menuju ke arah sekujur tubuh kaku di sudut ruang tamu...
Dan, siapa yg dapat menahan deraian air mata apabila melihat insan yg pernah melayan mesra kita, terbaring sepi, hanya senyum indah menghiasi bibir lesi..
Rakan2 datang dari Pekan, memberi semangat dan mengucapkan kata menguatkan diri, disambut senyum kecil dibibirku, kerana sudi berkongsi kesedihan ini...
Dan, seolah hari itu, diciptakan untuk ini, hari Rabu tiada kertas exam, dan saya sempat menghadiri pengkebumian insan tersayang.. Usai segala yg wajib, saya sekali lagi menaiki kereta saudara untuk kembali ke Pekan meneruskan perjuangan SPM yg tentunya masih panjang..
Dan tamatlah kisah saya dan Abah selama 17 tahun...
Dan dia tetap kekal ada dalam hati saya..
Dan air mata mengiringi setiap patah kata dalam entry ini.. ya, saya seorang cengeng...
~~T_T~~~~
al-fatihah.....
ReplyDeleteSedih akak baca..
ReplyDeletesungguh tabah dirimu dik..
Sekarang ayah akak pun selalu sakit, akak tak dapat bayangkan betapa sedihnya jika kehilangan insan yang kita sayang.Akak memang boleh menitiskan air mata jika membayangkan perkara2 spt ini berlaku..
Moga roh ayah daia dicucuri rahmat & tergolong dlm golongan org2 yg beriman. Al-Fatihah.