Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, October 31, 2009

Kesabaran yang Perlu Ada..

Melangkah laju menuju ke kelas 2 Kreatif. "Paper Sains kertas 1 mula jam 7.05. Kena pergi awal. Student mesti tak ready lg. Kena bersihkan kelas dulu..ermm..."

Rutin pagi bermula awal.. Cuaca kelihatan amat baik..matahari telah mula bersinar sejak jam645 pagi lagi. Kehidupan di bumi Sarawak yang aman dan indah..

Sampai di kelas, keadaan hingar bingar. Langsung tiada riak atau gaya mereka akan menduduki peperiksaan akhir tahun subjek sains yang amat penting ini.. pelbagai gaya dan tingkah laku, suara gelak ketawa, malahan ada yang enak menjamu selera dengan nasi lemak yang mungkin dibeli di kantin sekolah!

"Selamat pagi kelas. Ready untuk exam hari ni. Sebelum tu, pusingkan semua meja kamu. Simpan semua buku ke dalam laci meja. Letak beg ke dalam laci. Saya mahu di atas meja kamu cuma ada kotak pensel dan botol air sahaja.." arahan mudah diberikan.. Namun begitu liat untuk diikuti.. Setelah berkali-kali arahan diulangi, barulah selesai urusan awal sebelum peperiksaan..

"Saya mahu kamu semua senyap dan bersedia sebelum saya mengedarkan kertas soalan. Selagi kamu tidak diam dan masih bercakap, selagi saya lihat masih ada yang menoleh ke kiri dan kanan, selagi saya nampak masih ada lelaki yang tidak memasukkan baju ke dalam seluar dan membutangkan baju, selagi itu, saya tidak akan mengedarkan kertas ini."

"Sains kertas 1 bermula pukul 7.05 pagi berakhir jam 8.05 pagi. Sekarang sudah jam 7.15. Kamu telah rugi 10 minit dan selagi arahan saya tak dipatuhi, kertas soalan takkan sampai ke meja kamu!" Sekali lagi arahan keras diberikan. Namun begitu, masih ada yang bercakap-cakap di belakang..

Apa yang mereka seronok bualkan sehinggakan mengambil ringan akan peperiksaan yang penting ini? Apakah yang mereka fikirkan sehinggakan kata-kata guru ini langsung tidak mereka pedulikan? Adakah guru yang berdiri dihadapan mereka ini langsung tiada kredibiliti sebagai seorang guru di mata mereka?

Akhirnya, tidak sanggup lagi melihat mereka terus alpa dan lalai, membiarkan diri terus rugi ketinggalan dan kehilangan masa, guru ini terus menggunakan senjata terakhir yang ada sebagai seorang guru.

"SENYAP! SAMPAI BILA KAMU NAK BERCAKAP? KAMU TAHU TAK PUKUL BERAPA SEKARANG NI? KAMU DAH LEWAT 20 MINIT!! KAMU CUKUP CERDIK UNTUK JAWAB SOALAN DALAM MASA YANG SINGKAT KAH?"

Kata-kata yang sedikit keras daku rasa, namun terus berjaya membuatkan kelas ini sunyi. Sekaligus membenarkan daku mengedarkan kertas peperiksaan dan memulakannya tanpa bertangguh lagi.. Tapi yang pastinya, kata-kata di atas perlu disertai dengan speaker HALILINTAR. barulah membawa kesan. Dan daku amat bersyukur kerna dikurniakan tuhan dengan peti suara yang amat fleksibel, membenarkan daku mengeluarkan suara yang dapat menembusi suara-suara kebisingan ciptaan pelajar-pelajarku..

alhamdulillah, setelah halilintar dipanah, barulah aman kelas. Semua pelajar tekun membaca soalan. Namun begitu, Reduan, Ashley, Maxwell dan Alekson nampak gelisah. Kadang kala memandang ke hadapan, ke kiri dan kanan, dan kadang kala menekupkan muka ke meja.

"Apa yang mereka fikirkan agaknya? Adakah soalan sains tersebut tidak dapat dijangkau oleh pemikiran mereka? Adakah mereka merasa kepanasan kerana kedudukan meja mereka yang berada bukan di bawah kipas? Atau adakah mereka telah give up dan menyerah kalah terhadap soalan-soalan tersebut?"

Alahai.. tak termampu dek RAM otak nie kalau semuanya nak difikirkan.. Belum lagi sikap Reduan yang mmg sukar diduga. Atau bakat Alekson yang pasti tidak ke mana sekiranya ego terhadap guru terus kukuh di hati.Atau Maxwell yang lahir dalam keluarga agak terpelajar tetapi bermasalah untuk dikawal sehinggakan ibunya sendiri sudah mati akal untuk 'mengikat' dirinya..

Daku lah guru, yang merasakan mereka masih punya harapan untuk dilentur.. masih luas peluang untuk berubah mengubah diri dan nasib keluarga. Doa sentiasa dipohon agar mereka sedar potensi diri, agar mereka tidak mempersiakan kurniaan tuhan dengan menggunakannya ke tempat yang salah..

Buat pelajarku semua,
Guru tidak minta dipuja atau dipuji..
Cukup sekadar dikau mengerti,
Apa yang kulakukan demi dirimu jua,
Apa yang sukar itu pastikan mudah suatu hari,
Pahitnya usaha akan menyusul manisnya kejayaan,
Hanya pengertian dan usaha dipohon,
Hanya kejayaan mu sebagai galang ganti,
Air mata yang menitis hari ini...

tata

Friday, October 30, 2009

One For All.. All For One??


Isi minyak RM5, perjalanan takkan sampai 100km..
Betol la tu..

Tapi, jangan salahkan minyak yang RM5 tu jer kalau sendiri lokek nak pergi isi minyak kat petrol pump.. tau!!

tata

The end of the week..(At least for me..)


Monday brings hope..
Tuesday comes with the spirit..
Wednesday and Thursday bring love to the air..
And Friday means holiday!!!

hahahahaha..... dh Jumaat pun.. cepatnya masa berlalu... Sehari demi sehari, makin dekat pada hari perhintungan...erMM?? Dayah cakap apa nie?? Kita kena selalu ingatkan diri sendiri kan...


Kadang kala, atau mungkin sering kali jua, kita menghadapi dilema, sama ada bertindak mengikut kata hati, atau mendengar perhintungan akal.. sering kali jua, kehendak hati bertentangan dengan pemikiran akal.. jadi, kita sebagai manusia, mahu tidak mahu, sentiasa berhadapan dengan persimpangan yang membezakan benar dan salah.. So, adakah diriku sudah cukup kuat dan ilmu untuk sentiasa berjaya memilih jalan yang benar dan lurus itu??

Mungkin kadang kala, kata hati lebih indah untuk dijalani.. Pahitnya kata akal, selalunya sukar untuk ditelan.. Apatah lagi untuk dijadikan pegangan membuat keputusan. Mungkin hati mahu memberontak, manakala akal mengatakan tiada guna memberontak, lebih baik berdiam diri dan lakukan apa yang perlu... Pasti memberontak lebih mudah dan kelihatan seperti boleh membawa kebaikan..(andai benar penilaiannya..) Namun begitu, adakah pemberontakan itu membawa kita ke jalan yang benar?? Adakah syaitan akan membiarkan kita memberontak secara 'BAIK'? atau adakah penerima kesan pemberontakan akan berfikiran bahawa pemberontakan tersebut adalah kesan dari perbuatannya satu masa dulu??

Tak guna kita merayu dari manusia, yang kadang kala akan melebihkan keperluan diri sendiri berbanding orang lain.. Kenapa tidak mengadu sahaja pada Allah yang pasti akan mendengar dan memberi rahmat?? Manusia memang selalu lupa..

Peringatkan diri untuk sentiasa istiqamah.. agar amalan sentiasa diterima.. Semoga kita semua kan beroleh keberkatan dan keinsafan...

"Diriku memang insaf.. Memberontak tidak akan membawa kebaikan.. Tapi, kalau dah sakit hati, kata2 langsung tak difahami, memberontak mungkin untuk memproses menunjukkan rasa hati..hahahahahaha"

tata

Tuesday, October 27, 2009

Selagi Hidup...

Bagusnyer suasana hari nie.. mendung jer.. yang penting, awal pagi td, hujan turun dengan lebatnya.. sejuk.. tapi abang dah bangun awal lg. nk tgk kekalahan Liverpool..hehehe
Diriku seperti biasa la.. Bangun untuk iron baju batikla.. hari nie pakai baju batik rasmi sekolah kaler hijau..huhuhuhu...

Sampai jer di sekolah, hujan dah reda.. Disebabkan hari nie ada exam, jadi kenala cepat ambil kertas exam.. Jaga paper Pend Sivik & Kewarganegaraan di kelas 2 Progresif. Dan sebagai tanda sayang dan kasih terhadap para pelajar yang telah ku lihat perkembangannya sejak awal tahun, daku pun membantu mereka membaca soalan yang ada tu.. maklumla, mereka mempunyai masalah untuk membaca dan memahami soalan2 yg tentunya dalam bahasa Melayu..

Selesai di kelas, hujan mula turun dengan lebatnya semula, dengan tekak yang kering akibat penerangan bersungguh dari seorang guru, daku balik ke bilik guru di bawah payung yang dikongsi bersama Madam Ong... Nasib baik ada Madam Ong, dapat tumpang.. terima kasih Madam..



Nie gambar yang diambil semasa di Genting highland. Semua permainan nak dinaiki, termasuklah Marry-Go-Round yang hanya untuk bebudak nie je...

Semoga diriku akan dapat meneruskan kehidupan ini dengan baik dan bahagia, di bawah lindungan dan rahmat dari Ilahi..

tata

Saturday, October 24, 2009

Static Week..

tiada kejadian yg menarik sepanjang minngu lepas dan minggu nie.. jadi, tiada bahan untuk blog ku yg nampaknya cam sunyi munyi nie.. so, sebagai penambah perisa, nie adala sikit gambar masa br2 kawen aritu.. dh 2 thn rupanya mahligai yg dibina bersama cik abang tercinta.. raser macam baru sebulan dua jer..hukkSS>>



Walaupun gambar2 nie nampak cm best jer, yela, 2 thn lepas punyer kan...tp, kalau amik gambar skang, selepas 2 thn kawen, msti ada kekurangan here and there kan.. ada kwn2, tak sampai setahun kawen pn dh bergambar bertiga.. so, sebagai motivasi kepada diri sendiri, I'm the best for my husband and so do my husband for me.. so, rezeki akan datang pada masa yang telah ditentukan seperti mana perkahwinan kami yg telah ditentukan awal sikit dari orang lain nie..huhhuhu

apa2pn, doa is the best weapon for muslim.. nk berperang kena baca doa, nk makan baca doa, tido jangan lupa, masuk toilet pn ada doanyer... so, nak minta sesuatu yg bukan kuasa kita, semestinya perlu berlebih2 lagi doanya kan... InsyaAllah..... ada rezeki, adala kan...

So!! Hidayah won't never give up!! and takkan membiarkan diri sendiri stress kerana perkara yang berada diluar dibang kuasa sendiri nie.. yg dapat kita lakukan is....

"USAHA AND TAWAKAL"

tata..

Tuesday, October 20, 2009

weekend yg lepas, diriku n suami gie ke KK, utk melaksanakan suatu perkara yg dikira besarlah utk kami berdua.. jadi, kami bertolak pd hari Ahad, kerana urusan tersebut akan dilaksanakan pada hari Isnin.

Seperti biasa, setibanya kami ke KK, kami terus ke Tang Dynasty hotel utk check in dan berehat jap..sempatla abang lelap kejap.. diriku pn sempatla harvest tanaman kt facebook..huhuhu

Lepas tu kami terus ke Center Point, tempat yg biasa kami kunjungi di KK. nk cari McD.. pastu jalan2 carik HP baru..ermm..nk yg ada 3G.. sbb dh ada no celcom yg baru.. walaupun ada cakap2 yg xbest didengar n dibaca tentang nie tp xperla.. ni line famili..
gambar2 nie dlm kete kt parking lot CP, sementara tunggu cik abang kunci kete..
nie gambar dr kamera hp ku.. jd bila gelap, mmg kabur la gambr...
abang lama sgt buat keje.. diriku bosan amik gambar...
kami round2 CP, tgk citer PAPADOM. BESR GILER.. semua kena tgk citer nie.. mmg banyak pengajaran walaupun sometimes mmgla xbrape logik.. tp, yg penting, nilai2 kekeluargaan yg semakin terkikis dalam masyarakat kita sekarang perlu dipupuk kembali.

dan diriku amatlah mengGALAKkan kita semua menonton PAPADOM nie sebagai pencambah minda yg relek dan santai.. ada adegan yang kelako giler.. still ada yg menyayat ati hingga mencurah2 air mata ku membasahi pipi..

CRK (cuti rehat khas)(yg dikhaskan utk cecikgu jer) aku dh 3 ari digunakan..out of 7 days yg diberikan setiap thn. isnin crk yg ke3.huhuu..dpt rehat sket.. so, balik ke sekolah, ngaja cm biasa.. nie gambar2 pokok limau kasturi kt tepi gelanggang sekolah. di ambil semasa pertukaran kelas dalam kul 820 pg..





br je ingat nk ngutip buah2 nie minggu dpn, biler dia dh cukup masak ranum, boleh buat air.. tp nyer, biler bebudak 1 Inovatif turun ke gelanggang utk kelas dorang, sempat lg dorg kutip buah2 yg baru berputik tu..isk isk isk... sedeeYYYY

tata

Thursday, October 15, 2009

Jumaat sudaa... Semoga masa yang telah diisi tidak sia-sia..


Hari nie aku free..bukan sbb xde kelas tp sbb xde pelajar.. so, dok bilik guru, siapkan paper final and melayan mata yg bengkak nk tido nie.. ermm..

So, mesti berusaha lebih kuat lagi!! teruskan bekerja dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh!!

tata..

p/s: nie gambar dr webcam..

Wednesday, October 14, 2009

Hari yang Indah Di sebalik Timbunan Kerja...



Things To Do Today..

1. submit markah ahli Kadet Polis
2. Lesson plan
3. masukkan markah ujian ke dalam buku laporan
4. lengkapkan buku rekod kehadiran 2 progresif.

banyaknya..!!!!

Tuesday, October 13, 2009

1st day after the PMR...



Selepas selesai menunaikan kewajipan di SMK Merapok, daku kembali sebagai seorang guru PJ di SMK Lawas... dan, sandal yang ku sarung selam 5 hari di SMK Merapok kembali ke tempat asalnya di atas rak kasut...(ni gambar di dok dalam kete lg..)


Diriku mempunyai matlamat untuk menyelesaikan Ujian Kecergasan pelajar dalam minggu ini. Sebenarnya ujian ini sepatutnya dilakukan dalam bulan Ogos namun begitu, Diriku menghadiri Kursus BTN dan Induksi yg seterusnya bersambung dengan bulan puasa dan cuti raya menyebabkan ujian ini lewat dijalankan..

namun begitu, dikesempatan yg ada, diriku sempat menjalankannya jua... 4 jenis ujian yg tidaklah sesukar mana iaitu

1. Naik turun bangku (3minit)
2. Tekan tubi (1minit)
3. Rengkuku tubi separa - sit up (1 minit)
4. Jangkauan melunjur

Jika dilakukan dengan tertib dan betul, ujian ini hanyalah mengambil masa 10 minit secara keseluruhan.. namun begitu, diriku berkerja dengan manusia yang punya perasaan, hati, keinginan, kehendak dan perilaku yang berbeza.. bukan mudah untuk cuba memuaskan hati kesemua mereka.. namun diriku begitu bahagia kerana ujian kali kedua ini amat mudah bagiku..

Semua pelajar sudah mengetahui apa yang patut mereka lakukan sekaligus melakukannya tanpa banyak soal.. pastinya mereka mahukan sedikit ganjaran... takperla.... tiada guru yang akan menolak untuk memuji pelajar mereka yang melakukan tugasan dengan baik kan.....

ini adalah koleksi gambar yang diriku snap di hadapan bengkel KH setelah selesai kelas ku tadi... yang penting, gambar2 nie di snap menggunakan HP ku jua..huhuhu




semoga, hari2 yang mendatang akan memberikanku kekuatan dan ketabahan agar profesion yg ku pilih ini dapat melorongkan jalanku ke syurga yang abadi..(org kata, kerja pun satu ibadah kan...) so, diriku yakin, sekiranya diriku dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan dan kehidupan profesion ini, diriku akan dapat mengecapi kemanisan nyer jua... sekaligus akan mengurangkan stress ku.. sekaligus dapat mencerahkan peluangku untuk menambah bilangan ahli keluarga.. HuukkSS..

tata

Masih Berbekas Di Hati...


Ermm....mula2, diriku nak mengucap syukur.. duit yg dilabur tidak hilang begitu sahaja.. petanda duit yg dtg dr sumber yg diredhai mungkin.... Kamera yg ku anggap telah mendapat tuan yg baru tu rupa-rupanya masih ada di sisi... cuma mata yang terlepas pandang kedudukannya yg terlindung.. dan mungkin jua diriku terlalu alpa akan keadaannya dan keadaan diriku sehinggakan kamera yg tidaklah sekecik nyamuk itu pun sukar untuk ditemui..

Akhirnya, berkat mata terang suamiku yang tekun mengemas dan membersihkan kereta, kamera menunjukkan diri setelah hampir sebulan berada di tempat 'persembunyiannya'... nak tau kat mana?? di sisi kerusi belakang... jika tidak diangkat kerusi tu, memang tak nampak si comel yg menyorok di situ...

namun begitu, setelah suamiku menunjukkan kamera tersebut, tidak pula diriku merasa terkejut atau eager dengan kehadiran semulam dirinya.. kenapa ya?? mungkin kerana diriku telah berjaya menyemaikan dalam hati dan perasaan bahawa mungkin diriku tidak mempunyai rezeki bersama kamera tersebut..

mungkin jua syaitan2 laknatullah telah berjaya membisik di telingaku akan kemungkinan 'kehilangan' kamera kesayanganku ini hanya lah satu sandiwara lakonan suami ku sahaja... Astagfirullah.... mana tidaknya, selepas menemui kamera tersebut, tiada sepatah kata pun yang diucap oleh suamiku.. sebarang penerangan atau cerita langsung tidak diucapkan...

namun begitu, terima kasih buat sahabat ku dunia akhirat, Arni Munira, yang dengan yakin telah berjaya membuatku yakin, suamiku punya alasan untuk mendiamkan diri.. mungkin diriku hanya perlu bersyukur dengan kehadiran semula kamera yang aku rindui..

Bekas kesedihan masih di situ... diriku masih tidak tega memegang mahupun memandang akan kamera yg kurindui itu... diriku masih menyalahkan diri sendiri akan kehilangan sebentar itu... dan kata2 itu masih terngiang-ngiang...

"kalau sayang pegang lagi, hilang lagi"

tata

Thursday, October 8, 2009

SepanjanG MinggU yanG takder keje TP letiHH..



Minggu nie diriku tak masuk kelas tapi jaga exam PMR kat SMK Merapok. ngantok betol dok jaga exam nie.. puas diriku me'round' dewan utk menghilangkan keberatan kelopak mata nie.. termasuklah diriku mencari topik perbualan dengan rakan2 sejawatan dari SMK Trusan utk sama2 Menjaga mata dari tertutup.. Anyway, bebudak SMK merapok nie bagusla jugak.. sekurang2nya buku jawapan yg disediakan takla kembali semua dengan hanya ada no angka giliran dan no kad pengenalan saja..hehe

Aktiviti pengawasan berjalan lancar.. selancar diriku menghadapi hidangan makanan yg disediakan pihak sekolah sepanjang pengawasan. TQ to pihak sekolah yg prihatin..

dalam pada tu, diriku merasa amat gembira kerana rakan2 seperjuangan di sekolah telah mula bersama-sama mengangkat teknologi maklumat sebagai salah satu keperluan, bukan lagi sebagai aksesori individu sahaja.. telah ramai yang mempunyai facebook sendiri untuk berkomunikasi antara satu sama lain malah menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat dan perjalanan kehidupan masing-masing..(macam diriku dan suami la nie..)

Mungkin bila ada masa nnt, akan ku cadangkan pada sekolah, untuk memaksimumkan penggunaan IT dan internet di sekolah dikalangan para guru.. bukan sekadar menggunakan laptop untuk membuat kertas peperiksaan sahaja malah turut menggunakan laman chatting dan emel sebagai medium P&P untuk mereka yg mempunyai kemudahan dan kemampuan..huhu

entry kali nie still xder gambar coz diriku masih fobia dgn kamera.. sampai biler, ntahla..

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}