Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, April 25, 2012

~~Mood mennyiapkan Kertas Soalan~~

Kertas Soalan..
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3
40 soalan Objektif
5 soalan Subjektif

Chayok chayok!!

tata

Monday, April 16, 2012

Keletihan, Pening, Meloyakan.


Pernah rasa begitu??

Saya mengalaminya sekarang.. Hasil stress melampau yg sedang cuba dihadapi..

Kuatkan hati ini Ya Allah......

tt

Sunday, April 15, 2012

Cuti2 Hari Cuti ~~ Cameron Again


Tiap gambar menceritakan kisah yg padanya ada pelbagai pengertian.. Sila lah nikmati album kenangan kami nie...

Antara tempat lawatan kami ialah di BOH Plantation, Sg Palas.. Ini di CAMERON HIGHLANDS ya.. (Ada yg xtau bila tgk gambar nie..huhu)
Tempat letak kereta ada disediakan di kawasan penempatan pekerja di bahagian bawah bangunan utama nie.. Tapi, jauh dan mendaki.. Kami sebagai orang yg kononnya dh pernah pergi, terus jer bawak kete naik dan parking berhampiran pintu masuk nie..hehehe Eksen tau..





 Wajib amik gambar berlatarkan pemandangan bukit teh ini.. Udara sangat nyaman dan sejuk.. Saper2 yg xpakai baju sejuk, mmg menggigil la.. Tp, selendang Saya beri pada Mak.. Sian mak sejuk.. Saya dh banyak lemak.. hukkSS..



 Destinasi lain, Taman Teknologi MARDI. Kena banyak berjalan sebab taman nie luas dan ada banyak sgt benda menarik untuk dibelek dan disentuh... Mak, Abang, Adik dan Cik Abang xmasuk sbb malas nak berjalan.. Jdnya, Saya dan Kak Suri jela dok heret budak2 nie round taman nie.. Mintak maaf, gambar Saya xde sebab Saya bertugas jd jurugambar jer time nie... :)






















Saya amat berharap. lawatan kali dpt memberikan anak2 buah semua, pengalaman dan pengetahuan yg luas agar dpt mereka gunakan di masa depan.. Dan pastinya, kami berharap agar hubungan kekeluargaan akan terus mekar dan erat seiring peredaran zaman.. InsyaAllah...

tata

Thursday, April 5, 2012

Buat Suamiku...


Perkara Kecil Yang Boleh Menambat Hati Isteri - lihat link di tajuk untuk artikel asal.. :)

# Apabila berselisih dengan isteri di rumah, apakata jangan terus berlalu aje.. sentuh le isteri anda ataupun sekurang kurangnya lemparkan senyuman padanya..

# Apabila sedang tengok TV tu.. Apa kata panggil isteri anda untuk duduk di sisi anda. Jangan la suami baring di depan tv manakala isteri duduk di hujung ruang tamu.. Jangan pula nak segan pada anak anak.. Bukannya buat apa pun kan.. duduk aje kan.. Percaya atau tidak anak anak pun suka melihat jika ibu dan ayah mereka kelihatan bahagia bersama.

# Sesekali tengah makan tu apakata suap le si isteri tu.. Bukannya suap sampai habis sepinggan.. Sesuap pun jadilah.. Pasti si isteri dapat rasakan hubungan mesra dari anda. Begitu juga dengan minuman.. Sekali sekala berkongsi minuman pun romantis juga kan..

# Sesekali tu apa kata bila isteri sedang cuci pinggan, cuci baju, lipat baju, si suami menghampiri isteri dan membantunya.. Fuhhh pasti isteri bersemangat nak habiskan kerja rumah untuk bersama anda

# Pelukan yang mengejut.. maksudnya macam angin tidak ribut tidak tiba tiba anda peluk isteri anda .. Pasti dia terkejut dan suka.. Takkan nak tunggu kena ada berita gembira aje baru nak peluk isteri kan..

# Apabila berbual dengan isteri tu cuba mencelah dengan memujinya.. Seperti tengah bincang pasal paip rumah yang bocor tiba tiba anda tatap wajah isteri dan kata "Awak kiutlah/gojeslah/seksilah" contonyalah haha.. pasti si isteri tak expect dan terkejut dan pasti akan blushing dan suka..

# Sesekali ucapkan kata rindu pada isteri.. Terutamanya ketika para suami di tempat kerja.. Dan bukannya telefon isteri dan hanya tanya pasal anak anak dirumah ataupun barang apa nak dibeli

# Sekali kali panggilnya dengan panggilan manja. Nama yang anda selalu panggil isteri anda masa tengah sakan bercinta dulu dan bukannya panggil mama.. ibu.. atau "eh awak" ke ye.

# Sesekali tulislah sesuatu yang romantik di wall FB isteri anda di twitter atau di blog.. Dari anda dok menjawap komen dan komen wall wall teman fb anda.. apakata sesekali tuliskan sesuatu yang sweet pada isteri . Pasti si isteri hargai dan bangga ..

# Sesekali bila si suami tu sedang memandu dan isteri berada di sebelahnya.. cubalah gengam tangan isteri buat seketika.. Tapi kejap je cukup lah jangan lama lama pulak bahaya pulakkkkk.. Trust me isteri pasti suka.. pasti sepanjang perjalanan tu si isteri senyum je memanjang.

hehe.. Camne? Anda para isteri suka tak?? Saya memang suka jer..hehe

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}