Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, July 26, 2010

KK lagi.. Damai Specialist Center Edition..



Di hujung bulan, yg sepatutnya dihabiskan bersama keluarga, Saya dan Abang menabahkan diri mengharungi perjalanan selama 3jam 30minit dari Lawas ke Kota Kinabalu dalam keadaan jalan yang bukan highway untuk memenuhi isi hati yang inginkan suatu kepastian hakiki..

Jadi, perjalanan ini membawa kami ke sebuah hospital yg pastinya sesuai untuk mereka2 yang berduit sahaja..
Akan tetapi, demi diri, cukupkanlah duit yang makin menipis ni..

Dengan berbekalkan x-ray dan keputusan darah yang diperolehi di Hospital Lawas, Saya pun menabahkan hati
dan pergi mengconsultankan diri dengan Dr Chuah Eiyu Chi (Surgeon Ortho) di Damai Specialist Center.
Temujanji jam 9.30 pagi dan kami tiba di sana tepat jam 9.20 pagi.. setelah selesai urusan pendaftaran
di tingkat bawah bangunan, kami dikehendaki naik ke aras 2 untuk ke bilik konsultasi..

Aircond nyer sejuk giler.. Al-maklumla, hospital swasta..huhu.. Jakun jap tengok keadaan hospital
lengang. Biasanya masuk hospital kerajaan, mesti penuh dengan insan2 yang memerlukan rawatan daripada
doktor..hehe.. Masa menunggu tak lama..

Setelah dipanggil masuk, sesi konsultan pun bermula.. setelahh mengambil kira gambar2 x-ray
yang berkualiti sedikit kureng, berserta dengan pemeriksaan rutin, Dr Chuah sahkan Saya bukan menghidapi
penyakit Skoliosis seperti yang telah dinyatakan oleh Dr Ramesh. Saya berkemungkinan besar mengalami
masalah Slipped Disk, ataupun keadaan di mana disk pada bahagian lumbar yang telah terkeluar dan
menyebabkannya mengganggu saraf yang menuju ke kaki ku dan menyebabkanku mengalami sakit di bahagian kaki
yang menyeksakan terutamanya ketika bangun tidur dan berjalan jauh..

Sesi tersebut berlangsung hampir setengah jam, dengan bekalan ubat untuk 3 minggu, dan pesanan agar
membuat appointment untuk 3minggu akan datang sekiranya sakit ini tidak berkurangan. Mengambil kira
kesakitan ini yang telah 5 minggu Saya alami (pada waktu tersebut), tempoh 3 minggu yang diberikan
adalah untuk melihat sama ada sakit ini boleh berkurangan atau tidak. Dan sekiranya ia masih berterusan,
MRI adalah kaedah terbaik melihat tahap penyakit dan penyembuhnya hanyalah melalui pembedahan..

Saya memahami, saya masih mempunyai opsyen dalam kes ini. Sekurang2nya, saya boleh mengurangkan
aktiviti yang berat dan boleh membebankan vetebra dan otot belakang. Senaman ringan digalakkan
tetapi aktiviti seperti angkat berat, berlari dan melompat adalah dilarang sama sekali. So, the best
option is swimming yang pastinya sukar dilakukan kerana tiada kolam renang di sini... Dan, berjalan
telah menjadi satu aktiviti yang memalukan apabila kaki ku memerlukan sedikit penyesuaian terhadap
langkah yang menyebabkan pergerakan ku menjadi sangat pelik dan kelakar.. Dan itu terpaksa ku hadapi
sendiri...

Kini, masuk minggu kedua selepas pertemuan dengan doktor, kurasakan ada sedikit perubahan
yang berlaku. Saya sudah tidur dengan menggunakan bantal sebagai alas yang mana sebelum ini,
adalah satu perlakuan yang amat menyakitkan apabila kepala ditinggikan semasa tidur..

Langkah ku kini menjadi lebih normal dan tidak lagi perlu untuk bangun berjalan pada setiap
10 minit hanya untuk mengelakkan saya dari terbongkok2 seperti seorang tua apabila bangun dari kerusi
hanya kerana kesakitan yang timbul akibat duduk terlalu lama.. Dan, apa yang perlu kita tahu, posisi
duduk memberikan lebih banyak tekakan kepada lumbar kita berbanding semasa kita berdiri dan berjalan..

Keadaan kini lebih baik, walaupun kesakitan tersebut masih wujud.. Mungkin selepas ini saya
masih memerlukan rawatan tetapi saya hanya berharap agar masanya dilengahkan sedikit.. Bukannya
tidak prihatin pada diri sendiri tetapi atas masalah2 yang tidak dapat dielakkan, rawatan lanjut hanya
akan membebankan saya dan abang...

Jadi al-kisah Damai Specialist center berakhir di sini dengan kos rawatnya RM312.70.
Now you know why I said that it was a hospital for org2 berduit sahaja?? hehehe.. :(

Tapi takpe, saya puas hati doktor mengesahkan dianogsis saya berbanding dianogsis Dr Ramesh
yang mengarut tu..huhu

So, saya tiada skoliosis tapi saya ada slipped disk.. Berita baik or buruk?? Aduhaiii

tata

Friday, July 23, 2010

House - Taub - Thirteen


Menonton HOUSE Khamis lepas, membuatkan Saya tertanya2 sendiri.. Jika saya ditakdirkan bertemu dengan seseorang yg amat sinikal seperti House, adakah saya akan dapat bersabar seperti mana yg dilakukan oleh Cuddy??

Jika saya menjadi Rachel yang bersuamikan Taub, yang bercakap manis berjanji setia di hadapan tetapi masih curang walau dah beberapa kali kantoi, akan wujud lagikah perasaan sayang terhadap suami tercinta??

Dan sekiranya saya ialah Thirteen (nama sebenar dia saya lupa), seorang yang menghidap penyakit yg tidak dapat disembuhkan, hanya menunggu masa untuk diri menjadi tidak berdaya dan hilang upaya diri, masih adakah sisa2 ketabahan dalam diri untuk meneruskan hidup dengan sempurna sebelum menutup mata??

Saya mahu menjadi seorang Lisa Cuddy, yang sentiasa bersabar dengan karenah rakan sejawat.. Saya mahu menjadi seorang Rachel yang akan sentiasa setia, menyintai dan menyayangi suaminya dalam segala keadaan yang mendatang.. Dan saya amat berharap, untuk menjadi seorang Thirteen, yang amat tabah mengharungi hidup dalam keadaan diri yang menunggu masa untuk kembali...

Ya, kita semua mengharapkan kesempurnaan.. Dan kita hanya mampu merancang dan berharap, hanya Allah yang berkuasa menetukannya...

tata

Wednesday, July 21, 2010

pUDING rAJa VERsi sAya..


Kejayaan saya menyiapkan Puding Raja Versi Saya adalah satu kenangan yg paling indah terutamanya apabila sepriuk kuah puding Saya terpaksa dicurahkan ke dalam sinki, hanya kerana Saya telah mencurahkan sesenduk GARAM!! Haru2..

Kerana sangat bergembira setelah selesai masak2 puding, saya pn terlupa nak ambil gambar kenangan bersama puding yg memang menjadi kegemaran saya sejak kecil tu... Aduhaii..

Gambar di bawah nie, gambar kejayaan membuat jus koktel nanas dan sedap dan nyaman.. memang amat sesuai di minum semasa musim panas seperti sekarang nie.. Kami minum nie bersama ngan dinner sambal hitam yang Cik Abang saya buat.. Nyamannyer tekak..


Dalam jus ini ada buah-buahan koktel + nanas masak yg saya potong.. jus nya dari perahan limau nipis dan nanas yg di'blander'.. Cubalah kawan2.. Sedap....

tata

Monday, July 19, 2010

Cakap2 Belakang..


Saya suka cakap2 belakang.. Supaya orang xtau apa yg saya cakapkan..

Saya suka cakap belakang, supaya nanti orang xtau saya yang cakap2 tu..

Saya juga suka cakap2 belakang sebab nanti dosa tu saya yang tanggung!!


^Moral of the story,
Cakap2 belakang nie xbaik.. Jangan sembahyang jer tunggang terbalik tp mengutuk orang awak yang lebeyy.. ^

*Pesanan Khidmat Masyarakat, jua untuk diri sendiri..**


Sunday, July 18, 2010

PSKPP Bahagian Limbang di Limbang..


Seperti entry2 kebelakangan nie, kemalasan untuk men'snap' gambar telah merebak semula menyebabkan blog nie kekurangan gambar2...

Hanya nak menceritakan pengalaman mewakili Daerah Lawas ke Pertandingan PSKPP Bahagian Limbang dalam acara Badminton...

Untuk pengetahuan semua, termasuklah buat suamiku sayang, Saya amaaaaatt lah jarang bermain badminton semenjak kecil lg.. Mengira point pn saya xberapa nk terer.. Tapi, nama pn 'Budak Sport Sains', dh belajar, pandaila jugak kn.. (ayat bela diri).. di UTM pn, pernah main badminton masa kelas Micro Teaching Wei Leng jer..huhu

Pabila sampai di SMK Lawas, nak tolak xnk main kang, sapa lagi nak main kalo bkn cikgu PJ kn?? Nanti, xpasal2 kredebiliti Saya sebagai cikgu PJ yg tembammm nie dipertikaiikn lg..huhu
So, pegang raket yg semestinya kepunyaan Cik suami tercinta(grip dia berbau ok!!), dan pukul la shuttle tu.. Dan semestinya, sebelum sesi perkenalan Saya pada geng2 badminton SMK lawas, Cik Suami tercinta dan train sket2 depan umah..hehehe

Dengan keaktifan Badan Sukan SMK Lawas berserta Unit Koko Badan Kebajikan Guru, terbitlah Piala2 untuk guru2 SMK Lawas.. Dan Saya memang pemain tetapnya...

Bersempena dgn kemenangan Saya kerana bergandingan dgn Isteri cikgu Danson bernama Nancy yg memang lg hebat dan berpengalaman, saya pn jd hebat jugak.. Dan cerita dongeng terus bermaharajalela... Sampaila jd wakil sekolah+Lawas..

jadi, kembali pd cerita asal pada hari ini, 18 Julai 2010 bersamaan hari Ahad yg super indah dan tenang nie, saya pun bangun awal dgn ceria dan mengharapkan agar kaki memberikan kerjasama yg baik supaya tak sakit masa main nnt.. Sebuah Avanca CBU merentasi bumi Sarawak ke Brunei, kembali ke Sarawak dlm perjalanan penuh liku selama 1jam 30 minit dengan muatan 7orang, selamat sampai pd jam 9pagi.. Cik Abang sayangku main bola, jadi saya dan Anita(partnerku utk tournament nie) dihantar ke Dewan Balai Polis Limbang utk main kat situ.. Cik Abang dan kwn2 meneruskn perjalanan mereka ke SMK Kubong venue PSKPP Bola Sepak dilangsungkan..

Dengan bantuan Bam Panas sponsor by Pengurus team kami, saya dan Anita pn masuk ke dlm gelanggang sebagai underdog..huhu.. Bermain dgn keadaan kaki dan badan yg begini bukanlah satu yg best, nk plk pergerakan jd satu penghalang, tp sekurg2nya, kami memberi tentangan jgk apabila berjaya mengheret permainan ke set penentuan..hehe

Jadi, kesimpulannya, hadiah tempat kedua perlawanan td ialah sebungkus kecil Milo dan sebungkus megi.. kuangkuangkuang...

Berakhirnya PSKPP nie, saya nk menumpukn perhatian terhadap tahap kesihatan yg makin merudum nie.. Saya perlukn khidmat nasihat dan rawatan lanjut supaya saya dapat kembali cergas dan selesa menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik PJ nie..:)

Cik abang saya akan ke Kuching mewakili Pasukan Bola Sepak Limbang untuk PSKPP peringkat negeri Sarawak nnt.. Saya akan tinggal sorang lg nnt.. dan nampaknya saya akan perlu mencari seseorang yg dapat menemani saya selama 2minggu Cik Abang tiada di sisi nnt..:(

Jadi, sampai di sini dulu coretan setakat ini.. Nak merehatkan badan yg letih, utk meneruskan amanah azali pd esok hari..

tata

Tuesday, July 6, 2010

Hari Ini Lagi..


"Mendapat seperti yang orang lain ada.."

Adoooiiiii...... Mengguris hati...

Ya!! Saya dh terguris. Buat kali ke ntah berapa kalinya..

Dan saya masih berdiri..

Ya!! Terima kasih buat Emak Abah yang banyak mengajar bagaimana untuk berdiri berdikari, walau ia xsesuai untuk kehidupan berdua kini.. Namun gitu, YA!!! Amat bersesuaian dengan keadaan sekarang!!


Monday, July 5, 2010

Hari ini...


Hari ini, saya masih menghitung hari,
Saya menghitung hari untuk sebuah penyelesaian..

Saya memang mengharapkan kesempurnaan,
Tapi saya juga bersyukur dengan apa yang saya dapat..

Saya tahu saya menyusahkan,
Saya juga tahu saya menyesakkan,
Jadi saya nak cuba berdiri sendiri,
Supaya kelak saya tak tenggelam lagi...

Hari ini penamatnya penantian,
Hari ini akan ada penyelesaiannya,
Hari ini saya akan sedia lagi,
Sama ada untuk tersenyum atau menangis lagi...


Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}