Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, July 18, 2010

PSKPP Bahagian Limbang di Limbang..


Seperti entry2 kebelakangan nie, kemalasan untuk men'snap' gambar telah merebak semula menyebabkan blog nie kekurangan gambar2...

Hanya nak menceritakan pengalaman mewakili Daerah Lawas ke Pertandingan PSKPP Bahagian Limbang dalam acara Badminton...

Untuk pengetahuan semua, termasuklah buat suamiku sayang, Saya amaaaaatt lah jarang bermain badminton semenjak kecil lg.. Mengira point pn saya xberapa nk terer.. Tapi, nama pn 'Budak Sport Sains', dh belajar, pandaila jugak kn.. (ayat bela diri).. di UTM pn, pernah main badminton masa kelas Micro Teaching Wei Leng jer..huhu

Pabila sampai di SMK Lawas, nak tolak xnk main kang, sapa lagi nak main kalo bkn cikgu PJ kn?? Nanti, xpasal2 kredebiliti Saya sebagai cikgu PJ yg tembammm nie dipertikaiikn lg..huhu
So, pegang raket yg semestinya kepunyaan Cik suami tercinta(grip dia berbau ok!!), dan pukul la shuttle tu.. Dan semestinya, sebelum sesi perkenalan Saya pada geng2 badminton SMK lawas, Cik Suami tercinta dan train sket2 depan umah..hehehe

Dengan keaktifan Badan Sukan SMK Lawas berserta Unit Koko Badan Kebajikan Guru, terbitlah Piala2 untuk guru2 SMK Lawas.. Dan Saya memang pemain tetapnya...

Bersempena dgn kemenangan Saya kerana bergandingan dgn Isteri cikgu Danson bernama Nancy yg memang lg hebat dan berpengalaman, saya pn jd hebat jugak.. Dan cerita dongeng terus bermaharajalela... Sampaila jd wakil sekolah+Lawas..

jadi, kembali pd cerita asal pada hari ini, 18 Julai 2010 bersamaan hari Ahad yg super indah dan tenang nie, saya pun bangun awal dgn ceria dan mengharapkan agar kaki memberikan kerjasama yg baik supaya tak sakit masa main nnt.. Sebuah Avanca CBU merentasi bumi Sarawak ke Brunei, kembali ke Sarawak dlm perjalanan penuh liku selama 1jam 30 minit dengan muatan 7orang, selamat sampai pd jam 9pagi.. Cik Abang sayangku main bola, jadi saya dan Anita(partnerku utk tournament nie) dihantar ke Dewan Balai Polis Limbang utk main kat situ.. Cik Abang dan kwn2 meneruskn perjalanan mereka ke SMK Kubong venue PSKPP Bola Sepak dilangsungkan..

Dengan bantuan Bam Panas sponsor by Pengurus team kami, saya dan Anita pn masuk ke dlm gelanggang sebagai underdog..huhu.. Bermain dgn keadaan kaki dan badan yg begini bukanlah satu yg best, nk plk pergerakan jd satu penghalang, tp sekurg2nya, kami memberi tentangan jgk apabila berjaya mengheret permainan ke set penentuan..hehe

Jadi, kesimpulannya, hadiah tempat kedua perlawanan td ialah sebungkus kecil Milo dan sebungkus megi.. kuangkuangkuang...

Berakhirnya PSKPP nie, saya nk menumpukn perhatian terhadap tahap kesihatan yg makin merudum nie.. Saya perlukn khidmat nasihat dan rawatan lanjut supaya saya dapat kembali cergas dan selesa menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik PJ nie..:)

Cik abang saya akan ke Kuching mewakili Pasukan Bola Sepak Limbang untuk PSKPP peringkat negeri Sarawak nnt.. Saya akan tinggal sorang lg nnt.. dan nampaknya saya akan perlu mencari seseorang yg dapat menemani saya selama 2minggu Cik Abang tiada di sisi nnt..:(

Jadi, sampai di sini dulu coretan setakat ini.. Nak merehatkan badan yg letih, utk meneruskan amanah azali pd esok hari..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}