Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, November 27, 2012

Jalan2 Holiday 1 - Melaka Bandaraya Bersejarah






Ini entry pertama cuti2 sempena cuti akhir tahun 2012 nie.. Disebabkan tak jaga SPM thn nie, makanya berehat2la Saya sambil merancang cuti2 Malaysia.. Tapinya hampeh.. Rupanya kerja lain menanti untuk meragut masa cuti.. Waaa...Akan diceritakan dikeluaran yg lain ek...kikiki

Nie entry cuti2 Melaka bersama keluarga mentua.. Awal2 cuti lg, dh berjalan2.. Memang nk full speed sepanjang cuti nie kot..huhuhu.. Cam tak biasanya, KakLong&famili sampai kt umah kami yg ala2 tongkang pecah separuh karam tu dh petang ari Khamis.. Awal2 lg dh sound, kita makan kt luar arini tau!! Dapor masih under renovation..kuikuikui.. Jdlah perjalanan ke Medan Ikan Singgang kt tgh bandar KL tu.. Sedap mkn kt situ.. Selalulah meleleh air liur bila teringat..hahahahaa

Awal pagi Jumaat, kami pun bergerak ikut Lebuhraya PLUS. Singgah RnR Nilai utk breakfast, sebelum terus berjalan hingga ler smpai HOMESTAY MAS MERAH, tempat penginapan kitaorg...(Citer details, sila ke blog kak ipar Saya.. Dia tulis lengkap..Saya nie, Byk citer yg skip..Amik yg penting2 jela..huhuhu)


  

Di atas tula, keadaan dalaman homestay yg ada 3bilik berekon, dapor lengkap siap mesin basuh lg.. Parking muat utk 2 kete.. Iskk..Memang selesa bangatla.. Kalo nk servey, gie ler page facebookMASMERAH homestay or kol no nie: 0196644808(En Ahmad Syukri) Dia sudi membantu..hehehe.. Rate pun murah.. RM150 semalam.. Kami nginap 2 malam, so total RM300.. Budget sungguh kan...



Pagi Sabtu, kami terjah Banda Hilir.. Nak naik Menara Taming Sari tu.. Saya sebagai seorang penakut nie, memangla gayat dengan bebenda gini.. Tapi demi nk jaga air muka depan anak2 sedar yg besor2 nie seme, terpaksa la kontrol.. Awal2lagi, dh kepat(hisap) gula2 berangin.. Siap pas kt ayah sekali.. Ayah memang fobia sejak naik kete kabel kt Gunung Macincang tu.. Ehh..Sama cm Mak Saya lak..huhu..nama pun besan..

Apa yg ada bila naik Menara Taming Sari tu?? Pergghh.... Masa naik tu, Saya dh genggam tangan Cik Abang, terasa terbuai2 je dh..huhu.. Tapi, bila dh disajikan dengan pemandangan indah Bandar Melaka, memang mabeles.. Indah ciptaan Allah, kreatif manusia mengendalikan alam.. Patut cuba bila ke Melaka!!

 

Lepas tu, ujan lebatla pulak.. Terpaksala kami menunggu ujan reda sebelum naik RIVERCRUISE lak.. sempatla kitaorg masuk Muzium KASTAM Malaysia untuk memenuhi masa terluang sementara ujan menyejukkan bumi tu.. hihi.. bila ujan dh reda, terusla beli tiket n tunggu turn untuk naik bot!!

Muka2 tak sabor nk menyusuri Sungai Melaka
 Dalam hati, kuar kat mulut, janganlah terkena kt bot yg ada iklan Mister Potato..huhu.. Takut nanti, ada yg boikot taknak naik lak.. Al-maklum, Mister Potato tu penyokong team MU, setan merah besor tu.. Kitaorg nie lak, penyokong mesin merah jer.. tak sehaluan org kata.. Jd, bila dapat bot Mamee pun ok la dh.. takder gambor2 setan merah beso..huhu


Niela pemandangan di sepanjang Sungai Melaka.. 

Indah dilihat, 
lekat di hati, 
kekal di memori... 
:)


Selesai tu, kami balik ke Homestay.. Rehat2 sebelum ke Medan Ikan Bakar Umbai.. Dinner seafood U oll.. Mengikut cadangan seorang kawan anak Melaka, gerai pertama adalah yg terbaik.. Memang nampak gitu.. Dia punya kusi meja punyalah banyak.. Hammbooiiii...Sampai tepi parking dia letak kusi meja dia..hihihi

Harga n masakan dia not bad.. Masih boleh diterima tekak dan poket..hihi

Esoknya, sebelum kami balik, sempat lg kami menziarah Kg Morten, penempatan Melayu di tanjung Sungai Melaka.. Rumah2 tradisional kt sini memang dipelihara untuk tatapan pelancong.. Tu yg kami buat cm umah sendiri, amik gambo bagai..hihi
Aksi2 raksasa nk musnahkan umah..hohohooo

Ikutkn ati, nk jer Saya sumbat replika umah nie dalam kete buat kenangan..huhuhu



Gambar di atas di ambil di rumah Tok Penghulu. Buku pelancong yg di amik tu, menunjukkan tarikh 070707, tarikh keramat saya suami isteri..hihiii... Ramai gak pelancong yg datang masa tarikh tu.. ermmmm.. Amik kesempatan bersanding sekali lg gak.. Tp, bila ada yg buat lawak, pengantin lepas laku bebenor.. Iisskkk

Suka tgk rumah2 lama nie.. Paling suka, Rumah Limas, yg tak berbumbung di tengah2nya.. Kalaula satu hari nanti Saya berkemampuan, boleh ler bina rumah gitu.. Kn Cik Abg kn..hihiiii
Kami berdua...


Tamatlah sudah pengembaraan di Melaka Bandar Bersejarah.. Ada yg tidak diceritakan, cukuplah menjadi kenangan sendiri.. Tapi, wajah2 kesayangan hamba nie, memang kool la.. Saperla yg tak jatuh cinta dengan Si Dia nie kn...huhuhu


tata

Saturday, November 17, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Google Nama Sendirik?? Sengihhhhh...


Saya menggoogle 'Noor Hidayah Sabaruddin'

Inilah hasilnya...

http://www.fp.utm.my/department/jss/jsspublication.html

Carian pertama ialah di alamat di atas.. Apa yg ada??

12. Halijah Ibrahim, Noor Hidayah Sabaruddin, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Zainal Abidin Zainuddin (2007). Motor Performance Among Pre-school Children in Malaysia Using Movement Assessment Batery for Children (MABC): Introductory Phase of Movement and Assessment Program. Asian- Pacific Conference on Exercises and Sports (APCESS 2007), Japan

13. Halijah Ibrahim, Noor Hidayah Sabaruddin, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Zainal Abidin Zainuddin (2007). The Performance of Neuromotor Movement of Children Aged 5 to 6 Years Old Using Zurich Neuromotor Assessment. Asian- Pacific Conference on Exercises and Sports (APCESS 2007), Japan

Oooooo..Ni ialah hasil tesis yang telah Saya sempurnakan semasa di Tahun akhir, sepanjang pengajian di UTM, dalam bidang Sains Sukan.. Tesis ni diperhalusi oleh 3 pensyarah Saya yang nama mereka dikalerkan merah, dan dibawa ke persidangan Sains Sukan di Jepun pada tahun 2008 yg lalu.. lama dah....hihi

Tapi, saper tak bangga bila nama kita dibawa hingga ke luar negara dengan hasil kerja titik peluh sendiri.. Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


https://www.facebook.com/search/results.php?q=Noor+Hidayah+Sabaruddin&init=public

Ada ke patut, carian ke dua nie tak membuahkan hasil.. Ciss...

https://www.facebook.com/noor.hidayah.7545

And yang ini langsung bukan diriku!!!

https://www.facebook.com/cintanur.hidayah

Yg nie saper?? Aduhai...

http://www.myspace.com/485625026

Google nie tak reti baca ker??

http://smklawas.weebly.com/pusat-sumber.html

Aaahhaaa... Nie baru betol diri sendiri.. Tapi, isk, lama bebenor dh maklumat nie.. Awatla tak tuko2 lg??hihihi.. Apa2pun, sayaaaaaaaang SMKL....

http://www.raniastore.blogspot.com/

Alamat, Saya nie antara pemborong2 baju2 Muslimah tau... hihihiii.. Sesaper yg nak memborong tu, sila2la yer.. Jgn malu2.. hihihii..


Dah2la merepek.. Ini menunjukkan bahawa internet memang boleh diharap untuk mencari seseorang yang kita kenali tetapi janganlah percaya sangat, sebabnya, bukti2 di atas pn dh tunjuk.. Nama org lain yg kuar.. Maklumat yg dh lama masih available.. Taip lain kuarnya lain.. Kan...

So, percayalah tapi jangan percaya sangat..hihihii.. merepek dh....

Tapi, tesis Saya tu cerita sebenar tau...
huhu

tata

Tuesday, November 13, 2012

Kesalahan-kesalahan Dalam Hubungan Suami Isteri



Islam mensyariatkan perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu sebagai pagar pemelihara kesucian nasab keturunan manusia. Firman Allah s.w.t:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [al-Rum: 21]
Maksud “al-Mawaddah” dalam ayat ini adalah jimak atau hubungan seks sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a, Mujahid, dan Qatadah manakala “al-Rahmah” pula menurut mereka adalah anak-anak.
Maka Allah s.w.t meletakkan hubungan intim antara suami isteri sebagai satu perkara penting dalam alam perkahwinan bahkan menjadi pengikat utama antara suami isteri kerana hanya melalui perkahwinan sahaja seseorang manusia dihalalkan melakukan hubungan seks yang merupakan antara syahwat terbesar manusia demikian melalui hubungan seks jua lahirnya keturunan dan zuriat umat manusia.
Oleh itu, amat penting bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kehendak syariat dan sunnah Nabi s.a.w. Maka di sini saya ingin menyentuh beberapa kesalahan yang terjadi dalam perkara ini:
Pertama: Melihat Hubungan Seks sebagai Adat atau Tuntutan Nafsu Sahaja.
Apabila hendak melakukan hubungan seks, suami isteri perlu faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan adalah satu ibadah kerana sabda Nabi s.a.w:
وفي بضع أحدكم صدقة
Maksudnya: “dan pada kemaluan seseorang kamu (digunakan untuk menjimak isterinya) adalah sedekah”. [Muslim & Ahmad].
Daripada hadis ini ulama telah bersetuju, hubungan seks antara suami isteri adalah ibadah dan diberi pahala atasnya. Hukumnya pula adalah wajib antara suami isteri yang memerlukannya. Dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w:
إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت أن تجيء لعنتها الملائكة حتى تصبح
Maksudnya: “Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu dia (isteri) enggan maka dia akan dilaknat malaikat sehingga pagi”. [al-Bukhari & Muslim].
Maka apabila seorang isteri dipanggil suami untuk bermesra maka wajib dia datang walaupun dalam keadaan haid kerana wanita yang haid masih boleh bermesra dengan suaminya selama tidak melakukan seks penetretif berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
اصنعوا كل شيء إلا النكاح
Maksudnya: “Buatlah semuanya kecuali nikah” [Muslim & Ahmad].
Maksudnya boleh suami bermesra dengan isterinya yang haid dan nifas selama dia menjauhi tempat keluarnya darah.
Demikian juga hadis ini walaupun menunjukkan kepada wanita tetapi masuk juga kepada suami apabila isterinya mengajak kepada hubungan wajiblah dia penuhi kerana hadis:
وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Maksudnya: “dan sesungguhnya isterimu mempunyai hak ke atasmu”. [al-Bukhari].
Para ulama berbeza pendapat berapa kali wajib melakukan hubungan seks itu, ada yang berpendapat setahun 3 kali sekurang-kurangnya, ada yang menyatakan 4 hari sekali, dan ada yang menyatakan setiap kali isterinya suci daripada haid hendaklah dilakukan sekali (yakni sebulan sekali). Namun, yang zahir adalah wajib menurut keperluan setiap pasangan itu sendiri.
Kedua: Meninggalkan Doa Sebelum Jimak
Telah sabit dalam sunnah Nabi s.a.w hendaklah membaca doa khas yang diajar Nabi s.a.w sebelum melakukan jimak iaitu:
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepada kami (anak)”.
Doa ini sabit dalam Sahih al-Bukhari dan lainnya serta membacanya memberi faedah yang besar iaitu mengelakkan syaitan daripada turut campur serta dalam hubungan seks mereka yang mana jika syaitan turut campur serta akan mengakibatkan terhasilnya zuriat yang jelik pada akhlaknya.
Demikian juga bagi pengantin baharu, apabila hendak melakukan hubungan seks buat kali pertama, hendaklah suami memegang ubun-ubun isterinya lalu membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا ، وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَمِنْ َشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah-sahih-].
Doa ini juga sunat dibaca apabila kita membeli kenderaan baru atau khadam baharu dan seumpamanya.
Ketiga: Menambah Doa dan Zikir yang Tiada Asal dalam Syariat
Terdapat juga pihak-pihak yang menulis dan mengarang buku panduan hubungan suami isteri menyenaraikan doa dan zikir yang tiada asal usul dalam syariat, tidak bersumber kepada hadis-hadis yang sahih.
Tindakan ini amat bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka cipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini maka (amalan itu) tertolak”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, dan Ahmad].
Zikir dan bacaan doa khas adalah ibadat khas yang mesti bersumber daripada Rasulullah s.a.w tidak boleh direka-reka, maka perbuatan menambah-nambah bacaan seperti selawat sewaktu menyentuh bahagian tertentu daripada badan isteri, menyebut Asmaul Husna ketika hendak menyentuh atau mencium anggota tertentu adalah bidaah dolalah.
Keempat: Kepercayaan Larangan Melihat Kemaluan Suami Isteri
Tidak dinafikan ada pendapat sesetengah ulama yang menyatakan haram atau makruh melihat kemaluan antara suami isteri, bahkan ada yang beriktikad melihat kemaluan ini akan menjadikan anak buta atau cacat tetapi kepercayaan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia berdasarkan hadis palsu yang berbunyi:
النظر إلى الفرج يورث الطمس
Maksudnya: “Melihat kepada kemaluan itu mewariskan buta”.
Dan hadis:
إذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر إلى فرجها فإن ذلك يورث العمى
Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu menjimak isterinya atau jariahnya janganlah melihat kepada kemaluannya kerana itu mewariskan buta”.
Hadis-hadis ini adalah mauduk, yakni palsu [Lihat: al-Maudu'at, 2/271].
Adapun hadis:
إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ فَلْيَسْتَتِرْ وَلاَ يَتَجَرَّدْ تَجَرُّدَ الْعَيْرَيْنِ
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi isterinya maka hendaklah dia menutup (auratnya) dan janganlah berbogel seperti keldai”. [Ibn Majah]
Hadis ini daif sebagaimana dijelaskan al-Busairi r.h dalam al-Zawaid demikian juga al-Albani r.h dalam tahkik beliau terhadap Sunan Ibn Majah.
Demikian juga hadis Aisyah r.a katanya:
ما نظرت أو ما رأيت فرج رسول الله صلى الله عليه و سلم قط
Maksudnya: “Aku tidak pernah sama sekali melihat kemaluan Rasulullah s.a.w”. [Ibn Majah & Ahmad].
Hadis ini juga daif sebagaimana sepakat antara al-Busairi, al-Albani dan al-Arnauth.
Bahkan telah sepakat para ulama harus bahkan mustahab suami isteri saling pegang memegang kemaluan mereka untuk menambahkan keghairahan dalam hubungan. Imam Abu Hanifah r.h ditanya berkenaan hukum suami isteri saling memegang kemaluan antara mereka untuk menaikkan syahwat adakah salah? Maka beliau menjawab:
لاَ ، وَأَرْجُو أَنْ يَعْظُمَ الأَْجْرُ
Maksudnya: “Tidak menjadi kesalahan, bahkan aku berharap digandakan pahala bagi keduanya”. [al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/90].
Imam Malik r.h pula berfatwa:
لا بأس أن ينظر إلى الفرج في حال الجماع وزاد في رواية ويلحسه بلسانه
Maksudnya: “Tidak ada salahnya untuk dia melihat kemaluan isterinya semasa jimak”. Dalam riwayat lain menambah: “dan harus dia menjilatnya dengan lidahnya”. [Mawahib al-Jalil, 3/406]
Demikian juga dalam I’anah al-Tolibin, kitab fiqah Syafii menyatakan harus seorang suami beristimta’ (bersenang-senang) dengan seluruh tubuh isterinya termasuk menjilat klitoris tetapi dijauhi halaqah dubur. [I'anah al-Tolibin, 3/340]. Ini menunjukkan harusnya melihat kemaluan antara suami isteri. Dasar keharusan ini adalah sabda Nabi s.a.w:
احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali daripada isterimu atau hamba sahayamu”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad serta ianya hasan].
Kelima: Merakam Aksi Seks dan Melihat Filem Porno untuk Ransangan
Antara seburuk-buruk kesalahan yang berlaku adalah merakam aksi seks yang dilakukan antara suami isteri. Jika yang merakam tersebut pihak ketiga maka keharaman dan kehinaannya amat jelas, demikian juga yang merakam itu suami isteri sendiri walaupun dengan alasan simpanan peribadi kerana tidak aman daripada rakaman itu terlepas ke tangan manusia lain paling kurang ahli rumahnya.
Telah sepakat ulama haram seseorang melakukan jimak dalam keadaan dilihat orang lain atau di tempat yang memungkinkan dilihat orang pada kebiasaannya dan sebahagian ulama memakruhkan jimak dalam bilik yang ada bayi kecil sekalipun.
Demikian juga perbuatan melihat filem porno untuk merangsang kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Telah maklum bahawa haram melihat aurat manusia lain sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 30 dan 31:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ…
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
dan sabda Nabi s.a.w:
لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ولا المرأة إلى عورة المرأة
Maksudnya: “Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki yang lain dan seorang wanita memandang aurat wanita yang lain…”[Muslim].
Maka memandang aurat berlawanan jenis tentu lebih haram lagi.
Keenam: Tidak Melakukan Muqaddimah
Sabda Nabi s.a.w:
” لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة ليكن بينهما رسول ، قيل ما الرسول ؟ قال : القبلة والكلمة “
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu menjimak isterinya seperti haiwan, hendaklah ada antara antara keduanya utusan”. Sahabat bertanya: “Apakah utusan itu?” Jawab Nabi s.a.w: “Ciuman dan ucapan”. [al-Baihaqi].
Daripada hadis ini, menjadi sunnah untuk suami isteri melakukan muqaddimah jimak seperti bercumbu rayu dan melakukan foreplay. Tindakan meninggalkan cumbu rayu ini menyebabkan amalan jimak tadi terpesong daripada sunnah Nabi s.a.w.
Ketujuh: Memecahkan Dara dengan Jari
Antara perkara bidaah yang berlaku dalam masyarakat arab adalah memecahkan dara dengan jari sebelum si isteri masuk ke kamar suami untuk menjadi bukti isterinya masih dara. [Mukjam al-Bida', 84].
Demikian juga jika si suami memecahkan dengan jari semasa persetubuhan kerana seorang wanita itu mungkin telah terkoyak selaput daranya kerana terjatuh, banyak berjalan atau berlari, dan mungkin sahaja kerana kedatangan haid yang berat (heavy period). Tindakan suami memecahkan dara dengan jari akan mendatangkan rasa tidak senang jika tiba-tiba tiada darah yang keluar dan ini membuka jalan syaitan untuk menimbulkan syak wsangka pada suami terhadap isterinya. Wallahua’lam.
Kelapan: Melakukan Seks dalam Keadaan Tidak Sihat Tubuh Badan
Tidak ada tegahan syarak melakukan seks semasa suami atau isteri dalam keadaan kurang sihat seperti demam, selsema dan sebagainya tetapi secara ilmiahnya, ilmu Psikologi menetapkan perkara ini akan memberi kesan kepada anak yang terhasil semasa perhubungan tersebut.
Kondisi anak yang terhasil daripada persetubuhan semasa tubuh kurang sihat adalah lemah dan kurang daya tahan. Jadi hendaklah dielakkan melakukan seks penetratif dalam keadaan tubuh kurang sihat.
Kesembilan: Suami Tidak Menanti Isteri di Kemuncak
Hendaklah suami jangan menyudahkan hubungan sehingga isterinya juga mencapai orgasme kerana sabda Nabi s.a.w:
إذا أتى أحدكم أهله فليصدقها فإن سبقها فلا يعجلها
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendatangi (menjimak) isterinya maka berilah dia sedekah jika dia (si suami) mendahuluinya (si isteri) maka janganlah dia tergesa-gesa”. [Abu Yakla, daif].
Hadis ini daif tidak menjadi hujah namun secara ilmiahnya diketahui bahawa membiarkan isteri tidak mencapai kepuasan adalah satu kezaliman dan melanggar umum perintah Allah s.w.t:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan baik..” [al-Nisaa: 19].
Kesepuluh: Menyebarkan Rahsia Kamar
Amat jelik sekali akhlak mereka yang mendedahkan rahsia kamar tidur antara suami isteri kepada orang luar walau kepada ibu bapa sendiri sekalipun. Dalam hadis menyatakan:
إن من شر الناس منزلة الرجل يفضي إلى المرأة وتفضي إليه، ثم يصبح يتحدث بما جرى بينهما
Maksudnya: “Sesungguhnya seteruk-teruk manusia kedudukannya adalah seorang lelaki yang menyetubhi isterinya kemudian dia menceritakannya pada waktu paginya”. [Muslim].
Maka haram hukumnya menyebarkan rahsia kamar tidur kecuali dengan tujuan perubatan atau memohon fatwa dan seumpamanya daripada maslahat yang mendesak. [Maza Taf'al Lailatal Bina', 28].
Penutup:
Maka demikianlah sebahagian kesalahan yang berlaku dalam hubungan intim suami isteri dan perlu diperbetulkan oleh setiap pasangan suami isteri yang inginkan hubungan intim mereka berlaku sesuai dengan panduan syariat Islam yang suci.
Perlu diketahui, persetubuhan merupakan langkah pertama dalam rangka membentuk seorang anak, maka amat wajar pembentukan anak itu dilakukan dengan cermat menurut garis panduan syariat dan janganlah menjadikan seks semata-mata untuk melampiaskan nafsu tetapi jadikanlah sebagai ibadah yang mudah-mudahan dengannya kita mendapat redha Allah s.w.t.

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}