Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, November 5, 2012

6 Nov.. Terpahat Selamanya..


Hari ini, segalanya tenang di tempat kerja.. Tiada suara kebisingan menerjah telinga.. Tiada arahan demi arahan menyesakkan jiwa.. Tiada timbunan kerja menghalang pandangan mata..

Hari ini, 11 tahun yg lalu, pada waktu ini, Saya masih terkial2 cuba menggali idea dan cerita, demi helaian kertas yang berada di depan mata.. Bagaimana untuk menyambungkan sebaris ayat, menjadi sebuah cerita menarik, andai akal berkata letih, otak menyata penat...

Jika sebelum ini, riak berlingkar akan mudahnya mengatur perkataan menjadi ayat, ayat menjadi perenggan, perenggan membentuk cerita indah, yang sentiasa dibaca rakan-rakan seperjuangan untuk dijadikan rujukan (bukan semua kerana mereka jauh lebih arif dan fasih), kini fikiranku seakan dihalang dari meneroka ke daerah imaginasi cerita, sama sekali tidak bertolak ansur akan perlunya angan-angan itu demi kelangsungan perjalananku di medan perang SPM itu...

Selesai bertarung dengan itu, disambung pula dengan asakan fakta-fakta dahulu kala yang sudah lama mencengkam kewarasan, tak pernah cemerlang menyusun masa. Sejarah memang sentiasa menjadi subjek pembunuh, sejak zaman PMR lagi... Namun begitu, kosongnya pemikiran pada petang itu, bukanlah petanda tiadanya ilmu dalam otak ini.. Rupa-rupanya, ia membawa perkhabaran, bahawa sesuatu yang lebih buruk menanti, jauh dari tanggapanku, tak pernah terlintas dalam anganku...

Kehadiran ibu saudara tidak diduga, tetapi seolah dapat meneka mengapa, segera mengemas pakaian untuk pulang sebentar ke kampung halaman. Hanya sempat menitipkan pesan kepada rakan, moga ada ruang untuk melakukan majlis tahlil seusai Maghrib, kerana hanya itu yang terlintas di fikiran masa itu..

Sepanjang perjalanan, cermin kereta dilihat seolah paparan filem cereka kehidupan.. Pepohon dan bangunan sepanjang perjalanan tidak terlihat, yang terbayang diruang mata hanyalah kenangan.. Kenangan itu, kenangan ini.. Kenangan dahulu dan kenangan kini.. Dan kenangan itu, manis dan duka, hanya membawa titis-titis mutiara mata merembes laju menyusuri pipi, terus menitis dipangkuan, dibiarkan saja, demi melayan sekeping hati yang masih kosong dari sebuah realiti..

Sampai di rumah yang telah penuh keadaannya, masih tiada wajah famili, mungkin perlu rehat sempurna, membersihkan badan pilihan tepat. Dan buku latihan matematik yang dibawa bersama, jadi teman yang tiada pemisah, tajuk demi tajuk, bab demi bab, soalan diselesaikan tanpa masalah, seolah-olah diri bertukar menjadi cemerlang dalam subjek yang selalu kecundang ini.. Dan sampai masa, akan tiba juga yang dinanti, yang ditunggu, sejak tadi lagi..

Kata-kata, bisik-bisik tiada singgah di telinga, tika mata hanya tertumpu di situ.. Ya, pada sekujur tubuh kaku, disebalik helaian batik lepas, di sebelah gantungan kain terampai..

Saya mengaku, air mata merembes terlalu laju, hinggakan wajah yang ditenung itu nampak kabur.. Tapi perlulah dikesat air mata itu, demi masa yang kian suntuk untuk bersama.. Setelah kering air mata bersama keredhaan bahawa perpisahan ini adalah yang terbaik buat semua, kedatangan teman-teman seperjuangan bagi menyatakan sokongan mereka amatlah mendamaikan gelojak hati. Masih ramai yang sayang, masih ramai yang sudi berkongsi sedih hati..

Walau hanya dipinjamkan selama 17tahun umur ku didunia, segala dalam diriku ada 'dia'.. Wajahku ada 'dia'.. Hatiku moga-moga terkandung 'dia' jua.. Dan hidupnya dia selalu, kerna adanya kenangan mekar sepanjang zaman..

Tiada aiir mata ditumpahkan hari ini, bukan kerana kesedihan sudah dapat diusir, tetapi hanyalah kerana kematangan diri menjadi pendinding.. Ayat-ayat suci dan doa-doa dari anak-anak beriman menjadi bekalan, moga 'dia' bahagia di sana..

ABAH... Never Too Far Away..

tata

1 comment:

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}