Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, February 28, 2013

Hukum Karma..


Saja nak bagitau, ada sorang manusia tu, selalu kutuk orang lain yang ada sakit..

"Dia ni sakit otak. Kerja tak boleh bising."

"Dia ni memang berpenyakit. Susah sangat ke nak baik penyakit tu??"

"Kalau dah sakit tu, janganlah datang bawa penyakit tu ke s***. Tinggal kat umah!"
?????

"Se*** ni banyak sangat penyakit lah! "

^^ Banyak lagila rungutan yang keluar dari mulut puaka tu.. Al-kisahnya, yela, nak dijadikan kisah la kan.. Tak lama lepas tu, si puaka selalu tak datang kerja. Sampai pernah sekali, selama 2 minggu.. Napa ek?? Ponteng? Outstation dengan penuh perasaan??

2 bulan lepas tu baru keluar cerita, dia kena serangan mild stroke rupanya!! Perghhh.. Setan2 dalam diri ni memang nak terus laser jer..

"Haa.. Padan muka ko.. Dok kutuk orang sakit lagi kan...!!!"  Memang nk laser sebab diri ni penah jadi golongan berpenyakit jugak kan... Tapi, apa gunanya mengata dia balik kan..

La ni, dok kecoh nk senyum2, nak borak2.. Dah taknak stress la kot.. Nanti kena stroke lagi, mau terus kojoi!! hahaha

Astaghfirullah...

tata..

Yang Bagus Datang Bersama Rajuk..


Apa yang bagus datang bersama rajuk saya??

Ermm..  Suukeeeee..

Tak larat merajuk, tapi alangkah bagus jika begitu selalu..
In sha Allah.. Saya sentiasa doakan yang terbaik..

In sha Allah.. Moga istiqamah ya sayang..

Yang harus anda tahu, walau kelihatan seperti tiada yang saya dapat, tapi apa yang baik untuknya, saya kira baik juga untuk saya.. In sha Allah..

Jangan nak fikir yang bukan2 ya. Bukan intan permata kesukaan saya tu.. Bukan juga hugging2 kissing yang **** tu..
Yang ini jauh lebih baik untuk ke 'sana'....

tata

Ada Hikmahnya.. Bersabarlah..


HSG (HYSTEROSALPINGOGRAPHY) TEST 

Sudah 3 cycle, sejak Dr Suria mencadangkan ujian HSG ni untuk dilakukan.. Cycle ketiga ini, lewat tiba, dan seperti biasa, ketibaannya diiringi dengan pakej2 terhebat ujian kehidupan.. Dan sedikit lewat itu bermakna perlu menangguhkan ujian ke cycle yang berikutnya..

What happened?
Senang jer, lewat call untuk buat temujanji, dan hari ke 11 + 12 yang berkenaan, sesi temujanji dah penuh.. 

Taknak rasa tertekan (walaupun hari ni memang stres tahap nak tido taknak bangun2), taknak tunduk pada kekurangan walau hanya itu yang dimiliki.. Taknak mengalah kerana itu hanyalah sikap yang tidak membawa faedah..

Jadi, seperti biasa, jalani hidup sepenuhnya.. Jangan diingat apa yang sedih. Semua tu KARUT!! hahaha.. Pssttt... Ni ayat2 motivasi diri sendiri.. Jom kita motivate diri sendiri. Yey !!

Apa yang nak dibuat sekarang? Ntah kan.. Orang kata, jangan difikirkan sangat tentang usaha2 nak pregnant nie, nanti lagi stress dan susah nak concieve. Tapinya, kalau tak berfikir dan berusaha, boleh dapat ke?? hehehe.. Ada pro dan kontra nya ya kawan2.. Sebab tu ada yang sekali kena rogol, terus ada isinya, or ada lovey dovey couple yang dh kawin 10 tahun dan masih mencuba tak henti2, masih tiada rezeki anak.. Ada pro dan kontranya.. Dah cakap tadi kan...

Jadinya, serahkan segalanya kepada Allah sajalah.. Kita berusaha.. Dan kita bertawakal..

Dalam masa ni, sekarang, saya hanya nak tumpukan pada penyelesaian permasalahan pekerjaan yang tak pernah habis ni jela.. Mungkin time management saya masih kelam kabut, atau masih belum sesuai duduk di kerusi biru itu kot.. In sha Allah, dari masa ke masa, saya akan cuba meningkatkan prestasi saya, agar masa2 yang terbazir tiada hasil tu dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa istilah stress dan tertekan lagi..

Ya, masa yang dijimatkan tu bolehla dibawa ke JJ, SOGO atau JALAN TAR!!!  hahahaha...  I like..

Ada hikmahnya bagi segala ketentuan.. Sabarlah wahai hati..

tata

Wednesday, February 27, 2013

Men Are From Mars.. Women Are From Venus...


' To feels better Martians go to their caves to solve problems alone'

' To feels better Venusians get together and openly talk about their problems.'

2 ayat di atas dah menerangkan sepenuhnya tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Betapa reaksi lelaki yang akan 'bersembunyi di dalam guanya sendiri' untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapinya manakala perempuan pula lebih terbuka dan sudi berkongsi masalahnya dengan orang lain..

Apa kebaikan dan kepentingannya perilaku 2 makhluk berbeza ini dalam definisi sepasang pasangan?

Terus terang saya mengaku, saya belum selesai membaca buku ini. Terlalu banyak yang perlu dihadam. Terlalu sedikit masa yang dapat dicurahkan. Terlalu sukar term2 English itu untuk diproses dan dijalinkaitkan ke dalam kehidupan sendiri untuk dijadikan panduan..

Saya membeli buku ini, bukan sekadar untuk mengetahui bagaimanakah saya patut lakukan untuk memahami Martian kesayangan saya, malah saya juga berharap agar dia memahami saya juga.. Terlalu banyak masalah yang timbul akibat kesalahan2 yang kita anggap kecil dalam komunikasi, tetapi mengakibatkan luka2 yang terus merebak bernanah menjadi kanser yang ntah kan bila akan ditemui penawar mudahnya..

' When a man loves a woman, periodically he needs to pull away before he can get closer.'
' Women's self-esteem rises and falls like wave. When she hits bottom it is time for emotional housecleaning.'

2 ayat ini pula merujuk kepada keadaan bahawa tiap perilaku itu ada maksud dan keperluannya, walaupun lain situasi yang mengalaminya.
 Lelaki memerlukan ruang bagi membina keintiman seperti semalam??
Wanita pula perlukan tekanan hebat untuk kembali stabil emosinya??

Anda percaya??

Dan, demi separuh buku ini yang saya telah dan sedang mencuba untuk fahami ini, kelakuan Martian kesayangan sering dianalisis punca dan kesannya.. Ada yang dapat dikaitpuncakan, ada yang masih belum berjaya digalidalam solusinya. Ya, perkara mudah seperti inginkan keyakinan dalam menyelesaikan masalah sendiri memang tidak sukar untuk ditilik. Tetapi, jika kelakuan lain yang ditunjukkan??

seorang rakan, yang saya hormati dan jadikan sebagai panduan ada berkata, bahawa Martian memerlukan masa untuk keluar rumah, bersama rakan-rakan, melupakan sebentar permasalahan di rumah. Dan, mereka akan kembali dengan penyelesaian yang pastinya akan menguntungkan Venusian. Saya mengandaikan bahawa luar rumah itu ialah gua mereka, tempat mereka meregang seperti seutas getah gelang, yang apabila cukup tenaga keupayaannya, akan kembali melantun kepada keadaan asal seperti biasa, atau lebih baik lagi bersama-sama tenaga kinetik yang mengujakan. Namun begitu, adakah semua metafora itu satu realiti??

' When a man is silent it is easy for a woman to imagine the worst.'

Buku ni yang cakap.. Bukan saya yang taip sesuka hati.. Nak buat macam mana. Memang itu hakikatnya..

So, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan pembacaan ini, demi untuk memahami dengan lebih mendalam permasalahan perbezaan ini. Dan pastinya, akan menyerahkan buku ini kepada Martian saya untuk si dia pula mengkaji buku ini dengan sepenuh jiwa, untuk memahami Venusian yang sentiasa bermetafora dan berhipotesis, tetapi mempunyai pelbagai nilai yang kadang-kadang tiada langsung kaitannya dengan perumpamaan yang digunakan..

Akan disambung lagi perkongsian MFMWFV ini.. In sha Allah..

tata

Men Are From Mars. Women Are From Venus.
John Gray, 1992

Tuesday, February 12, 2013

Cemburu dan Kecewa.. Jangan Salah Tafsir!!


Cemburu dan kecewa, ditafsirkan berbeza oleh Saya. Di dalam kamus, pasti maksudnya berbeza. Bagaimana pula dalam kehidupan kita? Apa perbezaannya? Apakah terdapat satu jurang yang besar untuk membezakannya ataupun ia hanya dibezakan dengan hanya sehelai rambut nipis?

Kadang kala, tafsiran ini sering mengelirukan diri ini. Apakah perasaan yang wujud dalam hati? Adakah ia sebuah cemburu, atau kecewa pada diri sendiri?? Dan ini selalu melanda.. Terutamanya dalam situasi berikut....

^^^     ^^^     ^^^    ^^^    ^^^    ^^^    ^^^    ^^^   ~~~

"Saya memutuskan untuk mengandung setelah tiga bulan berkahwin. Pada mulanya, memang kami ingin berbulan madu sehinggalah saya tamat pengajian, tetapi naluri ibu yang kuat mengatakan bahawa saya sudah bersedia untuk mengandung! Jadi, saya nyatakan harapan saya pada suami, kami berbincang dan bersetuju untuk memiliki cahayamata pada masa terdekat. Dan selepas period kali ketiga selepas perkahwinan kami, saya disahkan mengandung!! Hanya Allah je yang tahu perasaan kami berdua.. Saya eager dan tak sabar untuk memeluk bayi ini yang merupakan anugerah teragung buat kami berdua....."

"Tempoh IUD saya berakhir bulan November yang lalu. Dan saya dah selesai prosedur 'mencabutnya' sebelum kami sekeluarga bertolak ke Paris hujung tahun yang lalu. Hanya sekali saya didatangi period selepas itu, dan saya telah mula rasa loya-loya dan letih di awal tahun. Kerana telah berpengalaman selama tiga kali sebelum ni, saya tak susah nak mengagak bahawa saya telah hamil. Ini dibuktikan dengan ujian kehamilan yang saya beli di farmasi. Hujung bulan lepas (Januari) saya dah selesai check up dengan gynae dan saya dah sah pregnant 7minggu.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi, apa perasaan saya bila baca luahan hati mereka nie???

Perkara pertama yang terlintas di hati ialah, "Ok, senang giler!!"

Yang kedua muncul pula, "Berlagak betol dorang ni..."

Lepas tu terfikir pula, "Kenapa dorang ni boleh senang-senang je, bila nak anak, terus dapat??"

Lagi, "Kenapa aku susah sangat nak beranak ni??"

Waahhh... Cemburu atau kecewa ni?? Perghhh..

Hanya pada Allah aku mengadu......

Tapi, selau jugak meluah perasaan pada kawan-kawan.. Ya, tanpa mereka, mesti stress aku menggunung tinggi... Macam time2 cuti macam sekarang...  *sigh*

tata

Monday, February 11, 2013

Sunnah Yang Menyeronokkan..




Siapa yang tak suka bermain-main, dan bergurau senda? Terutamanya apabila teman bermain dan bergurau itu merupakan teman sehidup, sekatil dan sebantal kan..

Ya, jom hidupkan Sunnah!! Terutamanya pada kawan-kawan yang macam Saya, yang tidak putus-putus ber'ttc' tu..  :)
Kalau yang dah ber'baby' pun boleh jugak.. Jom jom.. Jom amal Sunnah!!



Sunday, February 10, 2013

Ya Allah..


Ya Allah, Ya Tuhan ku..

Ampunkanlah dosaku.
Sucikanlah hatiku.

Kurniakanlah hidayah Mu padaku,
Sebagaimana Kau menyinari bumi dengan matahari Mu.

Lindungilah aku dari godaan syaitan Laknatullah,
Jauhkanlah aku dari maksiat dan mungkar.

Tabahkanlah hatiku,
Kuatkan keimanan ku,
Teguhkan taqwa ku,
Redhailah perjalanan hidup ku.

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Latif, Ya Rahman, Ya Rahim...

Aku bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Mu,
Aku bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan ku,
Aku yakin dengan ketentuan, qada' dan qadar dari Mu,
Aku bergantung penuh pada Mu,
Ya Allah...

Ya Aziz, Ya Fattah, Ya Hayyun, Ya Qayyum..

Jadikanlah segala kebaikan milikku,
Dan jauhkanlah segala keburukan dari ku,
Dekatkanlah yang baik pada ku,
Dan lindungi aku dari segala keburukan duniawi..

Jadikan aku hamba yang bersyukur,
Jadikan aku hamba yang bertuah,
Jadikan aku hamba Mu yang dekat pada Mu,
Sentiasa dan selalu..

Makbulkan doa ku Ya Allah..
Hanya Engkau yang aku sembah,
Hanya pada Mu aku memohon pertolongan.
Amin Ya Rabbal Alamin..


Saturday, February 9, 2013

Aku Tidak Nampak Satu Apa Pun Kebaikan Padamu


Wahai Suami,

Sentiasalah berlaku ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun, bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan isteri tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke dalam neraka.

Sebaliknya, tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur. Bagaimana mungkin seorang suami boleh bersabar dengan isteri yang melupakan kebaikannya?

Sifirnya mudah, buatnya payah... renungilah firman Allah:

   "Dan sedikit sahaja daripada kalangan hamba-KU yang bersyukur."
   (Saba' 34:13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang.

Ingatkanlah kembali diri dan isteri, bahawa kita ini hamba-Nya.

Edisi Istimewa AKU TERIMA NIKAHNYA - Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)

** Betapa lemahnya seorang isteri, sehinggakan seorang Suami perlu meredhakan dirinya dengan kelemahan seorang isteri, demi menyelamatkan insan kesayangan dari celakanya neraka..

^^ Saya sangat tersentuh, terutamanya apabila mengingatkan betapa Suami memahami, sabar dan bertahan dengan karenah saya selama lebih 5 tahun kami bersama..  T__T


Friday, February 8, 2013

Sediakan ongkosnya Saja Ya!


Tujuan saya ke Bukit Tinggi memang ada satu yang muktamad; mencari kain pasang untuk dibuat baju seragam Hari Raya Aidilfitri yang berikut ini.. Memang lambat lagi pun, tapi alang-alang dah ada masa untuk berjalan, baik membeli terus kan.. Nak tunggu datang semula, ntahkan bila masanya..


Sepanjang perjalanan dari Lapangan terbang Padang ke Bukit Tinggi, terlalu banyak persinggahan yang merupakan tempat atau kedai menjual pakaian. Mata ini juling melihatkan terlalu banyak pilihan, semuanya cantik dan megah.. Tetapi harganya terlalu mahal, langsung tidak bertepatan dengan tempat pengeluar kain pasang yang sering diwar-warkan sebelum ini.. Kami mengambil pendekatan melihat-lihat sahaja terlebih dahulu.. Itu lebih baik..


Di depan hotel dan tempat @ Rumah makan juga menjadi medan berjual-beli tiap kali kami menjejak kaki ke situ. Perut yang kenyang, menyebabkan urusan jual-beli menjadi lebih mudah. Saya sukakan keadaan ini.. Sejuk, nyaman, dan shopping!!


Pagi sebelum perjalanan diteruskan ke Lekuk 44, sempat lagi membeli baju untuk kenangan buat saudara ipar duai yang tidak berkesempatan menemani kami kali ini. Ingat-mengingati amalan mulia.. Jangan dilupa, t-shirt sendiri juga.. hihihi


Last sekali, lawatan ke Pasar Atas adalah satu kewajipan apabila sudah sampai ke sini.. Carilah mana yang berkenan, mintaklah harga yang agak murah. Biasanya, jika kita beli banyak, barulah dapat diskaunnya.. Petua.. Bolehla beli untuk emak, kakak, sepupu sepapat yang lain.. Tapi pastikan dorang dah ready dengan ongkosnya, melainkan korang nak bersedekah dan memberi hadiah pada mereka..  :)

Jadi, jika nak melancong ke Bukit Tinggi, duitnya harus banyak. Kalau tak, berputih mata sajalah kita melihat yang cantik-cantik, tetapi tak dapat dimiliki.. Ohh... Sedihnya......

Saya dapat jugak 2-3 pasang kain untuk dibuat baju.. Selebihnya, untuk dijadikan baju raya. Sebelah keluarga saya saja. Terlupa tahun ni masih giliran di rumah mertua.. Bajet untuk mereka dah tiada.. Cuai sungguh diri ini.. :(

Thursday, February 7, 2013

Jam Gadang, Jam Besar??


Inilah Jam Gadang yang popular di Bukit Tinggi, Padang tu. Al-kisah, jika dilihat dari jadual perjalanan, memang banyak betul perjalanan yang perlu dilalui.. Rupa-rupanya Bukit Tinggi di kecil je tempatnya.. Di situlah Jam Gadang, disitulah Pasar Atas (cerita di lain entri), jalan sikit je, dah sampai hotel..

Tambah lak udara dia memang nyaman betul, hinggakan berjalan-jalan berdua terasa macam melayang-layang je.. Tak letih pun..  :)  Ada opsyen untuk naik kuda, kena bayar Rp25000, teringin tapi telah disanggah oleh cik abang.. Yela.. Kita jalan kaki jela ya..


Camerawomen nya tangan pengkar, Jam Gadang yang gah tu pun jadi senget di dalam gambar.. Ye, di tangan cik abang tu hasil tangkapan di petang hari.. Nasib baik dah petang.. Kalau tak, mau lebih lagi dari tu..  :)


Jurukamera saya cuba untuk merakam pelbagai gaya menarik. Tetapi hasil kurang memuaskan kerana model yang ada langsung tak boleh kena arah.. Nak posing gaya sendiri.. Nah, gambar tak cantik, marah jurukamera!! hihihi


Mengabadikan gambar di hadapan Jam Gadang seolah-olah satu kemestian.. Sebagai tanda kami sudah tiba di sini kan.. Ya, cik abang saya semakin kecik sehinggakan begitu senang saya merangkul pinggang rampingnya itu.. Saya??  Cukuplah gambar menceritakan segala..  :(



Wednesday, February 6, 2013

Perjalanan Bukit Tinggi, Padang

Telah lama trip jalan-jalan ini. Di awal Disember jika tak salah perkiraan Saya.. 
Mengapa terlalu lewat cerita di upload? Ohh, sebagaimana sesaknya barangan di atas meja saya, sebegitu serabut jugalah pemikiran ini..  :)

Alhamdulillah, semakin lama masa berlalu, dengan berakhirnya Januari, saya akhirnya dapat menarik nafas sedikit lega untuk menumpahkan sedikit sebanyak penulisan di dalam blog serba usang ini...


Indahnya pemandangan  mencuit rasa kekaguman atas kekuasaan Ilahi.. Gembiranya hati berada di samping suami tersayang juga rakan-rakan seperjuangan amat mendamaikan. Seolah sebuah keluarga besar yang riuh penuh gelagat!


Walau kelihatannya biasa2 sahaja, namun deru angin sejuk itu membuatkan hati ini amat damai, sedamai wajah menerima usapan mesra bayu yang membawa kuntuman senyum yang indah..
Saya suka cuaca yang sejuk. Terasa wajah jadi amat berseri sekali! (mungkin khayalan sahaja??)

 

Makan lempeng atau nama komersialnya 'bika telago' yang konon2nya sedap bangat tu.. Tapi, memang kenala dengan selera diriku ini.. Al-maklum, sampaikan orang kompius dan menanyakan soalan cepu emas, "Eh, dh mengandung ek??" hahahaa...  Aminkan saja..


Hanya kami pasangan yang berdua dikalangan mereka yang sudah beranak-pinak.. Dan mereka memang jeles je tengok kami yang ala-ala honeymoon gitu.. Oohh.. Tak sia-sia saya tolong bayarkan tiket Cik Abang ni untuk pegi sesama.. Kalau ikutkan dia, takdenya dia nak ikut rombongan kekawan saya ni..hihihi

Konklusinya, rombongan ni berjaya walaupun terlalu banyak halangan dan kesusahan yang terpaksa ditempuhi.. Ada yang dihadapi bersama, ada yang dihadapi berdua atau bertiga, cukuplah juga yang ditanggung sendirian berhad sebagai penganjur.. hihi

Walaubagaimanapun, tahun nie, ke mana pula destinasinya??  Tungguuuuuuuu..

Sukar Untuk Ikhlas.


Meluahkan perasaan pada sesuatu yang telah diketahui tidak membawa apa-apa kesan adalah satu perbuatan sia-sia. Mana mungkin nasi yang ditanak akan masak kiranya api tidak wujud untuk memanaskannya? Sukar sungguh untuk berusaha pada masa yang sama tidak ikhlas melakukannya..

Kadang-kala, meluahkan perasaan pada layar maya ini, harus menjadi pilihan terakhir akal yang sihat. Namun, berhadapan dengan permasalahan yang menggugat kewarasan, layar maya sering lebih mudah capaiannya untuk pembentangan realiti kehidupan yang membuka sendiri pekung di dada..

Pembacaan ilmiah banyak memberi ilmu, sebanyak motivasi yang melingkari tiap ayat yang menujah pemikiran terbuka yang menerimanya. Ya, ini baru berbicara dengan kertas yang kaku.. Bagaimana andainya masa itu diisi dengan majlis ilmu yang pastinya lebih 'hidup' dan bernyawa??? Ohh, teringinnya untuk memiliki  kumpulan usrah yang akrab, membincangkan pelbagai permasalahan dan solusi kehidupan, dari soal diri hinggakan ke permasyarakatan. Mungkin saya perlu mengetengahkan hal ini kepada pihak atasan, demi kelangsungan rantaian keinsafan tidak terputus di tengah jalan...

Ya, Saya masih pening dan kesakitan di kepala. Dengan anggapan ini adalah sebagai penghapus dosa kecil, semoga perkongsian ini menambah saham di 'sana'..

Tuesday, February 5, 2013

NYA..


Bukan senang nak senang..
Bukan susah nak susah..


Segala ketentuan ditentukan oleh Nya..
Redhalah, dan bertawakallah...

Moga dipermudahkan..
Aminn..

Monday, February 4, 2013

Akan tiba masanya...


Tahniah berjuta2 tahniah buat sahabatku, Ambran dan Kak liza atas kelahiran baby kedua dan ketiga mereka.. Ya, pasangan kembar lelaki tu dah selamat dilahirkan.. Oohh.. Masih terbayang di mata ketika Daris Danial dilahirkan, kami masih di Lawas, dan Danial jadi kesayangan saya.. Tiap petang akan dikunjungi, untuk mengisi masa lapang...

Sudah 3 orang hero Kak Liza.. Terdetik difikiran, bila masa Saya pula ya?? Yela, kawan2 asik bersalin, sedara mara pun giat bukan main lagi.. adooii.. Yang diri ni, bila nak berpeluang merasa pengalaman yang sama??

Jangan risau.. Saya tak tension, tak stress pun.. Malah saya sebenarnya gembira sekarang, apabila period semakin regular, menunjukkan satu perkembangan positif.. Mungkin tak lama lagi rezeki kami pula kan???

Ooohhh... Teringin nak baby kembar jugak!! Saya jeles benar2 Kak Liza!!  :)

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}