Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, February 28, 2013

Ada Hikmahnya.. Bersabarlah..


HSG (HYSTEROSALPINGOGRAPHY) TEST 

Sudah 3 cycle, sejak Dr Suria mencadangkan ujian HSG ni untuk dilakukan.. Cycle ketiga ini, lewat tiba, dan seperti biasa, ketibaannya diiringi dengan pakej2 terhebat ujian kehidupan.. Dan sedikit lewat itu bermakna perlu menangguhkan ujian ke cycle yang berikutnya..

What happened?
Senang jer, lewat call untuk buat temujanji, dan hari ke 11 + 12 yang berkenaan, sesi temujanji dah penuh.. 

Taknak rasa tertekan (walaupun hari ni memang stres tahap nak tido taknak bangun2), taknak tunduk pada kekurangan walau hanya itu yang dimiliki.. Taknak mengalah kerana itu hanyalah sikap yang tidak membawa faedah..

Jadi, seperti biasa, jalani hidup sepenuhnya.. Jangan diingat apa yang sedih. Semua tu KARUT!! hahaha.. Pssttt... Ni ayat2 motivasi diri sendiri.. Jom kita motivate diri sendiri. Yey !!

Apa yang nak dibuat sekarang? Ntah kan.. Orang kata, jangan difikirkan sangat tentang usaha2 nak pregnant nie, nanti lagi stress dan susah nak concieve. Tapinya, kalau tak berfikir dan berusaha, boleh dapat ke?? hehehe.. Ada pro dan kontra nya ya kawan2.. Sebab tu ada yang sekali kena rogol, terus ada isinya, or ada lovey dovey couple yang dh kawin 10 tahun dan masih mencuba tak henti2, masih tiada rezeki anak.. Ada pro dan kontranya.. Dah cakap tadi kan...

Jadinya, serahkan segalanya kepada Allah sajalah.. Kita berusaha.. Dan kita bertawakal..

Dalam masa ni, sekarang, saya hanya nak tumpukan pada penyelesaian permasalahan pekerjaan yang tak pernah habis ni jela.. Mungkin time management saya masih kelam kabut, atau masih belum sesuai duduk di kerusi biru itu kot.. In sha Allah, dari masa ke masa, saya akan cuba meningkatkan prestasi saya, agar masa2 yang terbazir tiada hasil tu dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa istilah stress dan tertekan lagi..

Ya, masa yang dijimatkan tu bolehla dibawa ke JJ, SOGO atau JALAN TAR!!!  hahahaha...  I like..

Ada hikmahnya bagi segala ketentuan.. Sabarlah wahai hati..

tata

1 comment:

  1. salam perkenalan

    yup.. kalau pikir2 sgt mmg blh buat stress...
    just ikut floww.. hee :)

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}