Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, February 6, 2013

Perjalanan Bukit Tinggi, Padang

Telah lama trip jalan-jalan ini. Di awal Disember jika tak salah perkiraan Saya.. 
Mengapa terlalu lewat cerita di upload? Ohh, sebagaimana sesaknya barangan di atas meja saya, sebegitu serabut jugalah pemikiran ini..  :)

Alhamdulillah, semakin lama masa berlalu, dengan berakhirnya Januari, saya akhirnya dapat menarik nafas sedikit lega untuk menumpahkan sedikit sebanyak penulisan di dalam blog serba usang ini...


Indahnya pemandangan  mencuit rasa kekaguman atas kekuasaan Ilahi.. Gembiranya hati berada di samping suami tersayang juga rakan-rakan seperjuangan amat mendamaikan. Seolah sebuah keluarga besar yang riuh penuh gelagat!


Walau kelihatannya biasa2 sahaja, namun deru angin sejuk itu membuatkan hati ini amat damai, sedamai wajah menerima usapan mesra bayu yang membawa kuntuman senyum yang indah..
Saya suka cuaca yang sejuk. Terasa wajah jadi amat berseri sekali! (mungkin khayalan sahaja??)

 

Makan lempeng atau nama komersialnya 'bika telago' yang konon2nya sedap bangat tu.. Tapi, memang kenala dengan selera diriku ini.. Al-maklum, sampaikan orang kompius dan menanyakan soalan cepu emas, "Eh, dh mengandung ek??" hahahaa...  Aminkan saja..


Hanya kami pasangan yang berdua dikalangan mereka yang sudah beranak-pinak.. Dan mereka memang jeles je tengok kami yang ala-ala honeymoon gitu.. Oohh.. Tak sia-sia saya tolong bayarkan tiket Cik Abang ni untuk pegi sesama.. Kalau ikutkan dia, takdenya dia nak ikut rombongan kekawan saya ni..hihihi

Konklusinya, rombongan ni berjaya walaupun terlalu banyak halangan dan kesusahan yang terpaksa ditempuhi.. Ada yang dihadapi bersama, ada yang dihadapi berdua atau bertiga, cukuplah juga yang ditanggung sendirian berhad sebagai penganjur.. hihi

Walaubagaimanapun, tahun nie, ke mana pula destinasinya??  Tungguuuuuuuu..

1 comment:

  1. Nak melawat Padang Bukittinggi?Kami boleh uruskan untuk anda.Semua urusan dijalankan di Malaysia.Call:0126665436 (call/sms/whatapp)Lawati blog saya di:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}