Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, March 30, 2012

Hadir Mu Seketika..

 Hadirnya AI-Sotome amatlah seketika.. Namun kegembiraan yang dirasakan amatlah gebu indah.. Sikapnya yang super manja dan ingin berkepit sentiasa mencuit hati membuahkan sayang padanya.. Renungan matanya jujur telus, menunjukkan kelembuatan hatinya, dan kecomelan muka bulatnya...
 Tingkah laku AI-Sotome amat dijaganya.. Suka bermain, sentiasa mengalah dengan Shin-Chan yang lebih suka mendominasi situasi.. Si kecil yang cute nie, menunjukkan kematangan yang mengkagumkan, walaupun dengan saudara seibu dan sebapanya, Shin-Chan..
 Di mana Saya dan suami berada, di situ menjadi tempat permain Ai dan Shin.. Mereka suka bermain, tapi lebih suka untuk menyelit2 antara kami, berebut untuk duduk di atas riba, ataupun sekadar menjadikan paha2 kami sebagai jambatan untuk mereka berlari2 di atasnya..
 Ai....
 Ai tidak pernah marah atau meronta apabila dipegang.. Dia seolah rela diperlakukan begitu oleh diriku yang amat menyukai bulu lembutnya itu.. Mengusap bulu lembut itu, seolah2 memberikan Saya satu perasaan gembira yang halus.. Mungkin itu rasa sayang buat Ai yang terbina dalam seketika waktu ini..
 Gelagatnya sentiasa mencuri tumpuan..  Perilakunya menggoda mata untuk memerhatikannya.. Ai.....
 AI..... Sangat gebu bulunya...
Entah bagaimana, rasa sayang terhadapnya 
sangat dalam...
 Sangat suka landing di atas badan..Dan kadang2 sehingga terlelap di situ jika tidak diganggu oleh Shin...
 Gambar ini sangat memilukan.. Menghiris kalbu yang merindukannya...
 Dan walau semasa menulis entry ini, air mata tidak henti berjuraian dari mata ku, masih belum mahu berhenti... Mengenangkan Ai yg kini telah pergi...
 Ai.... Tunggu kami di sana.. Di sana lebih baik untuk mu...
 Ai yang pertama buat diri ku.. Jadi jangan hairankan, betapa Saya tak pandai mengendalikan perasaan sendiri bila berdepan dengan pemergiannya yang mendadak ini...
 Renungan yang akan sentiasa dirindui...
Selamat jalan AI... Berbahagialah di sana....

~~kini Shin @ Ashin sedang diberikan rawatan kecacingan juga.. Keadaannya juga tidak berapa baik, sentiasa berak cair selepas diberikan minum susu.. Tak mahu makan juga.. Dan, mungkin Ashin juga sedang menangisi pemergian teman sebakul dan sekotaknya yang telah pergi..
Moga Ashin akan terus kuat semangat.....

~~Saya menyalahkan diri sendiri, yang tidak pandai menguruskan keperluan Ai dan Ashin, hinggakan mereka menderita semasa berada dalam jagaan kami..  Saya sepatutnya lebih prihatin.. Lebih teliti dalam memerhatikan mereka, dan seharusnya Saya nampak perubahan keadaan kesihatan mereka.. Memang Saya rasa AMAT BERSALAH dalam hal ini...

~~Tak tau, bila masanya Saya akan berjaya untuk mengekang airmata ini dari terus mengalir apabila mengenangkan Ai... Tapi, Saya tahu, masih ada Ashin untuk diberi perhatian sekarang.. Semoga Ashin akan kembali sihat seperti sedia kala...

~~Semoga Ashin akan memberi respon yang baik terhadap ubat yg diberikan kepadanya..

tata

T__T

Wednesday, March 28, 2012

Nama disebut lagi!!

Usai masa sekolah tamat, melangkah longlai dari kelas yg penuh energi luar biasa busuk dan hangit, Saya kehabisan suara dan tenaga mengendalikan kelas SUPER suara yg semua orang tau tu... Menuruni tangga 2 tingkat, dan naik semula 2 tingkat di bangunan lain untuk istirahat sebelum pulang, ditegur Si Rambut kembang dengan penuh sopan lemah lembut mulut manis bertebu..

"Hidayah, boleh tolong jadi Ketua Penjaga masa untuk Hari Sukan nanti tak? Saya terlepas pandang AJK nie. Baru sedar td, sekarang dah miting. Boleh kita terus pergi miting sekarang?"

"Iya? Saya ok je. Sebelum tu, boleh Saya hantar buku2 nie dan rehat sekejap?"

" Ya2.. Miting kita tak lama.. Datang ya. Jadi Ketua Penjaga Masa nie.."

"Ok. Saya akan gerak kejap lagi.."

Dilantik dalam masa tak sampai 5minit, terus kena gi miting.. Tensen?? Memangla terasa jugak.. Dh mintak jd Penolong Pelepas Peserta.. Macam dolu2.. Tapi akhirnya diberikan jawatan yg sama dengan apa yg dah dibuat tahun lepas.. Saya paham.. Puan PPKKOKO nak senang kerja, arah je Saya buat apa2 pun, Saya buat jer.. Tapi yg Saya tak tahan, PPKKOKO suka sangat sebut nama Saya dalam miting..

Kalau PPKKOKO dok puji Saya rajin ke, lawa ke, tak pela.. Nak mention sokmo pun ok.. Ni, dok kata Saya tak beri tumpuan masa miting.. Isk, orang lain dok borak depan Saya, Saya yg di'caj' berborak ke??huhuhu..

Nak kata Saya anti ngan dia, Saya nie cikgu PJ. Mestila selalu suka jer kt aktiviti sukan dan koko. Patutnya dia lagi suka Saya.. Tp nie jd sebaliknya.. Tapi kemuncak rasa anti nie, bila dia buat perangai lidah bercabang seribu dia tu.. Haruslah Saya ANTI!!!

So, miting kali nie, nama disebut lagi. Tp sbb sudi jd AJK Terjun Bidan Terjun dengan JAM...huhu

Apapun, terima dan redha jela kan... Kalau Saya tensen, Miss P Saya merajuk lak.. Nie pun dh lewat.. Aiii...

tata

Tuesday, March 27, 2012

Belajarlah untuk Bersyukur

Kisah ini buat yg seangkatan denganku.. Yg berkeluh kesah.. Moga Daku dan kamu, mendapat ketenangan dan tetap yakin dengan takdir Yang Maha Kuasa...

Belajarlah untuk Bersyukur



Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh. Katanya telah bertahun-tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat. Bonda bertanya, "Tidak ada zuriat, tapi kamu ada suamikan? Ketika ketawa masih bersisa dia menjawab, "Memanglah ada suami, Bonda. Tetapi anak pun saya nak juga.
Bonda tanya dia kembali, "Kalau dapat anak lelaki nanti, mesti kamu nak anak perempuan pulakkan? Dia kembali ketawa, "Mestilah nak!" Bonda pun turut ketawa. Tenggelam sebentar masalah yang dibincangkan.
Bonda teringat hadis ke-11 dalam bab Taubat kitab Riadhus Shalihin.

Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)

Aduhai, tajam sungguh sindiran baginda Rasulullah S.A.W. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?

Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia. Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?

Justeru, mari kita berhenti dari sibuk berkeluh-kesah. Pujuklah hati dan teruslah memujuk. Ada seorang hamba Allah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kakinya lumpuh, mukanya cacat. Tetapi dia masih boleh ketawa dan riang seperti biasa. Bila ditanya rahsia ketabahannya, dengan tenang dia menjawab, "Kalau aku nak bersedih sebab tidak boleh berjalan lagi atau kerana muka aku dah hodoh, aku boleh bersedih dan terus merintih. Tetapi aku memilih untuk bersyukur dan bergembira sebab pada masa ini aku masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh melihat dan masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untuk aku."

Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung.

Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.
Fikir-fikirkan.

Biodata Penulis

Norli Binti Madlan Penulis buku Belajar Membaca Kaedah ekspres-i dan penceramah seminar teknik mudah mengajar membaca. http://www.bacaekspres.webs.com.
- Artikel iluvislam.com





~~Tenang sedikit hati selepas berdiskusi dengan suami sebentar td.. Dan membaca artikel nie, menambah rasa syukur pada rahmat yg diperolehi..


tata

Karier Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi


Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki?
Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?"

Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.

Sebagaimana firman Allah SWT, "Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).               
Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk, ayat 2).

Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita
Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, "Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka.

Allah berfirman):"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."               
Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan ('down', terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).

Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita
Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorangpun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.

Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannyaBeerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.              
Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.
Hukum Mengharuskan Wanita Keluar BerkerjaHuraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.              
Maka, pada dasarnya 'boleh' bagi wanita untuk berkarier. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menjadi dianjurkan, atau bahkan diwajibkan, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup. Contohnya, janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil pendapatan, sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya itu boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.


Contoh Wanita Berkerjaya Dalam Al-Quran dan Hadis
Kadang kala, keluarga yang memerlukan tenaga wanita berkerja, seperti membantu pekerjaan suaminya, mendidik anaknya atau saudara perempuan yang masih kecil atau membantu orang tuanya sebagaimana yang diceritakan dalam Surah al-Qashash tentang dua anak gadis yang membantu orang tuanya yang sudah lanjut usia dalam menggembalakan kambingnya.

Firman Allah SWT, "Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya".
Riwayat lain juga menyebutkan bahawa Asma' binti Abu Bakar-pemilik dua ikat pinggang (Dzatil Nitaqain)- berkerja membantu suaminya Zubair bin al-Awwam dalam merawat kuda-kudanya, menggiling bijian lalu ditiriskan. Asma' membawa gilingan bijian-bijian tersebut dari kebunnya yang jaraknya sangat jauh dari Kota Madinah.

Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy mahir menyamak kulit, memintal serta menenun kain sutera, hasilnya dijual di pasar dan disedekahkan. Itulah kerjaya Zainab yang menguatkan sumber ekonominya hinggakan beliau mempunyai keistimewaan sebagai seseorang yang banyak bersedekah. Lalu, mendapat julukan 'panjang tangan' (bermaksud banyak bersedekah) oleh Rasulullah SAW.


Keperluan Masyarakat Kepada Doktor Wanita, Jururawat, Guru Wanita dan Sebagainya
Kadang-kadang juga masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti doktor wanita, atau jururawat wanita atau guru wanita dan pekerjaan seumpamanya yang secara khusus lebih mahir dikerjakan oleh wanita. Paling ideal, wanita bekerja dengan kaum wanita, dan tidak dengan kaum lelaki, kecuali kerana keperluan mendesak yang mengharuskan wanita hadir dalam pekerjaan tersebut.
Syarat-syarat dan Batasan-batasan Wanita dalam Berkarier1. Pekerjaan tersebut memang disyariatkan.

Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa kepada perkara haram seperti:
a.Teman sosial kepada lelaki   
b.Setiausaha kepada pengarah yang memerlukannya duduk seruangan dengannya (biasanya di     pejabat-pejabat, S/U            selalu berdua-duaan dengan pengarah. Saya kagumi cara Syarikat     Telaga Biru Sdn Bhd yang melantik setiausaha bagi      pengarah iaitu seorang wanita yang mempunyai pertalian darah). 
c. Penari 
d. Pelayan bar yang menyediakan minuman keras yang dilaknat oleh Rasulullah SAW, penuangnya, pembawa dan penjualnya  e. Pramugari yang memerlukannya sentiasa tersenyum menyambut penumpang atau sering melakukan perjalanan jauh tanpa       mahram, dan yang memerlukannya duduk sendirian di negara orang lain. 
f.  Dan lain-lain pekerjaan yang diharamkan Islam bagi wanita apatah lagi pekerjaan yang diharamkan bagi lelaki dan wanita.

2. Menjaga adab wanita muslimah saat keluar rumah dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak.
Allah SWT berfirman, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup  dada (juyub[1]) dengan tudung kepala mereka (khimar);

3. Pekerjaan itu tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, seperti kewajipan mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab itulah pekerjaan dan kewajipan yang paling utama seorang wanita.


Saranan Al-Qaradhawi Buat Pemerintah

1. Pemerintah hendaklah menyiapkan sesuatu berupa Undang-undang Tenaga Kerja dan saranan pekerjaan bagi para wanita ketika keperluan mendesaknya berkerja untuk dirinya, keluarganya atau masyarakatnya. Persiapan ini penting dilakukan agar harga diri wanita tidak tergadai atau tidak mengacau kewajiban rumah tangga.

2. Pemerintah hendaklah membuat peraturan yang memudahkan peranan serta memudahkan wanita ini, misalnya separuh kerja dengan separuh upah. Seperti kerja 3 hari dalam seminggu dan upah disesuaikan dengan hari kerjanya. Contoh lainnya adalah seperti adanya undang-undang cuti menikah, melahirkan atau peraturan khusus bagi ibu menyusu. (Alhamdulillah sebahagiannya telah dinikmati oleh wanita di Malaysia).

3. Pemerintah harus mempersiapkan sekolah agama, sekolah umum dan universiti khusus untuk kaum wanita, sehingga kaum wanita mempunyai  peluang berolah raga dan melakukan aktiviti lain yang menyihatkan.

4. Menyediakan bahagian dan tempat khusus bagi wanita yang berkerja di pemerintahan, yayasan, atau bank sehingga menghindarkan terjadinya fitnah, serta fasiliti-fasiliti lain yang disesuaikan dengan keperluan[2].

Kesimpulan Penulis (Fatimah Syarha).Hormatilah wanita yang memilih untuk berada di rumah. Mereka bukannya ketinggalan zaman sebaliknya keluarga mereka lebih memerlukan mereka di situ.
Hormatilah juga wanita yang memilih untuk berkerjaya. Mereka bukannya melakukan suatu dosa seolah-olah berkerjaya itu haram sebaliknya mereka melakukan sesuatu yang harus.  
Samada berada di rumah atau berkerjaya, masing-masing ada sebab dan keperluannya yang tersendiri. Masing-masing ada peranan yang besar buat diri, keluarga dan ummah. Asal  saja tugas utama wanita iaitu mendidik generasi terus terpelihara. Asal juga suami redha dengan pilihannya.
Berbincanglah. Wanita yang memilih untuk berada di rumah namun tidak berusaha memberi didikan kepada anak-anaknya, akan gagal mencapai matlamat mendidik generasi. Wanita yang memilih untuk berkerjaya namun tidak menyediakan pengurusan yang terbaik untuk rumah tangganya, akan gagal juga mencapai matlamat.

Tips bagi wanita berkerjaya:
1. Jika perlu, ambillah pembantu rumah yang dididik dan dihargai dengan baik agar urusan teknikal rumah tangga tersusun rapi. Isteri-isteri Rasulullah SAW meskipun kebanyakan mereka tidak berkerja di luar rumah namun kebanyakkan mereka mempunyai pembantu. Masakan tidak, isteri baginda yang berada di rumah itu juga mempunyai kesibukan untuk menekuni ilmu.
2. Wanita yang berkerjaya dari rumah juga mungkin perlukan pembantu kerana kesibukan kerjaya itu dan kesibukan urusan rumah tangga. Jika mereka mampu melakukan kerja-kerja teknikal di rumah itu sendiri, tidak mengapa. Tapi realitinya, kerja-kerja teknikal di rumah tidak pernah habis, ditambah lagi dengan ragam anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing dalam memastikan adanya keseimbangan.
3. Pilih penjaga atau nursery yang terbaik untuk jagaan sementara bagi anak-anak dengan membuat pemantauan teliti terlebih dahulu. Maka, isteri boleh berkerjaya dengan lebih fokus dan professional dalam waktu kerjanya.
4. Lebih menarik jika wanita boleh memilih suatu pekerjaan yang mempunyai masa anjal dan lebih mesra famili.


~~[1] Juyub sering diterjemahkan sebagai dada. Bagi penulis, ia adalah terjemahan yang baik mengikut konteks pakaian wanita di Malaysia yang ringan, lembut dan senang membentuk di  badan, maka amat wajar tudungnya (khimar) melepasi dada agar tidak menggiurkan lelaki jahat dengan nampaknya bentuk buah dada.

Mengikut bahasa Arab, dari segi bahasa, juyub adalah jamak daripada jaib yang sebenarnya bukan bererti dada. Erti sebenar juyub ialah bahagian terbuka daripada pakaian dan semisalnya pada bahagian dada. Atau lebih tepatnya bererti belahan leher baju.
Maka, sama-samalah kita menghormati orang yang tetap ingin bertudung labuh, atau bertudung tiga segi tetapi bajunya longgar atau bertudung singkat dengan bajunya longgar. Masing-masing mempunyai sebab dan fatwa hati yang tersendiri. Hormatilah! Asalkan pakaiannya menutup aurat dan lebih baik lagi dipakai dengan rasa taqwa, bukan sebab-sebab lain.[2] Al-Qaradhawi, Fatawa Mua'shirah, juz. 2. Hal. 303-306.
- Artikel iluvislam.com

~Moga mendapat manfaat..

tata

Friday, March 23, 2012

Anak-Anak Baru Berkenalan..


Saya baru mula memelihara kucing... Ada 2 ekor anak kucing yg menjadi mangsa experiment nie...

Yang putih comot tu namanya 'SHINCHAN'.. Kami gelar dia Shin jer.. Takut Shin Chan sebenar terasa ati sebab Shin nie comell bangat....

Yang perang oren nie lak, namanya 'AI SOTOME'.. Kami gelar dia Ai.. Secomel dan semanja namanya, memang suka menggesel dia nie...
Menurut seorang pakar kucing yg enggan dinamakan, Shin dan Ai berkemungkinan baru jer berumur dlm lingkungan 2bulan.. So, masih sgt kecik.. Tapi jgn xcaya.. Dorang dijumpai kat flet kt Jalan Klang Lama. Dibawa tinggal kt flet Bukit Segar Jaya.. Dah penah gie Temerloh, Chenor dan CAMERON HIGHLANDS!! hahahaha.... Korang ada???





Aksi2 Shin dan Ai sangatla menghiburkan hati kami sekeluarga.. Nak pulak, anak2 saudara memang semuanya minat kt kucing.. Cuma Hanaan jer yg xsuka kucing.. Tp bila dh lama2, dia try jugak usik2 Ai yg cepat mesra tu.. hehehe

Menurut seorang pakar kucing jgk, mata Shin macam kaler biru.. Mungkin dia nie ada keturunan dari SIAM kot.. Jauh dtgnya tu.. SHin naik kapal terbang ke kapal laut??



 Hobi budak berdua nie yg paling utama ialah mengacau manusia yg suka berfacebook dan berblogging dengan melompat ke atas keyboard dan bermain2 dengan segala jenir wayar komputer..

 Ai jugak sgt suka membaca novel bersama-sama dengan ku...


 Lihat cubaan Ai untuk menanggalkan wayar adaptor laptop ku itu...


 Bergaduh memang cara untuk bersenam.. Bagus2...
Syok duk bertenggek atas laptop nie.. Abes segala setting tunggang langgang sbb kena alih dek Profesor Ai nie.. Aiyaaa..

 Mereka makan Whieskers (ye ke eja nie??) yg campur sket susu segar dan air..
 Muka pasrah orang amik gambar dia byk sgt... Ada taik mata minggu lepas.. Tp dh bubuh ubat.. So, hapus sudah taik mata itu..hehehe






 Mengapa gambar2 Ai jer?? sebabnya, SHiN sgt aktif bila nampak kamera.. Terus berpusing, lari lintang pukang.. Habit teruk betol...

 Eleleeeee coooomellll.....

 "Taknak amik gambar!! Nah gambar tapak kaki Shin!!!"" Duusshhhh














Cute jer dorang berdua nie kan?? Tak senang nk menjaga budak kecik yg xreti nk carik tempat berak n kencing lg nie.. Tp, kami sedang cuba mengajar dorang dengan penuh kesabaran.. Tima kasih kepada Encik Suami tersayang yg sudi menguruskan segala jenis najis kucing ni.. Saya tukang bg makan jer bolehla..hehehe

Sekian cerita anak-anakku..

Tata..

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}