Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, June 30, 2012

Alahai Anak..


Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya.

“Nenek, mana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

“Dimana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

“Di mana Papa dan Mama?”
“Masih di dalam bilik” jawab nenek.

Anak itu tertawa geli.

“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!”
tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”

P/S: Hrp2 xdpt anak gini.. Nauzubillah..

Friday, June 29, 2012

Saya bekerja di ............




Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation“, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


P/S: Bila kan dapat kesempatan itu??

Thursday, June 28, 2012

Suami Saya Orang Kaya!


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . “

“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“Emmm… “
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“Iya.”
“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”
“Berapa harganya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu “
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . “
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…”
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

p/s: Aduhai... Apa nk jadi? Sapa nk jawab??kuikuikuikui

Tuesday, June 26, 2012

Tak Lama dh.. Tapi Dah Terlalu Lama..



Entry kali ini adalah berkenaan dengan Ulangtahun pernikahan Saya dengan encik Suami (kot ye pun, dengan saper lg la plk kn....) yang akan tiba dalam 2minggu lagi..

Al-kisah, masih tiada perancangan... Masih tiada ura2.. Masih tiada plan walaupun dah dok pikir pasal 5th anniveraary nie dr bulan lepas2 lg dh.. oohhh...  5th?? Ayoyoyooo.. Sudah lamerr loorr..

Isk, kalo nk dikatakan tiada plan sangat pn, xle cakap jgk sbb Saya nie walau xpikir, tp mcm2 ada dalam otak nie..hehehee... Tapi, masalahnya, adakah semua yg ada dalam otak tu dpt diterjemahkan ke dalam dunia realiti ke tak..haaaa...Ayat pendebat dh kuar dah.....Go ner?? Boleh ker??

Al-maklumla.. Dalam otak nie dok pk, time annivesari niela kita nk gie honeymoon kn.. Gie Korea ker... Beijing ker... Paling tak, gi Phuket kan.. Bandung pn ok.. Tioman pn xde masalah.. Tp, berpatutan ker....? honeymoon pn, kena betul pilih tarikh.. Kot2 kena time Miss P dtg menjengah, honeymoon ke haper tu kn.. Tu namanya cryingmoon.. Bulan menangis... hohohoo..

Lgpun, ade cuti ker cik dayah nak gie melancong time2 xde cuti sek nie.. Nak plk awal2 bulan.. Nak plk, dhnk Ramadhan nie.. ~~Down......

Takperla.. Kita buat mcm perjalanan TTC tu jerla.. Kalo ada, adala.. kalo xde, xdela.. Apa orang nk kata, katala.. Mintak maaf, Telinga Saya dh imun dengan stori mori mandul nie seme, Saya cuma nk hidup tenang jer.. Yg lain, sila berurusan dengan Pencipta Saya.. hohohoo.. Ganas tak ayat gitu? Rasa2, orang yg terkena tu, kena heart attack tak lepas tu?? hahahaaaa

Sungguh ganas diri ini..

So, hal 7/7 tu, simpan lipat sisip kemas2 dulu la.. Malas nk pikir, buat semak otak jer.. pikir byk2 pn nnt, ada jer plan lain menyimpang potong line, tak ke lg hangin jdnya nnt?? Oooooohhh... Jgn... Saya nk berusaha bersempena bulan mulia nie.. Jgn ganggu emosi bakal ibu nih ek.. Tak baik tau.. usaha nak meramaikan umat tak jd kenyataan lg nih..

So, kesimpulannya, tggula 7/7 nnt, ada x entry gembira yahoo.. Kalo xde, maksudnya xdela tu ek.. -_-

tata

Secebis Pengalaman...


Since, Saya dah tak punya diari sejak tamat Tingkatan 5, makanya luahan perasaan banyak dibuat di hadapan insan2 bergelar sahabat.. Tak kira mulutnya ibarat malaikat atau mulut longkang, luahan dibuat dengan persepsi bahawa, beban perasaan itu akan terlepas sedikit demi sedikit dari membebani diri sendiri...

Semakin melangkah dewasa, dengan wujudnya blog dan facebook, Saya menyedari bahawa Saya kini sangat terbuka meluahkan perasaan terhadap warga luar lingkungan yang kadang-kala tidak Saya kenali... Kenapa??? Adakah Saya telah hilang kewarasan diri bila dengan selamber bercerita tentang diri kepada bukan sahabat dan keluarga??(List facebook sy cuma ada rakan yg saya kenal secara nyata sahaja!Yg tidak dikenali secara berhadap muka, takkan diapprove!)

Kini, berdasarkan pengalaman, Saya berpendapat, adalah lebih baik Saya mempunyai semula sebuah muka buka bergelar DIARI, yg dapat menyimpan segala yang terpendam, baik buruknya Saya, agar, yang baik akan kekal baik tanpa prasangka, yg buruk akan terlindung dalam lipatan sejarah memori hidup Saya sendiri.. Setuju tak??

Facebook mungkin akan diteruskan untuk mempereratkan hubungan sesama rakan taulan. Blog jua akan diteruskan untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pengetahuan.. Tetapi, Saya harus lebih selektif dan berakal dalam menapis isi2 penting yg ingin dikeutarakan dalam 2 medium ini agar ianya tidak mengguriskan hati sahabat2 dan keluarga, bahkan mungkin juga akan merobek hati dan perasaan Saya sendiri... Tak mustahil kan...

Moga dikuatkan hati demi meneruskan hidup di atas landasan ini..
Moga terus kuat menghadapi cabaran, dugaan, halangan dan ujian di setiap denyut nadi..
Moga terus tabah dalam usaha yg diusahakan..
Moga terus sabar dan berjuang untuk secebis hati yang masih bernyawa..
Moga terus hidup dalam kehidupan sebelum tibanya masa dipanggil kembali...
Moga yang terjadi akan menjadi panduan dan sempadan untuk terus melalui jalan ini..

Mungkin ini luahan rasa berat sebelah dari Saya, tetapi, inilah rasa rasa seorang manusia yg rasa kecil dlm dunia besar yg dipunyainya.. Kecil itu dia yg rasa, kecil itu dia yg punya.. Walau betul, walau salah, kecil itulah dia.. Walau sebesar mana luaran zahirnya, dipengakhirannya, kecil itu juga miliknya..

tata

Saturday, June 23, 2012

Pak Pandir Part 5


Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..


~~Memang memahami la kerani nie.... hahahaaaaaa

P/S: Mana 1 cerita Pak Pandir yg kekawan paling suka??? Share2 la yer...hehehe

tata

Friday, June 22, 2012

Pak Pandir Part 3



Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

~~hahahahaaaaa....tak tahan....

tata

Pak Pandir Part 2


Al-kisahnya..............

Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat….. Dia pun bertanya kepada penjual…

Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu….

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya….

Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam…
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh… jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

~~Isk isk isk isk....

P/S: Saya sedang bercuti2 mencari Nanako!! ;P

tata

Cerita Pak Pandir Part 1


Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

~~ Aduhaiiiiiiii Pak Pandir...

tata

Maha Melihat - Opick feat Amanda

Salam Jumaat semua.. Jemput dengar lagu nie dulu.. :)



Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta ’kan pergi
Yang didamba ’kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

Repeat reff [2x]

Nie lagu kegemaran Saya, after mendengarnya dalam salah satu blog kesukaan Saya.. Well, sebenarnya ia amat related kepada kehidupan Saya... Ya, mungkin juga kesayangan Saya.. Dan mereka yang disekeliiling Saya.. Nanti kalo xsebut, dorg marah... ;P

Lagu cinta ketuhanna begini, amat meruntun jiwa jika dihayati liriknya.. Bersesuaian dengan melodi yg mengalun jiwa... Mcm pengkritik lak!!!

Al-kisah, Tiada satu tersembunyi, Tiada satu yang terlupa.. Mengembalikan Saya kepada keadaan di mana amat jauh perjalanan hidup ini, dan amat panjang kiraan pengalaman yg didapati, semuanya dalam lingkungan pengetahuan dan kuasa Allah Yang Maha Kuasa.. Tiada satu pun yang tercicir dari terhasil dari perancangan Allah jua.. So, Saya dengan bersemangatnya, meningkatkan kembali semangat Saya untuk terus berjuang!!!

Ya! Terus berjuang walau bukan di medan perang, cukuplah perjuangan dalam bidang perubatan yg Saya cintai nie.. Bunyi cam nak jd doktor..huhuhu.. Cita2 masa kecik tu.. Ni lain. perjuangan ini memerlukan sejuta kesabaran dan tekad yang tinggi!! Dan memerlukan sokongan juga...

Ya, insyaAllah, tiada yang mustahil dalam usaha mengecapi nikmat yg dijanjikan..

Melainkan memang perancangan untuk Saya adalah yg sebaliknya...

Sedih, tapi hidup mesti diteruskan!!! Cayok Dayah!!

tata

Thursday, June 21, 2012

Pak Pandir Part 4


Panduan guna telefon nie kot....

_________________________________________________________________________________

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..


~~Pernah terfikir kan jd begini??

huhuhuhuhuuuuuu

tata

LESSONS IN LIFE (stori mori sedeey..)



~~ The story goes...

My husband is an Engineer by profession, I love him for his steady nature, and I love the warm feeling when I lean against his broad shoulders.

Three years of courtship and now, two years into marriage, I would have to admit, that I am getting tired of it. The reasons of me loving him before, has now transformed into the cause of all my restlessness.

I am a sentimental woman and extremely sensitive when it comes to a relationship and my feelings, I yearn for the romantic moments, like a little girl yearning for candy. My husband, is my complete opposite, his lack of sensitivity, and the inability of bringing romantic moments into our marriage has disheartened me about love.

One day, I finally decided to tell him my decision, that I wanted a divorce.

“Why?” he asked, shocked. “I am tired, there are no reasons for everything in the world!” I answered. He kept silent the whole night, seems to be in deep thought with a lighted cigarette at all times. My feeling of disappointment only increased, here was a man who can’t even express his predicament, what else can I hope from him? And finally he asked me:” What can I do to change your mind?”

Somebody said it right, it’s hard to change a person’s personality, and I guess, I have started losing faith in him. Looking deep into his eyes I slowly answered : “Here is the question, if you can answer and convince my heart, I will change my mind, Let’s say, I want a flower located on the face of a mountain cliff, and we both are sure that picking the flower will cause your death, will you do it for me?” He said :” I will give you your answer tomorrow….” My hopes just sank by listening to his response.

I woke up the next morning to find him gone, and saw a piece of paper with his scratchy handwriting, underneath a milk glass, on the dining table near the front door, that goes…. My dear, “I would not pick that flower for you, but please allow me to explain the reasons further..” This first line was already breaking my heart. I continued reading.

“When you use the computer you always mess up the Software programs, and you cry in front of the screen, I have to save my fingers so that I can help to restore the programs. You always leave the house keys behind, thus I have to save my legs to rush home to open the door for you. You love traveling but always lose your way in a new city, I have to save my eyes to show you the way. You always have the cramps whenever your “good friend” approaches every month, I have to save my palms so that I can calm the cramps in your tummy.

You like to stay indoors, and I worry that you will be infected by infantile autism. I have to save my mouth to tell you jokes and stories to cure your boredom. You always stare at the computer, and that will do nothing good for your eyes, I have to save my eyes so that when we grow old, I can help to clip your nails, and help to remove those annoying white hairs. So I can also hold your hand while strolling down the beach, as you enjoy the sunshine and the beautiful sand… and tell you the color of flowers, just like the color of the glow on your young face… Thus, my dear, unless I am sure that there is someone who loves you more than I do… I could not pick that flower yet, and die.. ”

My tears fell on the letter, and blurred the ink of his handwriting… and as I continue on reading… “Now, that you have finished reading my answer, if you are satisfied, please open the front door for I am standing outside bringing your favorite bread and fresh milk… I rush to pull open the door, and saw his anxious face, clutching tightly with his hands, the milk bottle and loaf of bread….

Now I am very sure that no one will ever love me as much as he does, and I have decided to leave the flower alone…

MORAL LESSON: That’s life, and love. When one is surrounded by love, the feeling of excitement fades away, and one tends to ignore the true love that lies in between the peace and dullness.

Love shows up in all forms, even very small and cheeky forms, it has never been a model, it could be the most dull and boring form.. . flowers, and romantic moments are only used and appear on the surface of the relationship. Under all this, the pillar of true love stands… and that’s our life… Love, not words win arguments

P/S: Kita semua punya cara mencintai dan ingin dicintai yg tersendiri.. Mencukupi kita sendiri meyakini diri sendiri bahawa kita layak mencintai dan dicintai..
~~Sehingga masa itu, doalah senjata utama kita... :)

tata

Projek arini...

Saya dengan ini, mengumumkan, di dalam otak Saya sedang bermain2 beberapa perkara di petang2 ari ni..

Perkara2 tersebut ialah...

> Masak nasi putih, talapia goreng garing2, sup rebus bayam, dan udang goreng tepung.

> Kek Heavenly Carrot Cake

> Mango Cheesecake...

Wahwahwah... Tgk list mcm ada sepanjang hari untuk buat segala nie.. Yg mana akn jd kenyataan???

P/S: Kek indulgence tu apa citer?? Aduhai....

tata

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah.. 1st check-up..

Yer.. Malam semalam, 20/06/12, Sy dh selamat kembali buat check-up untuk memeriksa tahap kesuburan.. Kata nak anak kn.. Kali nie, Saya pilih untuk pegi kt Klinik Pakar swasta jer.. Lebih pantas, selesa, dan banyak ongkosnyer...hohohohoooo

So, xdela sepantas mana pn.. Al-kisah, dh ramai yg buat appointment mlm tu, so menunggulah giliran ke-6 Saya ketika tu.. Lama jgk tapi redha jela.. Br 1st time la katakn... Sambil menunggu, tgk berita, tgk2 keliling, ternampakla sorg wanita seiras seseorang.. Cik Abg taip dlm sms, bajet2 xyah ckpla kn, tunjuk henpon jer kt Saya, dia taip "Orang sebelah kiri ni mcm Siti Saerahla..Cuba Sayang tgk..."

Oo...Ajak gosip rupanya Cik Abg nie..huhuhu.. Saya pn dengan berhemah, cari peluang nk tgk, oohh,mmg mcm serupala!! Dh ada baby kecik n sorg dlm lingkungan 2thn kot.. yela tu, dia la tu kot..huhu..Malasla nk buat jakun sgt, smpai nk bertanya bagai kn....hehehee

Tunggu lg turn... Dia pn panggil nama masa jam 940mlm.. Masuk jer, Dr Suriati sangatla peramah... Salam2 dulu, n review beberapa maklumat yg penting.. Buat ultrasound dan penerangan lg..

Overall, sistem fizikal xde masalah.. Cuma ovari nampak cm besar sikit dr biasa, menunjukkan mungkin ada simptom PCOS, ini dikuatkan lg dengan bebulu lebihan yg wujud lebih dr biasa..kihkihkih... So doc kt, PCOS xde rawatan.. Yg boleh, ialah rawat simptomnya saja.. so, pilihan yg Saya ada, buat rawatan kesuburan untuk kurangkn simptom PCOS tu.. Oooo...Saya paham...

Jadi skg, kena tggu period dulu, baru amik darah pd ari ke-2, dan amik clomid untuk galakkan perkembangan telur(ovum).... Tunggu lg.. Takde maknanya nk cepat2 bila berkaitan dengan masalah gegini ek...

Setel ngan Doc, tggu receptionist panggil untuk bil.. It goes.. RM5 utk pendaftaran. RM50 consultation. dan RM50 untuk ultrasound.. Telan air liuq jap.... Tapi mmg dh ready amount sekitar tu, so tarik jer note2 RM50 tu dan bayar.. Selesai...

P/S: Saya sekadar ingin berkongsi serba sedikit perjalanan TTC Saya, dengan rakan2 semua.. Semoga ada yg boleh mendapat manfaat daripadanya.. Usaha dan tawakal, doa dan harapan, InsyaAllah...
Oh ya, Saya pilih Klinik Wanita Suria, Alam Damai untuk pemeriksaan dan rawatan kali nie... :)

tata

Doakan Saya..

InsyaAllah..
Tolong doakan kesejahteraan Saya..
Semoga selamat semuanya...
:)

tata

Bersabarlah.. Dan Teruskan Hidup!!


Bersabarlah...
Demi diri ini yg tidak pernah akan ada sunyi dari dugaan.. Sabar itu makanan jiwa gering, agar kembali segar dan bahagia.. InsyaAllah..

Teruskan Hidup!!
Demi diri ini jua.. Jangan yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. Allah bersama kita, dan yakinlah pada janji2-NYA yg akan sentiasa bersama hamba2-NYA yg soleh dan solehah...


tata

Tuesday, June 19, 2012

Permintaan Si Dia..



Adoohhhh.... Kisah Cik Abg nie... Nak suh Saya buat Indulgence cake lg... Alahai... Gerun2.. Lepas kena kutuk aritu, terus down bila masuk bab indulgence nie.. Ermm... Tapi, mmg xkisah pn kalo nk buat lg. Cuma kena sedut mood dulu la..

Isk.. Mana nk dapat mood??

tata

Sunday, June 17, 2012

Harga Sebuah 5 minit..

Just Five More Minutes

While at the park one day, a woman sat down next to a man on a bench near a playground.

“That’s my son over there,” she said, pointing to a little boy in a red sweater who was gliding down the slide.

“He’s a fine looking boy” the man said. “That’s my daughter on the bike in the white dress.”

Then, looking at his watch, he called to his daughter. “What do you say we go, Melissa?”

Melissa pleaded, “Just five more minutes, Dad. Please? Just five more minutes.”

The man nodded and Melissa continued to ride her bike to her heart’s content. Minutes passed and the father stood and called again to his daughter. “Time to go now?”

Again Melissa pleaded, “Five more minutes, Dad. Just five more minutes.”

The man smiled and said, “OK.”

“My, you certainly are a patient father,” the woman responded.

The man smiled and then said, “Her older brother Tommy was killed by a drunk driver last year while he was riding his bike near here. I never spent much time with Tommy and now I’d give anything for just five more minutes with him. I’ve vowed not to make the same mistake with Melissa.

She thinks she has five more minutes to ride her bike. The truth is, I get Five more minutes to watch her play.”

Life is all about making priorities, what are your priorities? Give someone you love 5 more minutes of your time today!

p/s: 5 minit itu jauh lebih berharga dari sebuah kekesalan kerana kelewatan yg tidak disengajakan... Fikir2kanlah..

tata


Saturday, June 16, 2012

Fatwa Malaysia Tentang Bomoh dan Sihir


FATWA MALAYSIA TENTANG BOMOH DAN SIHIR

http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/08/fatwa-malaysia-tentang-bomoh-dan-sihir.html

Amalan Ilmu Hitam/sihir

Tarikh Keputusan : 11 Oct, 1993
Tarikh Mula Muzakarah : 11 Oct, 1993
Tarikh Akhir Muzakarah : 11 Oct, 1993
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-33

Keputusan
a) Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh
membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram.

b) Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/hudud.

c) Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.

Bersahabat Dengan Jin

Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Keputusan:
1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.

3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram.

Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: M.U.I.Phg. 2/116/2.
Akta/Enakmen: Enakmen 3/91

Penggunaan Jin Menurut Islam

Tarikh Keputusan : 21 Aug, 1995
Tarikh Mula Muzakarah : 21 Aug, 1995
Tarikh Akhir Muzakarah : 21 Aug, 1995
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 39

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengambil keputusan seperti berikut:


i. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.


ii. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.

iii.Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

iv. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam

Tarikh Keputusan : 9 Aug, 1996
Tarikh Mula Muzakarah : 9 Aug, 1996
Tarikh Akhir Muzakarah : 9 Aug, 1996
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40

Keputusan
Muzakarah bersetuju dengan garis panduan yang
telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai :

a. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.

b. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

c. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

d. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

e. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Kesan Perbomohan Meragukan Di Gunung Ledang Tangkak Muar

Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Adakah upacara perbomohan tersebut di atas bertentangan dengan akidah, syariat, serta akhlak perubatan Islam yang sebenar atau sebaliknya?

Keputusan:
Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Rabiul Akhir 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah membuat keputusan seperti berikut:

Alhamdulillah fatwanya,

"Upacara pembomohan yang dilakukan di Gunung Ledang oleh bomoh tersebut adalah jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak perubatan Islam." Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

a) Penyelewengan akidah

i. Proses memanggil roh-roh, jin-jin, atau perewang bagi mengubati pesakitnya. Ini bercanggah dengan Al-Quran surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:

'Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan Jin. Kerana dengan permintaan itu menjadikan golongan Jin bertambah sombong dan jahat'

Amalan ini juga bercanggah dengan A-quran surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud:

" Engkau sahaja ( Ya allah ) yang kami sembah, dan kepada engkau sahaja kami memohon pertolongan."

ii. Peresapan makhluk halus ke dalam tubuh tersebut atau dikenali dengan istilah sebagai "menurun". Perbuatan ini berasal dari pengaruh animisme mempercayai wujudnya "super power" lain selain dari Allah S.W.T. Perbuatan ini adalah syirik. Ia bercanggah dengan Al-Quran surah yusof ayat 106 yang bermaksud:

'Dan janganlah engkau ( wahai Muhammad ) menyembah atau memuja yang lain selain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh yang demikian jika engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim ( terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu ).'

b) Bertentangan dengan Akhlak perubatan Islam.

i. Ada unsur khurafat serta tahyul seperti mempercayai sebuah kolam yang bergelar "kolam nenek" yang boleh memulihkan segala jenis penyakit.

ii. Ada unsur dakwaan palsu dengan mengistiharkan bahawa beliau mengetahui peristiwa atau perkara di luar pengetahuan manusia seperti kolam nenek dijaga oleh Nabi Khidir, kesemua perbuatan yang yang mendampingi beliau adalah para nabi dan orang soleh yang hidup di alam ghaib dan belum mati lagi, begitu juga mengatakan bahawa nenek kebayan adalah Siti Hawa isteri Nabi Adam a.s.

c) Upacara perbomohan yang diketuai oleh bomoh tersebut adalah sesat dan menyesatkan.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamal atau mengajar atau menghurai atau Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamalkan atau mengajar atau menghurai atau menyeru atau menyebar atau bersubahat dengan apa-apa cara jua pun akan upacara pembomohan, bomoh tersebut adalah melakukan kesalahan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

p/s: Kita punya akal untuk membezakan yang mana benar, yang mana salah.. Kita ada pilihan untuk tujuan dan jalan kehidupan.. Marilah kita sentiasa berdoa agar tidak dipesongkan hati kita ke arah yg sesat.. Amin.

tata

Friday, June 15, 2012

Balik Kampung!!!

          Ye... Minggu nie akan balik kampung..

Sabtu akan buat upacara pecah kolam ikan Ayah, sempena nak buat majlis tahlil mak.. Tapi Daku dah berkira2 utk makan ikan sebelum org lain mkn.. Camner tu?? Makan tepi kolam tu terusla!! hehehe.. Cik Abg rela teman bini dia nie... hehehe

Malam Sabtu akan diadakan tahlil di Kg Lebu.. Kekawan nk dtg?? Mehla.. Menu ikan kolam air fresh Ayah tau... Bukan kolam plastik.. Nie versi air mengalir mcm air mata.. eh.. mata air... huhu.. ada versi patin, talapia, baung dan sebagainya...

Ahad?? Cik Abg ajak kemas2 rumah.. Ok jer.. Kain baju jd keutamaan. Pastu nak tgk brg2 yg boleh dilupus kira utk dimasukkan dlm tong.. Ermm.. Yg boleh pakai, simpan jela kn.. Brg2 kegunaan Ayah pn akan diletakkan di tempat senang capaian.. Ayah pandai guna mesin basuh tak? Kena pastikan hal tu.. Rsnyer xde masalah sebab iron baju pun Ayah pro...

Mungkin sempat nk geledah bilik belakang yg penuh harta mak.. Tapi, semuanya bergantung pd jam berapa bangkit tido.. Kalaunyer tido pn dah jam 430pg, xde maknanya haku nak bgn kul 7pg.. :P

Ooohh Ahad nnt dh 27 Rejab ye kawan2... Jom kita puasa sunat!! InsyaAllah...

tata

Tuesday, June 12, 2012

Antara Kemeriahan Percutian dan Kesedihan sebuah Perpisahan..


Susah nak memulakan sebuah entry yg didalamnya terkandung emosi berat dan pelbagai.. Namun, bagi diri yg serba kurang dan lemah nie, keinginan untuk berkongsi adalah salah satu jalan untuk mengurangkan beban di bahu yang memikul..

Untuk cerita penuh perpisahan antara dua dunia ini, eloklah rasanya, kita menyelami sendiri apa yg dirasai kakak ipar Saya, mengenai perpisahan yg kami hadapi dalam musim cuti yg selalunya membawa kegembiraan dan gelak tawa buat kami semua ini..


http://cintamaniszlite.blogspot.com/2012/06/kehilangan-kasih-sejati.html

Sukar nak menggambarkan diri sendiri sekarang, bila ditanya akan perasaan di lubuk hati. Namun begitu, Saya yakin, ada hikmahnya setiap ketentuan Ilahi.. Semoga emak bahagia di sana...

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}