Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, July 31, 2012

Insaflah sangat....


Anda begini???


    Sesungguhnya Saya yang hina dina ini, memang gini..kuikuikuikui

tata

Monday, July 30, 2012

Hujan..

Kadang-kala, bila hari hujan, kita merungut baju di jemuran tidak sempat kering...

Kadang-kala bila hujan kita merungut, kereta yang baru dibasuh akan kotor semula..

Kadang-kala kita merungut lagi bila hujan, tentang suramnya suasana hari itu...


Padahal dalam tiap titis hujan itu terkandung rahmat dan keberkatan Allah yang kita tidak tahu, atau terlepas pandang kepentingannya...

Hatiku telah selesai diperbaiki.. semoga kan kekal elok dan utuh untuk seribu tahun lagi.. Jangan kau lukakan lagi.. jangan kau hiris lagi.. Kerna bila ia rosak lagi, ntah bila akan kembali dibaiki hati itu.. Bersyukurlah akan  eloknya hati itu kembali dan jagalah dengan baik dan cermat.. Kerna yang pernah rosak itu, walau telah pulih, parutnya masih ada...


Sekadar renungan hari2...

tata

A Short vacation..???



I really need a very good rest now..
A short vacation maybe help but in these situation, I don't think so..

Just like this^_^


Being pampered..
Heaven...

tata

Sunday, July 29, 2012

Nak nie.... Dapat nie...



NAK YANG NIE... Comeeyyy nyer..


Dapat nie... Ermmm....


Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui..
Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaan-NYA..
Berdoalah, dan berdoalah... Semoga ada rezeki yang datang.. Walau bukan dlm bentuk pertama...


Anak kucing pun kita panggil anak jgk... :)

tata

Be Strong!!

Harus!!

Luahan Hati...









Tiada tempat yang lebih baik untuk meluahkan perasaan daripada Sujud kepada Yang Maha Esa..
Sesungguhnya, segala dugaan yang diturunkan tidak akan diberikan 
sekiranya aku tidak mampu melaluinya.. InsyaAllah..

Semoga aku mampu menguatkan segala otot dan sendi untuk terus berdiri di bumi ini.
Semoga aku akan terus mampu menghirup udara percuma ini...
Semoga aku akan terus mampu menerima..
Semoga aku akan terus mampu bertahan....
InsyaAllah..
Selagi diizinkan Allah...

tata

Saturday, July 28, 2012

Ambil Berat Haid Tak Teratur



Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.


“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.
Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM


Siapa yang berisiko mendapat PCOS

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
·  Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
·  Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
·  Ujian darah Progesterone/Testesterone
·  Ujian darah prolaktin
·  Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari


Bagaimana merawat masalah ini?
·  Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.


Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.


Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.


Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


Mengenai PCOS
·  Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
·  PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
·  PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
·  Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 
·  Masalah jerawat.
·  Kitaran haid tidak menentu.
·  Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
·  Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
·  Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
·  Keguguran rambut.
·  Kurang subur.
·  l Sukar hamil


Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu : 
·  Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
·  Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
·  In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/25
Harian Metro

Friday, July 27, 2012

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH



    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

   SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:


Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

   Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

   Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

   Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

   Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

   Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

   Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

   Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

   Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

   Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Friday, July 20, 2012

Perginya Dia Tak Kembali...


                 Belum sempat puas bermesra, Dia dh pergi meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya.. Tiada entri dlm blog yg mengalu-aluknnya.. Tiada perkakas baru sempat disediakan untuknya..

Seperti pemergian Ai-sotomey yg ditangisi aku hampir seminggu, kali ni, skrip sama berulang lg.. Latar jalan cerita dan pelakonnya masih sama.. Cuma watak utama berpindah tangan.. Dari Ai-sotomey ke Nanako...

Dan seminggu selepas itu, Nini pula mengikuti jejak mereka.. Hati keras dengan kehilangan.. Moga kamu berdua aman di sana.. Doakan kami berdua juga ya...

Shin.. tinggal seorang diri, semakin manja.. Masih kurus akibat sakit dahulu, tp sudah semakin aktif.. Alhamdulillah.. Menemani kami berdua.. Mendoakan kesejahteraan kami.. Meredakan stress kami juga... -Sangat benar...-

Kehadiran Himawari, membawa kegembiraan buat Shin.. Maklumla awek.. Cute plk tu... Harap2 mereka tidak akan menghadapi masalah kesihatan lg.. Saya dh taknak melihat mereka terlantar lesu...

tata


Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan...


Semoga Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari yang sebelumnya..

Semoga Ramadhan ini melimpahkan keberkatan dan hidayah yang seperlunya buat kami..

Semoga diri ini akan mampu dan terus kuat untuk terus berdiri atas kaki sendiri, melakukan yang terbaik demi kelangsungan kehidupan berpaksikan akhirat..

InsyaAllah ya Allah...
Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, wakina 'azabannar...

Salam Ramadhan..

Thursday, July 19, 2012

Pusingan Ketiga ke Klinik


Sebagai simpanan untuk ingatan sendiri, Saya terasa amat perlu disemadikan langkah2 yang Saya lalui bagi perjalanan penuh liku ini agar satu hari nanti, insan2 berkaitan akan dapat merenung betapa perjalanan yang dijalani ini bukan mudah..

16hb Julai 2012, pusingan ketiga tersebut mengambil tempat. Jantung dup dap dup dap.. Mual macam nak muntah semasa dalam kereta. Peluh dingin mengalahkan nk kena interview!! Adooi mak.. Nie seme sebab prosedur arini yang first time dibuat seumur idup.. memang penakut la.. huahuahua..

Sesampai kat klinik, baru 8.10malam. Doktor pun tak sampai lg.. So, jd pesakit pertama, tambah dupdapdupdap... Isk... Doc sampai kul8.30mlm. Nampak je doc, tambah laju lagi jantung berdegup.. Penakut!!

Nama dipanggil, dengan Bismillah, masuk bilik doc dengan senyuman paksa..huhuhu.. Salam2, chat jap, ok, kita teruskan treatment ek.. hohoho.. naik katil, buat persediaan sepatutnya, dan doc pun relek jer start..
Doc, saya nie first timer, jgnla ganas sangat..hehe..Doc pun buat muka terkejut, first time?? Ok2.. Aduhai..

Resultnya, masih belum menunjukkan perkembangan yang memberansangkan.. Masih perlukan masa untuk berkembang.. Ermm.. Itu bermaksud, masih ada appointment pada 23hb ini pula.. Yess Doc.. Menurut perintah...

So, siri ini akan bersambung lg la nampaknya... InsyaAllah.. Semoga dengan kehadiran Ramadhan, akan membawa bersama keberkatan dan rezeki buat kami.. :)

tata

Sunday, July 8, 2012

Sempena UlangTahun...


070712 - 1120am

Tu la.. Macam pagi sgt kn.. Br jer nk bertolak ke PD.. Kul braper nk sampai nie??huhuhuu.. Biasala.. Boleh bilang ngan jari jer, ari Sabtu Saya terjaga atas katil rumah nie.. So, masa terjaga dengan alarm, dok terpikir-pikir jgk, arini Jumaat ker Sabtu?? kuikuikui

070712 - 1300pm

Jem lak kt hiway.. Yela, bukanla smpai terhenti2, tersengguk2 tu tp kalo hiway pn banyak kete n terbrek2, macam xguna jgkla kn... Dah kuar exit PD/Seremban tu, jem lak kt simpang nk ke PD tu..Alahai... Mencabar keimanan sungguh.. Last2, jd org negori jap, pusing bndr tu n lalu kt jalan yg xyah traffic light..huh

070712 - 1410pm

Baru sampai kt Costa Rica- Legacy Hotel.. Sebenarnya kami xtido pn kt sini.. Abang Saya ada family day kt sini.. So Saya decide nk join sepetang kt sini.. Mandi kolam je pn..hehe
Disebbkan jalan dh lama td, perut dh nyanyi2, kami pn kuar bilik n gie jalan2 makan plk.. Konon Saya dan En Fadhil nk bawak gie cafe Mesra, al-kisah, dh lewat kot.. Kedai dh tutup..huuu.. Patah balik semula, singgah terus kt Watie The Cowboy, nasi kukus ngan ayam panggang berempah.. Perghh.. Nasi separuh mangkuk, ayam potong 4 seekor punyer, timun, sup n sambal.. Memang mabeles.. Nk2 plk time perut dh ready berkeroncong kn...

Jumper Nazri Raihan kt situ.. Tp sedikit konfius, dia dh buncit ker??hehehe

070712 - 1715 pm

Baru ler dpt terjun dlm kolam.. Memula, Saya pn ala2 segan gak sbb xde pompuan dlm pool, seme yg ada cume boboboi ngan gegegerl jer, tp, hentam jela.. Memang dr mggu lepas dok target nk mandi kolam..hehe..

070712 - 2005 pm

Kami pn berangkat kuar hotel dan menuju ke tempat makan2 malam anniversary.. hehe

Sampai jer kt Medan Ikan Bakar Port Dikson (mmg target nk mkn ikan bakar.. :)) kami terus ler carik gerai mana yg nak dijadikan sasaran.. Memula nampak Pak **** (tak ingatla plk namanya) Ikan Bakar Special, pastu Persatuan Nelayan PD, then kt sebelah depan menghadap laut, nampak ler D'Terapung.. So, nk pilih yg mana 1 nie?? Ermm..

Amik keputusan, gie kedai Pak *** jela.. Ikan nmpak lawo menggoda. Ada Siput buluh lak.. Iskkk... Best.... Amik siput buluh 300gm(mkn xingat) masak goreng halia, ikan siakap 3 rasa dan sotong bakar.. Di join oleh jus oren ngan teh 0 limau ais, memang makan xpandang org dh..heheheee

Siap makan, cepat2 bangun sebab ramai org dok lalu lalang carik meja kosong... Saya ajak Cik Abg gie jenguk D'Terapung jap.. Sj jela kn.. Tgk2 seafood dia.. Sotong beso2... (Sm la cm kt 2 kedai td) Udang terendam dalam ais mcm xberapa segar.. ikan2 seme mcm keras kojong dlm peti ais jer... ketam kecik2 xfresh(kt kedai Pak **** ketam dia menggoda giler!!) Tp Cik Abg kt lauk dh byk, takut xabes mkn.. T__T

Keluar dr D'Terapung, amik gambar kenangan malam anniversary guna hp jer, then balik.. Puas dok try nk bukan mata, tp penangan perut penuh, Daku pun selamat lelap hingga sampai rumah.. Sekian..

p/s: Cik Abg gie Kelana Jaya dulu amik barang kt kekawan dia.. Saya xkuar kete pun... Sambung tido..hehe

tata

Selamat Hari UlangTahun Yang ke-5 Sayang...


5 tahun lalu, pada tarikh ini, bersatunya kami sebagai sepasang suami isteri yang sah.. Setelah mengikat tali pertunangan selama setahun lebih (malas nk kira hari..hehe), dan bercinta lebih kurang 2tahun, dan berkawan lebih lg dari tu, kami disatukan dengan restu keluarga..chewaahh..ayat skema bebeno!!

Dikesempatan blog usang ini, ingin Saya menyampaikan sepatah 2 kata buat Suami tercinta..

5 Tahun Penuh Kebahagiaan..

Tika saat ijab dikabulkan,
Tika saat cincin disarung,
Tika saat mas kahwin bertukar tangan,
Dan tika saat tanganmu kukucup kudus,
Aku milikmu, Kekal begitu..

Tiap saat kita bersama,
Tiap minit kita harungi,
Tiap jam kita jalani,
Tiap hari kita tempuhi,
Tiap minggu kita lalui,
Tiap bulan kita susuri,
Dan 5 tahun kita bersama, harungi, jalani, tempuhi, lalui dan susuri..
Kita tetap kita,
Menyimpung kasih,
Menyulam sayang,
Hidup ini kita hidupkan..

Aku memohon pada-Mu Ilahi,
Moga jodoh ini dipanjangkan hingga Syurga,
Moga hubungan ini dilimpahi rezeki zuriat yang soleh solehah,
Moga hubungan ini diberkati dunia akhirat..
InsyaAllah...

wooowoottt... Dah 5 tahun!! Wahhh..... Kalo baby nie, dh boleh masuk sek..heheheee

tata

Friday, July 6, 2012

Dapat PAHALA..



♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

~~Alhamdulillah.. Mudahnya dapat pahala... :)

tata

Thursday, July 5, 2012

Anak, Aset Ke syurga..


InsyaAllah.. InsyaAllah...

Bahaya makan hati binatang.



~~Artikel copy paste sekadar renungan bersama dr laman Facebook..

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser.Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

~~Kaum yg dilaknat, melakukan perkara yg dilaknat jua...

tata

Wednesday, July 4, 2012

Daun Pisang



Cikgu Ramli : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?

Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…

Cikgu Ramli : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

P/S: Betul jgk jawapan tu.. Naper kena berdiri?? hihihihiii

Tuesday, July 3, 2012

Tepung? Kek?



Cikgu Ramli sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Mat : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

p/S: Ringan jer tangan nie kalo jumper bebudak gini..hohohohohoo

Monday, July 2, 2012

Subhanallah..


Sekadar perkongsian...

Pulak??



Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ramli telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ramli pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

p/s: Lurus bendul!!!

Turunnya Bala Apabila...


Perkara-perkara yang menyebabkan turunnya bala bencana dari Allah s.w.t

Jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut, nescaya bala dan bencana akan menimpa mereka.

Sahabat bertanya, "Apakah perkara itu Ya Rasulullah?"

Baginda menjawab,:

1. Jika harta rampasan perang bertukar tangan

2. Jika amanah dianggap satu keuntungan

3. Jika zakat dianggap sebagai denda

4. Jika lelaki terlampau tunduk pada isteri

5. Bila terdapat anak-anak derhaka kepada ibunya

6. Jika ada orang terlampau patuh kepada teman

7. Apabila ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan

8. Bila ada orang yang suka bertengkar di dalam masjid

9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum

10. Memuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya

11. Apabila minuman keras tersebar secara meluas

12. Apabila ramai yang memakai sutera

13. Apabila penyanyi wanita begitu diagung-agungkan

14. Apabila alat-alat muzik digunakan

15. Apabila umat hari ini mengutuk umat sebelumnya

Apabila hal seumpama ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu, akan tibanya angin yang panas atau bahaya-bahaya lain seperti gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.

SUBHANALLAH......Apakah yang kita lihat, yang telah berlaku pada masa ini?

tata

Ingatan Sebentar Haru..

~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

~~Walaupun hanya sehingga perenggan ketiga kenangan Saya bersama Abah, namun kuatnya rasa itu hingga membawa ke perenggan terakhir kehadirannya...

p/s: rasa itu kita yg rasa.. tak perlu ucapan utk rasa itu di jiwa..

tata

Sunday, July 1, 2012

Nasib Cikgu..


Cikgu Ramli sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Cikgu Ramli akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.

Cikgu Ramli asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya..
Lalu Cikgu Ramli menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Ramli: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”

Mat : “Oh Cikgu Ramli, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”


P/S: Kalau dgn Cikgu Dayah, dh lama kena cubitan Alam Perwira tuh.. huhuuuuuu

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}