Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, September 30, 2013

Perlu kah??


Perlukah kita marah,
Andai kesalahan itu kita yang lakukan??

Perlukah kita sakit,
Andai kesakitan itu kita yang minta??

Perlukah kita menderita,
Andai derita itu kita yang cari??

Perlukah kita menyesal,
Setelah semua yang kita lakukan adalah atas kehendak sendiri???



5.01pm
28/09/2013
~~tata

Saturday, September 28, 2013

Plan.. Planning.. Planned???


Dah lama tak merancang untuk bercuti ke luar negara.. Walaupun ke over the sea.. Bersama keluarga.. Bukan tak ada rancangan, tapi sejak kami kembali ke semenanjung Malaysia dan tinggal di Kota Besar Kuala Lumpur dengan elaun cola yang hanya RM300 tu, semua plan hanya mampu di pandang sepi..

Bukan mengatakan RM300 itu sedikit dan tidak berguna.. Tidak...

Cuma kadar kehendak mendadak naik apabila berada di tempat semua ada ini.. Dulu di Lawas, hanya seminggu sekali saya ke tamu untuk memenuhkan peti sejuk demi kelangsungan lauk sepanjang minggu.. Rajin masak di rumah sebab hanya ada beberapa buah kedai makan sahaja di sana.. Berbeza dengan keadaannya di sini.. Sebutkan apa saja, semuanya ada.. huuuu

Tidak dapat dinafikan bahawa gaji di Sarawak lebih tinggi.. bandingkan sahaja gaji saya sekarang, dengan rakan setugas yang sama-sama posting dahulu, yang dia sememangnya anak Sarawak, memang gajinya lebih tinggi.. Ini kerana mereka mempunyai elaun yang akan naik seiring dengan kenaikan gaji.. Yang mana, kita di semenanjung hanya menerima elaun cola.. 3tahun saya di sana, elaun tersebut RM313.. Jika sekarang?? Perghh...

Jadi, kembali kepada topik. Masalah sekarang adalah kekurangan lebihan wang yang kadang kala membawa kepada kesempitan hidup.. Jadi, tiap perancangan yang mempunyai had yang tinggi terpaksa dipertimbang berkali-kali hinggakan ia terpaksa dibatalkan kerana kekangan itu..

masalah seterusnya ialah masalah dalaman kami.. Perjumpaan pada setiap hari hanyalah dari jam730malam hingga jam 630 keesokkan paginya.. Belum ditolak masa andai encik fadil keluar bermain badminton, futsal atau bola dan juga waktu tidur.. Masa kami untuk bersama terlalu suntuk setiap hari.. Berbeza dengan dulu.. Kami bersama-sama bangun, pergi ke sekolah, balik ke rumah, ke padang melatih atlet, balik, memasak dan makan.. Semuanya bersama.. Jarang-jarang kami berpisah.. Bermain badminton pun bersama. Dia ke padang bola, saya ada sebagai penyokong pasukan.. Berbeza sungguh dulu dan sekarang..

Jadi.. plan yang di planning itu selalunya menjadi plnned yang dibatalkan..

Inilah namanya perjalanan hidup.. Selalu berubah untuk mengajar kita sentiasa seiring dengan masa.. Jangan hanya berada di takuk lama sahaja..

tata

Tuesday, September 24, 2013

Kadang Kala


Kadang kala ku keliru
Antara hasrat hati dengan bisikan dosa..

Keliru itu membunuh
Bila mengundang ragu di hati..

Ya Allah..
Jauhkan aku dari pembisik dosa,
Yang sentiasa ingin menghumban ku ke lembah hina..

Ya Allah..
Lindungi aku dari para pendusta,
Yang menjanjikan gembira dalam neraka..

Ya Allah..
Hanya padaMu aku berserah,
Hanya padaMu aku memohon pertolongan....

Friday, September 20, 2013

Tanges Itu Hanya Untuk Sendiri..


Kegembiraan menerima berita gembira pada 28 Julai, setelah mengharungi hari-hari penuh pengharapan (dengan suntikan ke perut) bermula 12 Jun membungakan bunga-bunga kenahagiaan yang tak pernah dirasakan sebelum ini.. Gambar transvaginal ultrasound yang hanya menunjukkan sebuah kantung berumur 4minggu 5hari itu kelihatan sangat indah hinggakan air mata kerap bertakung hingga ke bibir mata..

Pertama kali disahkan mengandung, setelah 21hari melewati ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6, walaupun melalui prosedur IUI, amat mengujakan.. Terlalu banyak limpahan kasih sayang dari insan-insan sekeliling, tak kurang sokongan daripada kaum keluarga, dan yang paling utama, pastinya si kekasih hati yang sentiasa tersenyum lebar hingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya.. Dia yang tak sanggup untuk menyuntik jarum ke perut saya, baru keluarkan jarum pun dah lari menyorok di dapor!! Dialah yang akan menutup mata tiap kali melihat saya menyediakan pen penyuntik gonadotropin.. Belum lagi saya menyuakan jarum ke perut, si dia dah hilang dari pandangan.. alahai... kiutnya kamu wahai suami...

Hari-hari selepas pengesahan kandungan itu, kami seperti biasa saja. Namun begitu, pelbagai pantang larang di awal kandungan cuba dituruti. Rasa letih terlampau yang saya rasa diimbangi dengan rasa tanggungjawab suami yang amat mengambilberat.. Dialah yang membantu memasak nasi, mengacau gulai, menunggu ikan yang digoreng hingga garing.. Saya hanya membantu menyediakan perencahnya saja.. Oohh.. Bahagia!!
Sampaikan si dia sanggup meninggalkan katil setiap pagi hanya untuk membantu saya membuka dan menutup pintu pagar setiap pagi untuk pergi ke kerja..

Bulan Ramadhan memang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah.. Saya berjaya mengharunginya dengan tidaklah sesukar orang lain.. Cuma sehari tercicir, hanya kerana perasaan marah yang tidak dapat dikawal, akibat kekerasan hati seorang pelajar.. Memandu balik dengan tangan dan kaki yang sejuk dan menggeletar.. Saya tahu saya tidak boleh membahayakan nyawa dalam tubuh, saya pun berhenti di drive thru Mcdy.. huhuhu.. Berger Samurai tu memang sedap buat dimakan berbuka di tengah hari..hihi..
Selesai makan, badan kembali normal, fikiran pun waras.. Alhamdulillah.. Yang penting, tidur petang jadi acara wajib.. Asar ku kadang kala pada jam 630petang!!

Sejuta kemaafan ku pohon daripada suami, tidak dapat menyediakan hidangan berbuka selengkapnya, kerana kekurangan diri.. Nasib baik mempunyai suami ini, yang amat memahami dan menyayangi...

Menyambut hari raya penuh sederhana.. Mak tak buat lemang pun tahun ni.. Memang tiada aktiviti berat pun.. Alhamdulillah.. Berjaya menjaga diri dengan baik.. Beraya di rumah mentua. aktivitinya santai-santai saja..

Malam hari raya pertama itu, mula la rasa sengal di perut..
Diikuti brownish spotting pada petang raya kedua.. Nanges sepuasnya di toilet, sebelum punya kekuatan untuk berkongsi dengan suami..

Hasil pencarian di internet, sesi dengan matron hospital dan panggilan telefon dengan seorang doktor, kami merumuskan selagi perut tidak sakit seperti kontraksi, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.. Hanya perlu berehat sahaja. Dan itu yang saya lakukan sepanjang 3hari selepas itu.. Hanya berbaring ditemani komik-komik kesayangan..

Raya ke 5, kami pulang ke rumah,dengan hajat menyambung kerja yang tertangguh akibat cuti panjang. Dan keesokkan harinya, dengan semangat waja, kami keluar ke KKIA untuk membuka buku pink.. Dan 15 Ogos itu mulanya detik air mata..

Setelah diperiksa di KKIA, doktor tidak dapat mengesan kedudukan janin mahupun kantung yang sepatutnya sudah berumur 8minggu itu.. Surat diberi, kami diarahkan ke APC Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.. Sejak jam8 di KKIA, jam12 kami keluar dan terus menuju ke HA tanpa menghiraukan perut yang berbunyi kelaparan.. Terus diarahkan untuk menyalin kain pink di APC, saya terlentang menanti diperiksa oleh doktor..

Dan prosedurnya bermula dengan ultrasound.. Di atas tak nampak, transvaginal pula.. Masih kosong katanya.. Kembali ke tempat pemeriksaan, spekulum dimasukkan untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang lelehan atau bahan buangan, juga tiada. Dan untuk lebih kepastian, saya diarahkan untuk melakukan sekali lagi, ujian air kencing yang telah sekian lama saya lakukan, dan keputusannya adalah sama seperti yang dahulu-dahulu juga.. NEGATIF.

Doktor merumuskan - Complete Misscarriage.

Pulang ke rumah, pastinya makan dahulu di restoren, terus tidur merehatkan diri.. Saya keletihan, saya tahu. Suami kekecewaan. Saya tahu juga.. Dia stress. Saya cuma yakin pada satu perkara, bahawa kantung yang pernah wujud dalam rahim saya masih ada.. Sama ada masih ada isinya atau tidak, saya tak yakin.. Namun begitu, selepas aktiviti telek menelek di HA, spotting berubah menjadi light bleeding. Kami stress. Dan kami memutuskan untuk keluar menghirup udara sepanjang jalan pada Jumaat malam.. Perut sudah mula memulas-mulas sepanjang perjalanan balik tapi Saya diamkan saja.. Suami yang jadi keutamaan, sanggupkah kita membebankan dia lagi setelah semua yang dia alami??

Jam12 tengah malam, kami berbaring di katil sambil masing-masing memegang handphone bermain Candycrush. Bila sakit perut datang, saya melihat pada jam di dinding..

1230....1240....1250....0100...

Terdetik di hari, aku seolah mengalami kontraksi untuk melahirkan.. Sedangkan aku hanya mengandung 8minggu, dan ntah ada atau tidak nyawanya dalam rahim ini..
Tidak terfikirkan, bahawa itu petanda si dia sudah sedia untuk keluar dari tubuh mummy..

Jam 6pagi, terjaga kerana kesakita yang amat. Istilah saya, sakit senggugut. Rupanya itulah rasa yang kaum ibu rasa semasa ingin melahirkan.. Puas menahan rasa sakit di dalam tandas, terus ke katil untuk berbaring untuk meredakan kesakitan.. Memang gagal usaha itu.. Dengan teresak-esak, memanggil suami supaya segera bangun, agar dapat bersedia untuk ke HA.. Suami yang mamai, menghulurkan baju kurung untuk dipakai.. Kompemla saya taknak!!huhuhu

Dalam waktu itu, kesakitan yang kerap menyebabkan saya melutut berpatut pada katil, dan di situlah seketul plasenta keluar mengakhiri kisah penantian pertama ini.. Jangan harapkan suami untuk memegangnya. Melihat pun dia dah termuntah.. Saya uruskan, menyimpannya di dalam plastik, dan kami terus menuju ke HA untuk pemeriksaan lanjut..

Jam7 di HA, melihatkan keadaan plasenta yang tidak sempurna, dan saya yang masih kesakitan, doktor membuat keputusan untuk melihat-lihat keadaan dalaman agar tiada bahagian yang tertinggal di dalam.. Seorang doktor, seorang doktor pelatih dan seorang jururawat mengelilingi dan dengan bantuan spekulum (lagi!!) dan sebatang gunting panjangnya hampir sehasta!! berusaha menggali dan mengorek hingga lengkap semua bahagian.. Selesai segala, saya disuruh berehat..

Jam 1130pagi, selepas sesi bertemu doktor selesai, saya disahkan mengalami keguguran penuh secara semulajadi.. Mendapat MC selama seminggu, dan yang pastinya perlu berpantang.. Saya menguatkan diri, dalam keadaan lemah begitu, demi melihatkan mata seorang suami yang kelihatan hilang upaya, yang masih cuba untuk berdiri selepas segala taufan yang melanda.. Bukan senang untuk kami berdua, namun begitu kami tetap yakin bahawa masih belum masanya untuk kami, masih belum sampai rezeki itu untuk kami..

Seminggu berpantang, suami menyediakan segala peralatan untuk saya.. Segala-galanya.. Alhamdulillah... Dia memang anugerah terindah dalam hidup saya..
Dan, memetik kata-katanya, "Jika tiada Abang dalam hidup Sayang, agaknya Sayang pun tak boleh hidup.."
Ya, memang saya rela, dan saya mahu mengikut langkahnya ke mana jua dia pergi.. Kerana tanpa dia, tiadalah saya...

Itulah ceritanya saya.. Saya tak pernah mengalirkan air mata sejak kejadian itu.. Dan buat pertama kalinya selepas kejadian itu, hari ini saya mengalirkan air mata demi mencoret ini.. Bukan penyesalan atau kesakitan.. Ini hanyalah air mata pada sebuah kenangan yang pastinya menjadi kenangan seumur hidup..

InsyaAllah, kami yakin akan ada lagi Mr dan Mrs Precious kami bakal datang.. Kami hanya perlu menanti dengan doa.. Janji Allah itu pasti..

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}