Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, January 13, 2012

Sabtu..


Ini Sabtu, Saya ada miting Panatia PJK. Abes miting jam10.15 pg td, Saya makan2 mihun sama seri muka dulu di sekolah. Lepas tu Saya balik rumah, bukak FB dan blog, baca itu berita terkini dunia dan kawan2.. Banyak jeles tgk kwn2 punya baby2.. Banyak comel2 mcm mak ayah dorg jugak..

Ini sudah tghari. Lepas Zuhur, Saya sama cik Abang yg sayang sama mau jalan2 cari kasut sukan dia.. Dia mau ajar PJK pakai kasut baru jgk. Dia manyak jeles sama Saya punya NIKE maa..

Ini petang cik Abang ada game bola sama itu LIVERPool FC juga.. Sana di Ampang jam 445 ptg.. So, kami kemas2 baju terus, boleh terus balik kg maa.. Tiap2 minggu ialah hari keluarga juga.. Tak ada hari untuk kami pn tak ada apa punya... Kami tak ada complete family juga.. Sampai bila belum tau lg.. Itu Tuhan punya cerita, kita boleh doa saja..

Jadi sikalang Saya mau kemas2 beg sama barang2 mau bawak balik.. Tak manyak... Cuma baju besar dan baju kecik saja... itu barang, macam mana ada manyak pun, tapi bila U olang ada 3 rumah wooo, mana dapat cukup punya... Ayoo..manyak stres bila pikir ini hall..

Saya suda pening.. Ini pinggang sama belakang lg tambah sakit becoss semalam ada main lari2 sama budak juga.. Kena mau makan itu panadol kasi kurang rasa sakit maa.. Adakah hidup Saya selamanya kena makan itu panadol?? Ayyaaaa... Manyak pening mau pikir!! Tak mau pikir dah!!

tata

Chinese New Year is just around the corner!!


Just nak update, cuti seminggu nie nak gie mana??? Ohohohohohhhooooo......

Angkara Dia!!


Spoil mood Saya di awal pagi, apabila usaha untuk bertolak lebih awal ke sekolah telah menemui jalan buntu bila sebuah MyVi Kelabu WSV 8960 menghalang kereta Saya.. Polisi hidup bermasyarakat di kawasan flet mudah sahaja.. Siapa dapat parking lot, dia masuk dulu.. Yang balik lewat, sila la parking depan kereta kami, tak ada masalah.. Tapi jangan lupa GEAR NEUTRAL DAN LEPASKAN HANDBRAKE untuk memudahkan kereta tu ditolak untuk kereta2 yang di parking dengan legal nie keluar kerja di awal pagi...

Bila ada minah mabuk mereng yang TERLUPA dia parking depan kereta orang, tak rasa risau walaupun jam dah pukul7 lebih, still tak alih kereta, memang Saya marah. Nak jadi cerita, sebelum nie Saya yang selalu simpati pada yang jadi mangsa, hari ni giliran Saya pula terpaksa menekan hon panjang berulang kali, mengganggu penghuni lain dan anak kecil yang lena tidur, semata-mata untuk mengejutkan dia Si Pemilik MyVi Kelabu untuk mengalihkan kenderaannya.. Saya rasa, dia dah sumbat telingan dia dengan kekabu kot, sampaikan tak dengar hon panjang yang berjaya menyebabkan Saya kepeningan sepanjang hari nie...

Jam 7.20 pagi, Saya tahu sudah tak banyak masa untuk Saya menunggu Si Puaka itu untuk muncul mengalihkan Myvi kesayangannya tu, terpaksa ubah pendirian dengan meminta Encik Suami untuk menghantar Saya ke sekolah dengan motorsikalnya.. Nasib baik hari ni Saya memakai baju sukan, Cikgu PJ la katakan... Sesampai di sekolah, thumb print terus, tinggal beberapa minit je lg untuk lewat, dan terus masuk dewan untuk ambil kedatangan pelajar, terus stay untuk latihan koir berbudi bahasa dengan students sebelum terus mengajar PJ di padang seperti biasa..

Letih dengan peristiwa di awal pagi.. Kelas tetap berjalan lancar walaupun cuaca hangat menggigit.. Cikgu memahami, kelas di bawah bumbung lebih kondusif...

Kepulangan Saya menaiki teksi, terpaksa di tunggu di tepi jalan besar.. Saya tiada pengalaman menaiki teksi di Kuala Lumpur. Kalau ada pengalaman pun, mungkin semasa di Matrikulasi Londang Melaka.. Itu pun beramai2.. Sekarang seorang diri.. Mujur ada rakan yang membantu dan memberikan caranya, setel masalah...

Naik teksi, sampai rumah, tambangnya RM 6.70. Sudahla segala perancangan untuk melakukan pelbagai perkara hari nie tak menjadi, kena bayar tambang lagi, sakit telinga dan pening kepala lagi... Aduyai... Dugaan hari Jumaat betol la....

Kesimpulannya, kisah ini mengingatkan Saya, agar sentiasa beringat, segala yang kita lakukan, tak semestinya betol.. Bila salah, mengaku salah dan meminta maaf lebih mulia.. Kalau menegakkan benang yang basah, bukan sahaja takkan dapat tegak, malah mungkin memakan masa yg banyak malah akan memalukan kita dalam banyak cara yang lain pula...

Mood hari nie tak berapa stabil, so, JOM MAKAN NANDOS!! hehehe

tata

Thursday, January 12, 2012

mASAK dAN mAKAN...


Saya suka makan, sebab tu Saya tak boleh nak turunkan berat badan..
Saya juga terpaksa suka masak, sebab kalau tak masak, saper nak bagi Saya makan?? huhuhu

So, dalam folder file Saya, ada banyak resepi... Tapi kan, dalam banyak2 tu, banyak lagi yang Saya belum cuba..kuikuikui.... Teruk tak Saya nie???

Monggu nie, Saya nak try buat puding coklat, muffin coklat, kari hijau thai dan stok ayam sendiri.. Bila akan jadinya??? Tak tau lg.. Tapi, yang penting, ada azam di situ!!! Yey!!

tata

Wednesday, January 11, 2012

Like No Other..(S)


One more entry without picture.. Sometimes, gambar pun gelap segelap suasana sekeliling.. huhuhu...

So, hanya nak menulis di sini, berkongsi dengan dunia siber nie, plan yang dirancang hujung minggu nie.. Cik Abang ada sekolah ganti, miting panatia Saya dibatalkan, so, ada peluang untuk melawat baby Nur Diana Zanariah @ D dan swimming with Nana...

Please be kind, please realitikan plan nie...... please....

tata

Monday, January 9, 2012

Kan Dah Selalu Pegi.....


"Kan dah selalu pegi.. Apa salahnya, kali nie kita tak pegi. Lagipun bukan kita sengaja taknak gi kan.." Lembut jer Cik Abang memujuk Saya, bila Saya utarakan keinginan hati untuk ber'honeymoon' pada cuti sekolah yang lalu.. Memahami halangan2 yang wujud sepanjang cuti sekolah kami, Saya anggukkan kepala saja. Cubaan meredakan keinginan dan plan yg dah berada dalam kepala berbulan-bulan lamanya bukanlah senang, tapi fikiran itu, kita yang punya..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ataupun sekadar terfikir, kami yg tinggal berdua nie, perlukah pergi berbulan madu? Bukankah setiap hari di rumah berdua adalah ibarat bulan madu juga?? Ya, ada juga Saya terfikirkan frasa itu.. Tapi, mengisi masa cuti dengan perkara selain rumah yg kosong dan timbunan buku, bukankah kedengaran lebih baik? Dan lebih dari itu, masa berkualiti bersama amat perlu bagi kami, terutamanya kami yang masih berdua, selepas 4tahun lebih berkahwin..

Saya kira, sesiapa yang sedang membaca, memahami apa yang cuba Saya sampaikan.. Dengan hanya ada waktu malam untuk bersama, dari jam 7.30 malam hingga 7.00 pagi, dan kebanyakan dari jam itu adalah masa untuk melelapkan mata, mempersiapkan diri untuk cabaran keesokkan harinya, Saya secara jujurnya memang tidak mempunyai cukup masa.. Dan hujung minggu kami akan dihabiskan di rumah kedua ibu bapa kami..

So, ini masalah dalaman. Susah nak menolak kalau ada yang menunjukkan ke muka Saya dan berkata, "You miss Lawas, right!!".. Yes. Truly yes. Cara hidup di Lawas dan di Kuala Lumpur sangat berbeza! Langit dan bumi mungkin?? Tapi, perubahan cara hidup bukanlah alasan yang baik untuk tidak mengandung. Sebabnya kat Lawas pn, Saya tak mengandung pun.. Kat KL pn tak.. So..????

Kiranya penulisan hari ini adalah luahan rasa kerana tidak mempunyai peluang untuk bercuti berdua or ber'honeymoon' pada cuti yang lepas, ianya juga adalah kerana sistem tekanan diri terlebih pressure nya hari ini.. Memikirkan kekurangan yang ada dalam diri, MEMANG menyeksakan... :)

So, be nice, be positive.. Let it be.. Please be strong.. Just that!!!

tata

Thursday, January 5, 2012

Tentang Gadis ~ Kotex.. Satu pembaharuan



Demi 2012, Saya ingin membawa beberapa pembaharuan dalam penulisan di alam siber ini.. Selain kisah2 keluarga yg ingin Saya kongsikan bersama pembaca, Saya juga ingin mempamerkan maklumat2 berguna yg pastinya akan membawa manfaat kepada kita semua.. :)


TENTANG GADIS ~ KOTEX (Bab 1)

Masa Untuk Membesar.

Akil baligh adalah sesuatu yg pastinya akan berlaku pada semua gadis dalam linkungan umur 9-15 tahun. Jadi, menjelang akil baligh, apa yang kita akan lalui?

Kalenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan mengeluarkan sejenis hormon istimewa untuk memulakan proses akil baligh.
Antara perubahan yang akan dialami ialah payudara akan mula membesar, bulu2 halus mula kelihatan, paha melebar bahagian tertentu badan akan mengeluarkan bau dan haid juga akan bermula.. Ketika ini tumbesaran akan menjadi sangat ketara dan lebih cepat daripada biasa.

Akan bersambung..

tata




Wednesday, January 4, 2012

Sesi 2012 Bermula!!


Assalam semua...

Suuhh.. Suuhhhhhh....
Sapu2.. Lap2.... Tiup2....
Uisshhh... Banyaknya sawang!!!huhuhuhu

Alhamdulillah, akhirnya Saya kembali mempunyai peluang untuk menulis dalam ruang siber serba kekurangan nie... Demi menyambung kesinambungan ruangan ni, Saya ingin melampirkan, beberapa azam tahun baru 2012, yg diharapkan dapat direalisasikan dengan jayanya tahun nie..

AZAM 2012 NOOR HIDAYAH SABARUDDIN

Dengan lafaz Bismillah, mengharapkan keberkatan dan Hidayah Allah, berikut ialah azam Saya, InsyaAllah akan cuba direalisasikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan beriltizam.

1. Berusaha merangsang diri dengan motivasi tinggi untuk menjalani hidup dalam jalan yg benar, jalan yg lurus dan diberkati Allah.
2. Berusaha untuk menjadi seorang isteri solehah idaman suami, seorang yg taat dan berbudi, juga seorang adik dan kakak yg berbakti.
3. Berusaha memberikan komitmen seoptimum mungkin dalam bidang pekerjaan, memotivasi diri untuk mendidik jiwa2 berpotensi, bersama berusaha
meningkatkan mutu pendidikan Malaysia.
4. Dan lagi, seperti tahun2 lepas, InsyaAllah Saya dan Suami akan terus berusaha
untuk menjalani rumahtangga kami dengan aman, dan terus berusaha
untuk membuahkan buah hati kami. InsyaAllah..


Semoga, dengan terteranya azam2 ini, Saya akan sentiasa cuba memenuhi diri dengan motivasi yg sepadan, agar terus berusaha dalam merealisasi target di atas.. InsyaAllah, doakan Saya!!

p/s: Perlu masukkan dlm senarai, azam utk kurus??huhuhu

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}