Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, January 9, 2012

Kan Dah Selalu Pegi.....


"Kan dah selalu pegi.. Apa salahnya, kali nie kita tak pegi. Lagipun bukan kita sengaja taknak gi kan.." Lembut jer Cik Abang memujuk Saya, bila Saya utarakan keinginan hati untuk ber'honeymoon' pada cuti sekolah yang lalu.. Memahami halangan2 yang wujud sepanjang cuti sekolah kami, Saya anggukkan kepala saja. Cubaan meredakan keinginan dan plan yg dah berada dalam kepala berbulan-bulan lamanya bukanlah senang, tapi fikiran itu, kita yang punya..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ataupun sekadar terfikir, kami yg tinggal berdua nie, perlukah pergi berbulan madu? Bukankah setiap hari di rumah berdua adalah ibarat bulan madu juga?? Ya, ada juga Saya terfikirkan frasa itu.. Tapi, mengisi masa cuti dengan perkara selain rumah yg kosong dan timbunan buku, bukankah kedengaran lebih baik? Dan lebih dari itu, masa berkualiti bersama amat perlu bagi kami, terutamanya kami yang masih berdua, selepas 4tahun lebih berkahwin..

Saya kira, sesiapa yang sedang membaca, memahami apa yang cuba Saya sampaikan.. Dengan hanya ada waktu malam untuk bersama, dari jam 7.30 malam hingga 7.00 pagi, dan kebanyakan dari jam itu adalah masa untuk melelapkan mata, mempersiapkan diri untuk cabaran keesokkan harinya, Saya secara jujurnya memang tidak mempunyai cukup masa.. Dan hujung minggu kami akan dihabiskan di rumah kedua ibu bapa kami..

So, ini masalah dalaman. Susah nak menolak kalau ada yang menunjukkan ke muka Saya dan berkata, "You miss Lawas, right!!".. Yes. Truly yes. Cara hidup di Lawas dan di Kuala Lumpur sangat berbeza! Langit dan bumi mungkin?? Tapi, perubahan cara hidup bukanlah alasan yang baik untuk tidak mengandung. Sebabnya kat Lawas pn, Saya tak mengandung pun.. Kat KL pn tak.. So..????

Kiranya penulisan hari ini adalah luahan rasa kerana tidak mempunyai peluang untuk bercuti berdua or ber'honeymoon' pada cuti yang lepas, ianya juga adalah kerana sistem tekanan diri terlebih pressure nya hari ini.. Memikirkan kekurangan yang ada dalam diri, MEMANG menyeksakan... :)

So, be nice, be positive.. Let it be.. Please be strong.. Just that!!!

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}