Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, July 26, 2010

KK lagi.. Damai Specialist Center Edition..



Di hujung bulan, yg sepatutnya dihabiskan bersama keluarga, Saya dan Abang menabahkan diri mengharungi perjalanan selama 3jam 30minit dari Lawas ke Kota Kinabalu dalam keadaan jalan yang bukan highway untuk memenuhi isi hati yang inginkan suatu kepastian hakiki..

Jadi, perjalanan ini membawa kami ke sebuah hospital yg pastinya sesuai untuk mereka2 yang berduit sahaja..
Akan tetapi, demi diri, cukupkanlah duit yang makin menipis ni..

Dengan berbekalkan x-ray dan keputusan darah yang diperolehi di Hospital Lawas, Saya pun menabahkan hati
dan pergi mengconsultankan diri dengan Dr Chuah Eiyu Chi (Surgeon Ortho) di Damai Specialist Center.
Temujanji jam 9.30 pagi dan kami tiba di sana tepat jam 9.20 pagi.. setelah selesai urusan pendaftaran
di tingkat bawah bangunan, kami dikehendaki naik ke aras 2 untuk ke bilik konsultasi..

Aircond nyer sejuk giler.. Al-maklumla, hospital swasta..huhu.. Jakun jap tengok keadaan hospital
lengang. Biasanya masuk hospital kerajaan, mesti penuh dengan insan2 yang memerlukan rawatan daripada
doktor..hehe.. Masa menunggu tak lama..

Setelah dipanggil masuk, sesi konsultan pun bermula.. setelahh mengambil kira gambar2 x-ray
yang berkualiti sedikit kureng, berserta dengan pemeriksaan rutin, Dr Chuah sahkan Saya bukan menghidapi
penyakit Skoliosis seperti yang telah dinyatakan oleh Dr Ramesh. Saya berkemungkinan besar mengalami
masalah Slipped Disk, ataupun keadaan di mana disk pada bahagian lumbar yang telah terkeluar dan
menyebabkannya mengganggu saraf yang menuju ke kaki ku dan menyebabkanku mengalami sakit di bahagian kaki
yang menyeksakan terutamanya ketika bangun tidur dan berjalan jauh..

Sesi tersebut berlangsung hampir setengah jam, dengan bekalan ubat untuk 3 minggu, dan pesanan agar
membuat appointment untuk 3minggu akan datang sekiranya sakit ini tidak berkurangan. Mengambil kira
kesakitan ini yang telah 5 minggu Saya alami (pada waktu tersebut), tempoh 3 minggu yang diberikan
adalah untuk melihat sama ada sakit ini boleh berkurangan atau tidak. Dan sekiranya ia masih berterusan,
MRI adalah kaedah terbaik melihat tahap penyakit dan penyembuhnya hanyalah melalui pembedahan..

Saya memahami, saya masih mempunyai opsyen dalam kes ini. Sekurang2nya, saya boleh mengurangkan
aktiviti yang berat dan boleh membebankan vetebra dan otot belakang. Senaman ringan digalakkan
tetapi aktiviti seperti angkat berat, berlari dan melompat adalah dilarang sama sekali. So, the best
option is swimming yang pastinya sukar dilakukan kerana tiada kolam renang di sini... Dan, berjalan
telah menjadi satu aktiviti yang memalukan apabila kaki ku memerlukan sedikit penyesuaian terhadap
langkah yang menyebabkan pergerakan ku menjadi sangat pelik dan kelakar.. Dan itu terpaksa ku hadapi
sendiri...

Kini, masuk minggu kedua selepas pertemuan dengan doktor, kurasakan ada sedikit perubahan
yang berlaku. Saya sudah tidur dengan menggunakan bantal sebagai alas yang mana sebelum ini,
adalah satu perlakuan yang amat menyakitkan apabila kepala ditinggikan semasa tidur..

Langkah ku kini menjadi lebih normal dan tidak lagi perlu untuk bangun berjalan pada setiap
10 minit hanya untuk mengelakkan saya dari terbongkok2 seperti seorang tua apabila bangun dari kerusi
hanya kerana kesakitan yang timbul akibat duduk terlalu lama.. Dan, apa yang perlu kita tahu, posisi
duduk memberikan lebih banyak tekakan kepada lumbar kita berbanding semasa kita berdiri dan berjalan..

Keadaan kini lebih baik, walaupun kesakitan tersebut masih wujud.. Mungkin selepas ini saya
masih memerlukan rawatan tetapi saya hanya berharap agar masanya dilengahkan sedikit.. Bukannya
tidak prihatin pada diri sendiri tetapi atas masalah2 yang tidak dapat dielakkan, rawatan lanjut hanya
akan membebankan saya dan abang...

Jadi al-kisah Damai Specialist center berakhir di sini dengan kos rawatnya RM312.70.
Now you know why I said that it was a hospital for org2 berduit sahaja?? hehehe.. :(

Tapi takpe, saya puas hati doktor mengesahkan dianogsis saya berbanding dianogsis Dr Ramesh
yang mengarut tu..huhu

So, saya tiada skoliosis tapi saya ada slipped disk.. Berita baik or buruk?? Aduhaiii

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}