Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, October 13, 2009

1st day after the PMR...



Selepas selesai menunaikan kewajipan di SMK Merapok, daku kembali sebagai seorang guru PJ di SMK Lawas... dan, sandal yang ku sarung selam 5 hari di SMK Merapok kembali ke tempat asalnya di atas rak kasut...(ni gambar di dok dalam kete lg..)


Diriku mempunyai matlamat untuk menyelesaikan Ujian Kecergasan pelajar dalam minggu ini. Sebenarnya ujian ini sepatutnya dilakukan dalam bulan Ogos namun begitu, Diriku menghadiri Kursus BTN dan Induksi yg seterusnya bersambung dengan bulan puasa dan cuti raya menyebabkan ujian ini lewat dijalankan..

namun begitu, dikesempatan yg ada, diriku sempat menjalankannya jua... 4 jenis ujian yg tidaklah sesukar mana iaitu

1. Naik turun bangku (3minit)
2. Tekan tubi (1minit)
3. Rengkuku tubi separa - sit up (1 minit)
4. Jangkauan melunjur

Jika dilakukan dengan tertib dan betul, ujian ini hanyalah mengambil masa 10 minit secara keseluruhan.. namun begitu, diriku berkerja dengan manusia yang punya perasaan, hati, keinginan, kehendak dan perilaku yang berbeza.. bukan mudah untuk cuba memuaskan hati kesemua mereka.. namun diriku begitu bahagia kerana ujian kali kedua ini amat mudah bagiku..

Semua pelajar sudah mengetahui apa yang patut mereka lakukan sekaligus melakukannya tanpa banyak soal.. pastinya mereka mahukan sedikit ganjaran... takperla.... tiada guru yang akan menolak untuk memuji pelajar mereka yang melakukan tugasan dengan baik kan.....

ini adalah koleksi gambar yang diriku snap di hadapan bengkel KH setelah selesai kelas ku tadi... yang penting, gambar2 nie di snap menggunakan HP ku jua..huhuhu




semoga, hari2 yang mendatang akan memberikanku kekuatan dan ketabahan agar profesion yg ku pilih ini dapat melorongkan jalanku ke syurga yang abadi..(org kata, kerja pun satu ibadah kan...) so, diriku yakin, sekiranya diriku dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan dan kehidupan profesion ini, diriku akan dapat mengecapi kemanisan nyer jua... sekaligus akan mengurangkan stress ku.. sekaligus dapat mencerahkan peluangku untuk menambah bilangan ahli keluarga.. HuukkSS..

tata

2 comments:

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}