Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, October 30, 2009

The end of the week..(At least for me..)


Monday brings hope..
Tuesday comes with the spirit..
Wednesday and Thursday bring love to the air..
And Friday means holiday!!!

hahahahaha..... dh Jumaat pun.. cepatnya masa berlalu... Sehari demi sehari, makin dekat pada hari perhintungan...erMM?? Dayah cakap apa nie?? Kita kena selalu ingatkan diri sendiri kan...


Kadang kala, atau mungkin sering kali jua, kita menghadapi dilema, sama ada bertindak mengikut kata hati, atau mendengar perhintungan akal.. sering kali jua, kehendak hati bertentangan dengan pemikiran akal.. jadi, kita sebagai manusia, mahu tidak mahu, sentiasa berhadapan dengan persimpangan yang membezakan benar dan salah.. So, adakah diriku sudah cukup kuat dan ilmu untuk sentiasa berjaya memilih jalan yang benar dan lurus itu??

Mungkin kadang kala, kata hati lebih indah untuk dijalani.. Pahitnya kata akal, selalunya sukar untuk ditelan.. Apatah lagi untuk dijadikan pegangan membuat keputusan. Mungkin hati mahu memberontak, manakala akal mengatakan tiada guna memberontak, lebih baik berdiam diri dan lakukan apa yang perlu... Pasti memberontak lebih mudah dan kelihatan seperti boleh membawa kebaikan..(andai benar penilaiannya..) Namun begitu, adakah pemberontakan itu membawa kita ke jalan yang benar?? Adakah syaitan akan membiarkan kita memberontak secara 'BAIK'? atau adakah penerima kesan pemberontakan akan berfikiran bahawa pemberontakan tersebut adalah kesan dari perbuatannya satu masa dulu??

Tak guna kita merayu dari manusia, yang kadang kala akan melebihkan keperluan diri sendiri berbanding orang lain.. Kenapa tidak mengadu sahaja pada Allah yang pasti akan mendengar dan memberi rahmat?? Manusia memang selalu lupa..

Peringatkan diri untuk sentiasa istiqamah.. agar amalan sentiasa diterima.. Semoga kita semua kan beroleh keberkatan dan keinsafan...

"Diriku memang insaf.. Memberontak tidak akan membawa kebaikan.. Tapi, kalau dah sakit hati, kata2 langsung tak difahami, memberontak mungkin untuk memproses menunjukkan rasa hati..hahahahahaha"

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}