Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, October 8, 2009

SepanjanG MinggU yanG takder keje TP letiHH..



Minggu nie diriku tak masuk kelas tapi jaga exam PMR kat SMK Merapok. ngantok betol dok jaga exam nie.. puas diriku me'round' dewan utk menghilangkan keberatan kelopak mata nie.. termasuklah diriku mencari topik perbualan dengan rakan2 sejawatan dari SMK Trusan utk sama2 Menjaga mata dari tertutup.. Anyway, bebudak SMK merapok nie bagusla jugak.. sekurang2nya buku jawapan yg disediakan takla kembali semua dengan hanya ada no angka giliran dan no kad pengenalan saja..hehe

Aktiviti pengawasan berjalan lancar.. selancar diriku menghadapi hidangan makanan yg disediakan pihak sekolah sepanjang pengawasan. TQ to pihak sekolah yg prihatin..

dalam pada tu, diriku merasa amat gembira kerana rakan2 seperjuangan di sekolah telah mula bersama-sama mengangkat teknologi maklumat sebagai salah satu keperluan, bukan lagi sebagai aksesori individu sahaja.. telah ramai yang mempunyai facebook sendiri untuk berkomunikasi antara satu sama lain malah menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat dan perjalanan kehidupan masing-masing..(macam diriku dan suami la nie..)

Mungkin bila ada masa nnt, akan ku cadangkan pada sekolah, untuk memaksimumkan penggunaan IT dan internet di sekolah dikalangan para guru.. bukan sekadar menggunakan laptop untuk membuat kertas peperiksaan sahaja malah turut menggunakan laman chatting dan emel sebagai medium P&P untuk mereka yg mempunyai kemudahan dan kemampuan..huhu

entry kali nie still xder gambar coz diriku masih fobia dgn kamera.. sampai biler, ntahla..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}