Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, October 4, 2011

Sedetik Info Sihat 2

Apakah penyakit TIBI ?

Tibi adalah sejenis penyakit berjangkit yang paling sukar untuk dirawat. Jika rawatannya tidak sempurna atau tidak betul, maut adalah kesudahannya. Penyakit yang disebabkan oleh kuman tibi (Tubercle Bacilli) ini berupaya merosakan organ yang terlibat dan lama kelamaan menganggu fungsinya sekali. Apabila organ yang terganggu atau rosak itu adalah organ yang penting seperti paru-paru, otak dan buah pinggang, ia akan dengan mudah mengalami kegagalan dan akhirnya mengakibatkan maut

Bagaimana TIBI merebak ?

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Apabila pesakit tibi batuk atau bersin, sejumlah dos kuman tibi akan tersebar ke dalam udara. Jika udara yang tercemar dengan kuman ini tersedut, peluang seseorang itu untuk mendapat penyakit tibi adalah tinggi. Risiko untuk dijangkiti adalah tinggi jika seseorang itu :
~~rapat dengan pesakit tibi
~~tidak memiliki imuniti melawan tibi
~~tidak mendapat imunisasi BCG lengkap
~~adalah pembawa penyakit HIV
~~mengidap penyakit yang menyebabkan sistem imunitinya menurun
~~mendapat rawatan yang lama sehingga sistem imunitinya lumpuh


Cara mengesan penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang
berterusan atau tanda-tanda yang
disebutkan diatas, anda hendaklah :
^^mendapatkan pemeriksaan doktor
^^^melakukan pemeriksaan kahak untuk
^^^^mengenalpasti kuman tibi
^^^^^menjalani pemeriksaan x-ray dada


ORGAN YANG BIASA DISERANG PENYAKIT TIBI


*KELENJAR LEHER
**PARU-PARU
***TULANG
****OTAK
*****KULIT
******BUAH PINGGANG

p/s: Sama2lah kita fahami..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}