Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Info Sihat: Hiperglisemia & Hipoglisemia bagi Pesakit Diabetes


Antara masalah (komplikasi akut-jangka pendek) yang kerap dialami pesakit kencing manis ialah hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi) dan hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

Komplikasi jenis ini berkaitan rapat dengan naik dan turunnya paras glukosa darah secara mendadak yang mengkibatkan reaksi spontan tubuh kepada keadaan tersebut dengan tanda-tanda seperti berikut.

Tanda hiperglisemia
# Kerap buang air kecil
# Terlalu dahaga
# Sangat letih, lesu
# Muntah
# Terasa sesak nafas
# Keadaan seperti mengantuk

Tanda hipoglisemia
# Menggigil, jari menggeletar
# Terlalu lemah
# Sangat lapar
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk
# Sakit kepala
# Pucat
# Berdebar-debar
# Gelisah
# Koma (keadaan terlalu teruk)

P/S: Oleh itu, sebar2kanlah maklumat ini terutamanya kepada para pesakit diabetes dan ahli keluarganya, supaya keadaan yg teruk dan berbahaya kepada para pesakit tidak akan terjadi...
Semua pesakit diabetes WAJIB tahu dan alert dengan keadaan2 di atas bagi mengelakkan komplikasi teruk kepada organ2 dalaman nya...

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}