Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, December 27, 2009

Bukit Gambang Resort City Again!!! Best giler...

Kali kedua berkunjung ke BGRC, kali ini disertai dengan Abang sekali, telah lama ditunggu2 oleh anak2 saudara ku utk menunjukkan kegembiraan mereka bermain air kepada Abah mereka..

Disebabkan ini adalah kunjungan kami kali kedua, Daku sudah cekap dengan peraturan taman tema ni. Tiada makanan yang boleh dibawa masuk, jadi mi dan pisang goreng kami simpan dalam kereta, untuk dimakan selepas main2 air kang.. Tiket2 dibeli dengan Top up cash sebanyak RM100 sekaligus. Buat pengetahuan mereka yang masih belum pernah ke BGRC ni, Top up cash tu akan digunakan semasa kita di dalam BGRC tu.. Untuk sewa loker, pelampung, beli makanan dan minuman, dan sewa cabana pun boleh..

BGRC nie luas. walaupun tak seluas Bukit Merah dan A Famosa Waterworld tp tu la keistimewaannya.. takla kita letih sangat nak round dan berjalan nak ke tempat2 permainan yang disediakan kan.. Lagi satu, banyak sangat tempat duduk dan berehat yang free untuk golongan ibu bapa berehat melihat anak2 bermain tanpa rasa penat..hehe.. Bagus kan.. Nak pulak dengan bayaran RM42 (RM10 deposit), kita dapat satu cabana yang khas untuk kita.. siap ada makanan tau, bukan cabana jer tu..

So, dh tau ceritanya, jom layan gambar pulak..

Inilah dia keluarga yang dah tak sabar nak melompat ke dalam air..Masing2 memang dah pakai baju tu dari rumah dh..hehehe
Nampak tak diriku yang tengah beratur untuk menyewa loker dan pelampung tu? Disebabkan daku yang pakai wrist band yang ada top up value, daku la yang kena berurusan di kaunter.. Aiii...Daku kena gi salin baju lagi..Lambatla..
tengah tunggu Makngah yang lambat sangat nak bawak kunci loker.. kena simpan barang dulu baru boleh g masuk kolam..
Yoo00!! Kami amat bersemangat untuk main AIR!!
Memang betol bersemangat..Hafeeza dan Hanaan dah bergerak awal dah.. Pastu kena patah balik semula sebab Abah dorang dah marah sebab berani sangat jalan tak tunggu orang lain..huhuhu
Haa..ni la perkara pertama yang kami lakukan bila masuk air.. tunggu ikan gergasi muntahkan air atas kepala..hehehehe... Basahkan badan dulu sebelum main benda lain lak..

"Cepatla naik pelampung nie Ummi.." kata Raif kepada Umminya yang terkial2 nak naik pelampung...Akhirnya Ummi tak naik pn pelampung tu..hehehe
Tengok tu, pelampung hanya dijadikan tempat berpaut..
Nape Rusydan tu agaknya?? Terantuk kat tebing tu ker?
Hanaan melambai kepada Cameraman di dalam 'Penguin Cave'.. Berkabus sangat..
Hahahaha..Daku berusaha melepaskan diri dari aliran Air Terjun Niagara yang menyakitkan kepala nie..
Masing2 cuba melepasi air terjun untuk keluar dari 'penguin cave' dengan cepat.. Memang sakit kepala kena air tu..
Makngah(daku) nak try bawak Hanaan berdua dalam pelampung nie tapi Ayah Chu(Rusydan) ngacau lak. Tolong tarik kitaorang ni lagi bagusla..
Apala...Ada pelampun tapi masing2 jalan2 gak dalam sungai tu...
Tengok macam daku...Relek jer atas pelampung tu..Tak tenggelam pun..Still maintain..huhu
Apa yang Ummi sengihkan tu?
Mak aii!!! Raif yang jadi enjin bot.. patutla lambat semacam jer pelampung nie...
Abang yang dh best dok dalam pelampung. Kak Suri still takut nak naik pelampung tu..
Ahah!! Sungai berombak dh ditakluki. Kami menuju ke tempat untuk main gelonggsor lak. Hahahaha..ni la masanya untuk melihat sapa berani sapa penakut!!
Inilah dia gelongsor ekstrim yang daku sekeluarga amat sukaaa..... memang menguji keberaniaan betol la.. tengok tu, Cik Abang Fadhil berada ditempat pertama.. Daku yang kedua tu.. Melompat2, sakit dada&perut&kaki. Rasa cam dh jadi Superman. hehehe.. Amat2 disyorkan untuk mencuBA!!!
Dah penat bermain 5jenis gelongsor, kami pun menuju ke COCO Beach.
Ummi, Abah dan Hanaan sebagai insan yang taknak main air di coco beach berposing di tepi pantai..
Kami yang gembira bermain air..
lagi...
Orang lain sibuk main air, dua orang nie berehat atas bangku bawah pokok kelapa sambil posing..huhuhu
lagi gambar mereka..
alahai...
Sapa la yang jd mangsa kena layan dorang berdua nie..
Abang kata, ni Gajah Bukit gandah tengah bawak orang nak jatuhkan dalam air..huhuh
Bebudak yang jeles tengok makngah kena dokong dek ayahngah..
tu dia...jatuh dh gajah ngan orang yang menumpangnya..huhuhu
meh berenang, makngah boleyy ajar kan..
Gambar lg sebelum beredar dari coco beach..
cuba tengok rambut Raif tu..hemsem tau..hehehe
Haa...Gambar nie mahal betol...Sebenarnya, nie gelongsor untuk kanak2.. Dorang mmg tak bagi kebenaran kt org dewasa takut tercampak keluar..(gelongsor ni xcukup dalam dan lebar mcm gelongsor dewasa), tp untuk Kak Suri yang mmg takut nak naik gelongsor dewasa,(kak suri mmg tak penah naik gelongsor dewasa), yg kanak2 nie menggerunkan jugak.. Tengokla muka terseksa tu..hehehe..sampai kt bawah, merah betol mukanya...Hanaan relek jer..hahaha
Tengok tu...Hepi sungguh dia..
Dah penatla tu.. hanaan nie mmg jadi penanda aras..kalau dia dh letih, dah layu, kenala bersedia nak balik..hehehe
hahahaha...ni round terakhir menyusuri sungai berombak..
memang best sungai ni sampai 3 round kami redah. kali ke 3 dh, kak suri dah berani dok dalam pelampung..Satu KemAJUAn!!
Hahahaha...ni minah yang mekap tebal giler..tapi dh lama dok tepi tebing jer..takut mekap cair kot..org cmni pn ada daa...
cameraman amik gambar sendiri...sian...
Ombak yang menggila buat daku mabuk laut..huhuhu
best kan ombak dia..!!??
Abah dok kontrol pelampung Ummi..
Gambar kena amik time berombak..Hanaan dengan muka takutnya..
Raif berehat ke atau dah mabuk laut??hehehe





Daku didera oleh Rusydan..
Ombak2 yang macam musim monsun.. tak dpt gi laut, dpt ombak nie pn dh bagus..
tunggu ikan gergasi..Alamak, tak nampak orang dh dek air yang mencurah dr mulut ikan gergasi..
Abah pn try gak..senget spek..huhuh
Semangatnya menunggu...
Aksi2 manusia yang kebasahan ditimpa air yg dicurahkan..
ni la ikan gergasi durjana..Muka2 kepenatan....Nak naik kuda tak dapat lak ek..hehehe

Tamatla cerita...

tata

1 comment:

  1. huhuhu.. byknya gmbr.. syok tul ek main air.. jurukamera yg xleh nak menyelam sbb takut kamera basah lagi.. adoyaiii..

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}