Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, December 14, 2009

Pulau Langkawi - 12-14 Disember 2009 * 1st day

Rancangan untuk ke Pulau Langkawi, telah diuruskan dan dirancangkan sepenuhnya oleh Kaklong(at least, daku la yg tak tau apa pun tentang nie..;)). Semuanya, dari perjalanan, ke aktiviti, kepada kemudahan dan keperluan, semuanya Kaklong dah rancangkan.. Tima kasih Kaklong.. Sampaikan, hal2 duit pun Daku taktau.. (Abang kata dah setel ngan Kaklong..ermm)

Perjalanan kami bermula hari Jumaat (11/12/09) lagi. jam 3 petang, kami bertolak dari rumah bersama ayah, ambil mak di kilang Powernet (mak tak amik cuti Jumaat, mintak early leave je sbb dh amik cuti 3 hari (sabtu, isnin dan selasa) ), dan bermulalah perjalanan ke Taiping.. Sbbnya, esok (Sabtu), dhnak bertolak ke Kuala perlis lak...


Jam 5 pagi, Sebuah van ABE389 (bukan no plat sebenar) bergerak dari Kg Expo Kamunting menuju ke Kuala Perlis dengan muatan 6 dewasa dan 3 kanak2 beserta beg seorang satu.. Jam 7lebih, benti di R&R Changlun (ye ke?Daku tertido, ampunkan daku kalau tersalah..huhu) untuk breakfast.. masing2 makan nasi lemak sebungkus sorang, kecuali abang yang makan 2bungkus dan daku yang makan hotdog sebab daku taknak perut bergelodak dalam feri nnt..hehe

Sampai di Jeti Kuala Perlis jam 10pagi dan dapat tiket feri Lada 2 jam 1030 pagi..

Abang yang begitu cuba untuk berposing dgn hebat tapi akhirnya muka jd cam kembang..huhuhu
Muka lelaki2 dlm famili nie..
Nape muka mak camnie ek??Abang tak bgtau tengah snap gambar ek??
Daku merenung gelombang laut yang tenang seolah memahami gelodak hati yang risau kalau2 termuntah..hahaha
Nie la feri yang telah selamat mendarat di Pulau Langkawi..
Apala yang Kaklong risaukan tu...
Ahah!! niela bilik daku dan Abang di Homestay Haszlena.Blogspot.com.. Pueh ati den....
Nie bilik ketiga.. Sesuai...
Nie bilik utama.. jadi tempat penginapan Kaklong dan famili..
Setelah berehat seketika di Homestay, Kami terus menaiki Toyota Unser yang disewa untuk terus menuju ke tempat nak naik kereta kabel..(Nape daku taktahu nama dia ek..terasa kurang pengetahuan am lak..)
Kenapa baca novel tengah2 orang tu? Sebabnya, daku terpaksa beratur panjang selama sejam lebih untuk naik kereta kabel di Gunung Macincang..Dan daku tak mahu terasa bosan lalu membaca novel Heri Poter..hukkSS
Satu kabel dah setel.. One more to go..
Apa yang ayah nak katakan tu?? Gayat ayah?hehehe

Kami di tengah2 perjalanan menaiki kereta kabel.. Gerun tapi control depan kamera..hehe
Yey!! dah sampai Atas jambatan gantung yangg hebat di Gunung nie.. dah naik atas, kena turun tangga lak nak datang sini..
Kena ada kenangan di sini.. Jambatan tu dok goyang2 time angin kuat..huhu
Sayangku di sapa angin sepoi2 bahasa..
Pasangan romantik abad ini?? ;)
Buatper tu?
Damainya di jiwa..
Cam time Honeymoon lak.. tp ada ramai org lain daa..haha
Nie signature pic oleh abang..
Nak memulakan perjalanan mendaki kembali untuk ke stesen Kereta Kabel.
Masih maintain nampaknya...
Senyum lagi..
Paut besi tu kuat2..!!
Mak dan Ayah berehat sebentar..
Minum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang..huhu
Nyamannya suasana..!!
700meter memang tinggi..Cukup untuk rasa sejuk..
Bergaya dalam keadaan gayat dalam kereta kabel..huhu
Nie nk kontrol rasa takut nie..
Saya guna ubat gigi SAFI!!
Alhamdulillah... Selamat turun dari gunung Macincang dengan selamat dan termengah2..
Sempat landing lg Sayang..?
Di depan pondok jual barang2..
nampak muka Mat Cincang tu?huhu
Oh Sayang.. Tunggu Sayang!!!
Nie peta Perkampungan Oriental..
Mana Abang nie.. lama dah Sayang tunggu nie..
Nie lepas membeli belah..
Oh Darling....
Lihat senyumanku.. Manis kan..
Ni kat pantai Kok, Langkawi.. Lokasi yg sama ngan rumah api atas td..
Niela Unser yg membawa kami sepanjang perjalanan di Langkawi..
Lentok2 manja..hehe
Ayah merenung keluar di remang senja..


Akhirnya. kami tiba di rumah dalam jam 9 malam (lebih kurang) dan yang pastinya, semuanya telah kepenatan dan mata pun......... ZZZzzzzzzz......

tata

1 comment:

  1. uii..dah masukkan citer ni?? kaklong lom lagi ler..takde masa..wuuuu..sedey

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}