Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, January 3, 2010

24 disember 2009.. 29th birthday..

mengejar gambar2 yg banyak terkumpul dalam laptop, letih daku nak menaipnya.. Kali nie, entry mengisahkan sambutan hari Lahir Suamiku tersayang yang ke 29 tahun.. Dah banyak bilangan umur suamiku nie rupanya...hehehe

Pada tarikh yang daku dh tak ingat, tapi rasanya dalam 23hb 12, Suamiku mengambil keputusan untuk membuat sedikit jamuan makan2 di Pizza Hut. Menunya, mestilah Set terbaru Pizza iaitu Chezzy Crunzh Pizza..(betol ke ejaan nie?) buat pengetahuan semua, dari awal cuti kami nak makan pizza nie, tapi tiap kali pergi pizza cawangan Temerloh nie, selalu waiter dia cakap, "Maaf kak. Chezzy Crunzh dh abis. datang esok boleh?" Aparaa.... esok nak makan benda lain... Mungkin manager branch Temerloh nie kena belajar lagi berkenaan stok2 yg perlu especially masa ujung minggu yg baru kuar gaji..hehe

So, bagi mengelakkan masalah berulang, kami tempah tempat dan pizza sehari lebih awal dan dapatkan guarantee bahawa pizza tu akan ada esok harinya.. Alhamdulillah, dapatlah makan akhirnya...

Niela rupa Hafeeza yang kelaparan.. Pizza xsampai lagi, sup jadi appetizer..
Abang menilik-nilik apa yang bakal di add-on kan..Rusydan yang nampak pening.. Pagi td bergembira di Coco Beach, malam nie pening kepala la tu..hehehe
Kami tetap maintain...walaupun muka letih tu tetap ada..
niela dia yg ditunggu2 selama cuti...Akhirnya dapat dirasai...
berbaloila utk ditunggu..
Abang, Kak Suri dan Hanaan sampai lewat sket. Tapi nasib baik kitaorang pn baru 1 round..huhu
Ummi dan Tok melayan Hanaan yang semangat makan pizza.. Dan semangat menyudu sup cendawan yang Kakak Hafeeza dah makan separuh tadi..
Pizza dah abis.. tengah tggu add-on abang.
Memang si kecik nie suka minum air berkarbonat..
Saya Sayang Datuk Dan Nenek Saya... Dia faham ke apa yang tertulis di bajunya tu??

Selesai makan2 di pizza, kami pun balik ke rumah dan tiduzzzZZ..


Al-kisah, demi anak bongsu kesayangan yang menyambut hari lahir yg ke-29 tahun pada 24 Disember 2009, Mak yang baru habis kerja jam3 petang, datang dari Bentong bersama2 Ayah ke Chenor untuk meraikan tarikh yang hanya datang sekali seumur hidup ini bersama2 Cik Fadhil tersayang.. Selepas maghrib, Mak, Ayah, Cik Fadhil tersayang, bersama2 dengan daku, Emak dan Rusydan yang turut dipelawa bersama menuju ke Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk makan Seafood..

Perjalanan menaiki 2 buah kereta, CAQ dan CCC, dengan CAQ dinaiki Mak, Ayah dan Emak, manakala CCC dinaiki daku, Cik Fadhil tersayang dan Rusydan.. Sesampai di sana, pilih kedai dan masuk order makanan...
Inilah keadaan di luar kedai yang menjadi pilihan di sebalik banyak lagi pilihan yang ada..
Keadaan tempat makan.. Borak2 sementara tunggu makanan..
Air jer yang baru dapat..
Rusydan bereksperimen dengan HP baru yg menghabiskan duit jer..
Niela makanan yang telah sampai..banyak tu...
Ada tomyam, sotong sambal pedas, kailan ikan masin, kerang bakar dan telur dadar khas untuk mak yang tak makan semua nie..
tu dia, main dish, pari bakar..huhuhu
Abang di samping makanan yang meraikannya.. eh??
Berlakonla tu...
Semuanya tekun makan.. Emak mmg tak makan banyak.. Tu tengah dok ngabiskan kerang..
Makan Ayah, jangan tak makan..
Birthday Boy!! eh, Man..?? hehehe.. Abang la yang paling kenyang sekali.. Tengok perutnya tu..hehehe
The nite before u turn 29 years and 1 day.. hehehe
Berbincang sebalum balik.. "Nak ikut jalan mana?" "Dah lewat nie.."

Last2, Mak dan Ayah tidur Chenor dulu sebelum balik Bentong awal pagi esoknya...hehehe..

Ermm... Gitula citer sambutan Hari lahir Suamiku Tercinta.. Apa hadiah dariku?? Ermm, gi telek kat blog Abang sendiri ek..hehehe..

ok, nk kejar entry lain lak..

tata

1 comment:

  1. wahaha.. buat malu je diriku.. mcm anak manja sgt..

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}