Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, January 14, 2010

Tuntutan Tenaga Maksimum!!


1. EDITOR MAJALAH SEKOLAH 2010
2. PENGERUSI BAHAGIAN KESIHATAN, JWTNKUASA 3K SEKOLAH
3. KETUA PANATIA ICTL
4. SU 2 BADAN PENGAWAS


Di atas, senarai pekerjaan ku selama 2010 nie.. senarai panjang menjadi AJK sebelum nie dh dipendekkan menjadi 4 tugas BESAR!! Ya!! 4 tugas BESAR!!
Bagi para guru sekalian, pasti memahami, betapa berat tugas seorang guru.. Dan betapa berat tugas itu, ditambah pula dengan kerja2 pengurusan pelbagai bidang, ditambah lagi dengan senario semasa yang memang menuntut tenaga luar dan dalaman guru, apa lagi yang tinggal bagi keluarga??

Bukan daku ingin mengeluh dengan tugas hakiki yang meresahkan.. Yang ingin daku utarakan, hanyalah pembahagian tugas yang tidak seimbang antara guru di sekolah..

Hari ini, tugas daku bertambah lagi.. Menjadi guru Tingkatan pula.. Menggantikan siapa?? Seorang guru yang tugasnya hanya mengajar sahaja.. Di mana keadilan dalam pentadbiran?? Mengapa seorang guru boleh diberikan pelbagai tanggungjawab BESAR pada masa yang sama, ada guru yang boleh bersenang lenang memikirkan P&P yang akan dilakukan tanpa rasa kalut??
MENJADI SEORANG GURU TIDAK MUDAH!!!

Guru amat memerlukan kekuatan mental untuk berhadapan dengan ledakan zaman yang serba canggih.. Mengapa perlu disalahkan guru yang terlepas kata sekali sekala andai anda yang di rumah, tidak pernah meluang masa mencungkil rahsia masalah anak-anak sendiri?? Seorang guru, apabila memandang wajah para pelajar, pasti akan terdetik akan kesusahan mereka datang ke sekolah.. Melihat pakaian yang kotor dan tidak terurus, pasti terfikirkan akan masa panjang yang terpaksa mereka ambil untuk ke sekolah sehingga mereka tidak sempat mengemaskan diri sendiri..

Namun begitu, andai pandangan simpati guru, disambut dengan kata hinaan dan kasar, apa lagi yang mampu difikirkan??

Daku sentiasa merasa sesak di jiwa, apabila terpandangkan titis peluh di muka pelajar, yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh melangkah kaki untuk ke sekolah.. Bayangkan, ada pelajar yang berjalan kaki selama hampir SATU JAM untuk sampai ke sekolah!! Siapalah daku untuk mengeraskan hati mengatakan dia layak mendapat kesusahan itu??

Daku terlalu ingin menyelami perasaan mereka, mendalami permasalahan mereka, membantu seadanya mereka, agar mereka yang seolah-olah ditidakkan peluang untuk berjaya ini, akan mendapat satu peluang yang amat cerah untuk menyinar dan membaiki nasib keluarga.. Namun begitu, masa daku amat cemburu.. Bebanan tanggungjawab di pundak merebehkan segala perasaan yang bersarang di hati.. Menjadikan daku seorang bengkeng yang sekadar ingin menghabiskan masa P&P sahaja...

masa takkan dapatku panjangkan lagi.. Namun begitu, daku amat berharap, agar barang siapa yang mendapat tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah sekolah, fikirkanlah tentang guru2 yang berkhidmat.. Tolonglah jangan membebankan sesetengah guru yang komited sahaja.. Tanggungjawab pentadbir bukan sahaja menjalankan pentadbiran, malah untuk mentadbir guru agar menjadi lebih efisien dan berguna.. Bukan sekadar dalam P&P, malah bidang2 lain yang ternyata lebih luas dan berguna..

Dan, DAKU BERJANJI.. Walau apa yang terjadi, daku akan mencuba sedaya upaya untuk melunaskan segala tanggungjawab yang diberi. Daku hanya mampu berdoa sekarang, agar daku diberi sokongan yang penuh daripada Suami tercinta, agar dapat menjadi seorang guru yang bukan sahaja dapat dan mampu mengajar di dalam kelas, malah mampu untuk memunculkan insan mulia dari palitan lumpur yang kotor..

InsyaAllah.. Doakan daku... InsyaAllah..

1 comment:

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}