Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, September 5, 2009

Assalamualaikumm.. salam sejahtera, salam 1 Malaysia.. (pembuka kata terglemer di induksi)...

Hari nie ari Ahad.. Disebabkan diriku berjaya menyekang mata dari terlelap selepas Subuh td, maka hampir semua perancangan yg dirancang utk dilakukan pada hari nie dah hampir siap.. baju dh siap basuh n jemur...iron pun dah. (baju cik abang belum lg.. petang or malam kang punyer kejer tu..) so diriku mempunyai masa lapang menaip serba sedikit pagi nie...

Telur yg wajahnya seolah blur dan telur yg wajahnya macam konfius nie nampak seperti memberi pelbagai watak dan maksud.. berikan gambar ini kepada 5orang yg berlainan, pasti jawapan mereka ada perbezaannya.. jadi, apa yg dapat ditakrifkan dari gambar ini??

Mungkin ini adalah satu instrumen yg boleh menyedarkan kita bahawa kita bukannya sempurna.. mengape diriku menyatakan sedemikian?
kerana adanya perbezaan antara kita, maka sempurna kita mestilah berbeza dengan sempurna yg lain.. sementelah itu, kita manusia yang penuh dengan kekurangan.. maka sempurna bukanlah milik kita...

ermm... diriku mengeluarkan kata2 yg agak pelik semenjak 2menjak nie.. diri pun agak risau jugak dgn perubahan ini tapi takpelah. berkongsi ilmu banyak faedahnya kan..
diriku akan sentiasa berdoa agar diriku menjadi insan yg akan terus berjasa pada nusa bangsa (dalam istilah diriku sebagai seorang guru dan pendidik..).. kadang kala diriku raser tertekan.. tertekan apabila bayangan di minda tidak menjadi realiti di depan mata.. namun begitu, diriku tahu, diriku perlu menguatkan semangat demi membuktikan kelemahan bukanlah milik diriku.. diriku yakin, selagi ada sinar di mata ini, selagi itulah diriku akan mampu bangkit berjuang walau dengan cara sendiri yg mungkin kureng di mata yg llain..

sebenarnya, perasaan yg selalu menghimpit jiwa membawa banyak kesan buruk dari yg baiknya.. pernah anda dengar tentang ramainya para pendidik yg dikesan mempunyai masalah mental? ya...sekiranya anda bukan seorang guru dan anda tidak percaya fakta ini, silalah datang ke sekolah dan hayatilah kehidupan kami selama beberapa hari.. bukanlah diriku ingin mengatakan bahawa sekolah adalah tempat yg menyeksakan... bagi diriku, sejak kecil hingga saat ini, sekolah adalah satu tempat yg amat aman dan mendamaikan.. tempat meluah perasaan dan kecintaan.. namun begitu, ada elemen2 kegagalan yg menyukarkan tugas berlaku, sekaligus memudaratkan kelemahan sebilangan insan yg gigih menggapai harapan yg melangit tinggi...

usah diriku mengulas lebih panjang, sekadar ingin berkongsi percintaan yg baru setahun jagung ini saja..

diriku sebagai guru adalah seorang yg masih banyak perlu dipelajari.. rupa2nya, ijazah 4tahun itu, ilmunya terlalu kurang dan cetek utk dicurahkan di sekolah..dan tanggungjawab menjadi kewajipan utk sama2 menimba ilmu di sekolah.. memberi dan menerima menjadi rutin wajib, menjadikan diriku sentiasa berusaha memperbaiki diri.. walau sering juga diriku terbabas dari landasan akal, diriku sentiasa berharap utk terus berusaha memperbaiki diri menjadi yg lebih baik demi sebuah jiwa pendidik yg mengalir dalam diri..

tata

1 comment:

  1. Comelnya design... tapi sakit mata skit nak baca huruf2 yg cerah tu.. hehe. Gud lak!

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}