Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, March 22, 2013

saya seorang Cikgu BM..


Saya tahu, entri ini tiada keistimewaannya selain daripada sebuah bebelan yang biasa-biasa saja.. Tiada apa yang berbeza pun, sama kita cikgu BM, atau cikgu sejarah, atau cikgu matematik dan sains sekalipun.. Amanah dan tanggungjawabnya sama. Yang berbeza hanyalah aliran pengajaran dan pembelajarannya saja..

Selepas hampir genap 5tahun memegang 'title' Cikgu PJ tegar, saya kini perlahan-lahan berubah angin.. Kenapa? Adakah kerana udara yang sudah tidak dingin atau hembusannya sudah tidak selembut dulu?? Tidak.. Telah lama saya memikirkan permasalahan ini. Permasalahan bahawa saya perlukan satu nilai tambah yang boleh menjadi pemangkin kepada diri ini agar lebih fokus, berwawasan dan berintergriti dalam menjalani titian wadah kehidupan yang menjadi tangga kehidupan saya hingga akhir masa ini..

Walau kerap bermain di bibir saya, bahawa kerjaya seorang guru ini bukanlah pilihan pertama saya, ini adalah tuntutan dari seorang ibu tercinta, namun begitu, sekali terjun ke arus pendidikan, selamanya saya sayang akan profesyen ini.. Manakan tidak, jauh terselit di lubuk hati, jiwa seorang guru itu telah lama terdiam di sana, hasil genetik dan darah yang mengalir dalam diri dari kedua belah ibu dan abah.. Bagaimana boleh saya nafikan bahawa memang saya telah ditakdirkan untuk bergelar seorang guru?? Walaupun hanya seorang cikgu PJ??

Kata-kata bahawa cikgu PJ adalah cikgu yang paling lemah pelajarannya antara cikgu-cikgu adalah tanggapan hampir kesemua pelajar.. Malah jangan terkejut, di kalangan guru juga tidak percaya bahawa saya adalah pelajar sains tulen di sekolah menengah!! Belum lagi apabila saya menyebut bahawa saya adalah bekas pelajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH PEKAN)!! Alangkah hina seorang cikgu PJ yang dianggap hanya pandai bermain dan bersukan sahaj.. (seperti sebahagian daripada mereka la.. Tak lulus PMR tapi berhajat nak jadi cikgu?? Alahai.. Bukan semudah itu sayang-sayang sekalian..)

Kembali semula pada topik.. Bermula awal tahun, saya mula menggalas tanggungjawab sebagai seorang cikgu BM. Pelbagai ilmu perlu saya terokai semula, pelbagai cabang perlu saya korek, pelbagai soalan perlu saya tanya pada para rakan sekerja yang rata-rata amat-amat menyokong perjuangan saya ini. Soalan-soalan bodoh saya dijawab penuh semangat oleh mereka. Dan kata-kata semangat dan dorongan sentiasa meluncur dari lidah mereka buat saya.. Saya berasa amat berbesar hati...

Kini, setelah 3 bulan saya bertungkus lumus mencari rentak mengendalikan kelas, saya telah temui kepuasannya.. mengenali para pelajar dalam 3 bulan pertama adalah satu kejayaan yang besar bagi diri saya yang amat sukar untuk mengingati nama manusia.. 80minit, 3 kali seminggu berjumpa mereka, dengan pelbagai karenah, manakan dapat saya lupakan mereka..  :)  Senyum sendiri..

Satu kepuasan apabila mereka berjaya memahami apa yang saya ajar.. Satu kelegaan melihat senyuman mereka apabila mereka telah berjaya menjawab soalan dengan betul.. Aahh.. Indahnya menjadi seorang guru..

semoga keindahan ini akan terus melingkari usaha saya dalam menambahkan nilai dalam diri dan kerjaya ini.. insyaAllah..

tata

3 comments:

  1. cikgu bm yg cantik.. =)

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. babe, aku x pernah pandang rendah kat cikgu PJ. sbb aku dpt cikgu PJ yg excellent ms kat sekolah dulu. bukan setakat main kat padang jek, disiplin pun die ajar mcm punctual, kebersihan kuku, pakaian.. mcm2 la. smpai aku suke giler bersukan walaupun die cikgu yg sgt garang nk mampos. hahhaa.. but she is the best sport teacher. n never underestimate their job. good luck babe! ajar BM pulak. chayo!

    ReplyDelete
  3. sabaq... aku pun dah 2 tahun ajaq BM.. dah tak boleh nak tolak.. no choice kata omputih... huhuu..
    cuma aku kesiankan budak2 yang jadi mangsa dpt guru yang bukan option BM.... hmmm sapa yang bersalah ????

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}