Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, March 25, 2013

29 Tahun Sekarang..


Alhamdulillah.. Akhirnya, saya telah pun menghirup udara buat tahun yang ke 29 di bumi Allah ini.. Lama juga tu kan.. Alhamdulillah..

Tiada sambutan yang grand pun.. Dalam fikiran berligar macam-macam perkara yang nak dibuat. Nak buat makan-makan bersama rakan-rakan, nak panggang kambing seekor buat pelepas hajat, (perghhh) nak buat 2 - 3 jenis kek sendiri, nak buat candy buffet la.. Macam-macam.. Tapi tak ada pun yang jadi kenyataan..

hanya bermula dengan ucapan selamat dari suami tercinta melalui SMS kerana si dia masih dalam perjalanan pulang ke kampung dari KL.. Saya dah berada di kampung dari hari Khamis, untuk menjaga mak yang menjalani pembedahan katarak hari Jumaat tu..

Esoknya, rutin yang biasa-biasa saja.. Pergi membeli lauk di kedai, masak-masak, pergi beli kueh untuk minum petang, minum petang, tidur petang (ehehh??) dan main badminton untuk ready utk tournament minggu depan.. Alahai..

Malamnya gi MarryBrown makan-makan dengan anak-anak sedara.. Abahnya sakit tekak, Uminya tak datang, nak nengok Sehangat Asmara.. Aduhai.. Macam-macam tau..  Dan akhirnya, tamatla hari pertama tahun ke 29 bagi diri ini.. Tiada yang istimewa, hanya biasa-biasa saja..

Sempena hari ulang tahun kelahiran ini, jutaan kesyukuran dan ucapan terima kasih buat emak yang melahirkan saya 29 tahun lalu, tepat jam 9.17 pagi. Semoga emak akan sentiasa dilimpahi dengan kesihatan yang baik, dilindungi Allah dan diberkati oleh-NYA selalu.. Amin..

Sempena ini juga, saya berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang. Saya juga mengharapakan, dan akan terus berusaha bagi menzahirkan beberapa kehendak dan keperluan kami suami isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga kami.. Rezeki anak yang kami tunggu-tunggu selama 5tahun lebih perhubungan kami juga, sentiasa didoakan kemenjadiannya..  :)

Saya mengharapkan, agar tahun ini, dan tahun-tahun yang akan datang juga, saya, suami, dan ahli keluarga kami akan sentiasa dilingkari dengan kebahagiaan dan kesenangan, dari segi jasmani dan rohani, agar segala dapat berjalan lancar.. Moga segala dugaan dan cubaan yang melanda akan dapat kami tempuhi dengan penuh hemah dan kesabaran.. Amin..


4 comments:

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}