Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, March 19, 2013

Saya Bukan Orang Pengurusan!


Menjadi seorang Ketua Panitia bukanlah sesuatu yang saya impikan, terutamanya selepas hanya 2 tahun berada dalam sebuah sekolah yang gah di Pusat Bandaraya. Saya menyedari kelemahan diri, dan saya akui segala kekurangan. Dalam usaha saya untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri, apabila disertakan pula dengan tekanan dan lambakan kerja yang tiada surutnya, walau fizikal masih berdiri teguh, gelak ketawa masin nyaring di mulut, kekeringan dan kehausan jiwa ini hanya diri ini yang tau..


Bermula dengan 10 jenis fail panitia yang perlu disiapkan dalam masa singkat. Saya mengaku, fail panitia saya masih kosong, dan jika ada isinya pun, adalah segala sesuatu yang bertarikhkan tahun lepas sahaja.. Fail no 1 masih seperti itu.. No 2 tak perlu ditokok tambah selahi sukatan matapelajaran ditukar.. Sekurang-kurangnya, selagi Menteri Pelajaran adalah orang yang sama. Tukar menteri, mungkin akan menukar silibus, siapa tahu kan.. Manalah tahu, jika menteri baru inginkan silibus PJK ditukar kepada 100% teori, seperti yang cuba diubah oleh pihak pentadbiran sekolah.. Ooppss...

No 3, setiausaha saya masih berusaha menyiapkannya.. Ntahkan sampai bila baru siapnya.. No 4 tak penting.. No 5 belum dilaksanakan, peperiksaan hanya dijalankan pada pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.. No 6 akan berlangsung dengan penyeliaan ketat daripada pihak pentadbiran. No 7 lebih ketat dari tahun lepas.. Pasti tiada yang terlepas tahun ni. No 8, memang tiada kelab PJK.. Yang ada, kelab olahraga, tetapi tu pun bawak Kokurikulum. Jadi, fail ini memang akan kosong selama-lamanya..

No 9 akan diisi pada pertengahan tahun ini. dan fail ke 10, masih dalam proses untuk mengumpul maklumat.. 12orang guru untuk sesi pagi, bukan mudah nak kumpul maklumat, tambahan pula bagi saya yang buukan manusia dalam bidang pengurusan ni...


Fail meja pula lebih kepada fail manual kerja seseorang petugas awam tu..  Isinya, ntahlah.. Buat jer, dah siap, hantar buiat tukun kat bilik pengetua.. Senang bila ada orang datang memantau (yang setahun 2-3 kali je tu), yang susah cikgu yang kena dok ke hulu ke hilir nak mengumpul dan menyusun atur maklumat dalam fail tu.. Bilik guru - bilik pengetua.. Aii..

Cerita ini menceritakan perihal diri saya yang tidak teratur dan langsung tiada aura untuk mengemaskini fail-fail yang selambak tu.. Dah masuk bulan Mac, terserlah keterukan dan kekurangajaran saya dalam pengurusan ni.. Oohh.. Kepala kembali pening memikirkan kerja...

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}