Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, August 20, 2012

Hari Raya Saya .. (3)



Selesai di rumah Tok Imam, terus ke rumah kontraktor pula. Rumahnya besar.. 2buah rumah yg dijadikan satu.. Mata teruja dijamu perhiasan yg cantik.. makanannya juga best.. tapi perut Saya sudah berbunyi lg.. Bukan mahu diisi, tetapi mahu dibersihkan! Sangat memalukan pengalaman kali ini..

Tak sempat untuk ke rumah ketiga, Saya minta izin untuk kembali ke rumah. Ayah dan Encik Suami meneruskan perjalanan.. Kami di rumah berehat2, sebelum agenda hari raya diteruskan..

Hampir jam 12, kami keluar rumah untuk menuju ke tanah Perkuburan Lebu, untuk menziarahi perkuburan Mak mentua.. Ramai di sana, menziarahi perkuburan saudara masing2.. Kaklong telah menyediakan 3jambak besar bunga, untuk ditaburkan di perkuburan.. Tahlil dipimpin Ayah, disedekahkan khas buat Mak..

Seusai di sana, singgah di rumah Makngah sebentar sebelum kembali semula ke rumah..

Petangnya, kami bergerak ke Selayang, menziarahi kawan Kaklong.. Selepas tu, ke rumah Busu, adik mak di Jalan Klang Lama.. Lewat juga kami pulang ke rumah malam itu.. Hampir jam12 tengah malam baru tiba.. Saya macam biasa. Terus masuk bilik dan lelap.. Encik Suami lagi hebat. terus lelap di ruang tamu bersama2 anak2 sedaranya..

Raya kedua?? Kami stay kt umah jer.. hahahaaaa

Raya ketiga?? Belum tiba lg..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}