31 Ogos adalah satu tarikh yg sering dinanti2kan.. Itu 10-20 tahun lepas.. 31 Ogos sentiasa memberikan suatu jenis semangat yang meremangkan bulu roma.. Itu 10-20 tahun lepas.. 31 Ogos seolah membawakan aura perjuangan penentangan penjajahan sehingga menggetarkan jiwa.. Itu juga 10-20 tahun yang lepas..
31 Ogos kini.. Apa yang ada padanya..?? Perjuangan pejuang makin dilupakan dek kerna kemarahan meluap terhadap pemerintahan sekarang..
31 Ogos kini.. Apa yang tinggal?? Hanyalah deruan motor Mat Rempit membelah sepi malam, yang sepatutnya diisi dengan keinsafan bahawa sebuah kemerdekaan bukanlah semata-mata untuk dinikmati, malah untuk dipertahankan maruahnya!!
31 Ogos kini.. Hanyalah laungan sunyi nada2 sepi tak berirama.. Tiada sudah semangat berkobar.. Hilang sudah keremangan bulu roma.. Lenyap sudah aura penentangan terhadap penjajahan..
Ya, semasa saya menaip sekarang, terdengar deruan2 motorsikal yang pastinya dipandu oleh remaja2 bawah umur yang pastinya tidak mempunyai lesen.. Dan saya tahu, mereka adalah pelajar yang sama di sekolah saya.. Kesedihan agak menghantui.. Kesayuan meratapi erti kemerdekaan yang makin disalaherti oleh generasi kini melingkari diri.. Di saat begini, memang perkataan2 puitis seperti ini sentiasa timbul.. Mungkin ini cetusan rasa diri yang sememangnya menyintai bahasa.. Yang pastinya melambangkan bangsa...
Kembali kepada erti kemerdekaan tadi.. Apa yang dapat kita uraikan daripada erti sebuah kemerdekaan di bumi Malaysia kini?? Adakah merdeka daripada penjajahan Inggeris dan Jepun benar2 merupakan suatu matlamat kepada pembebasan Tanah Melayu dahulu?? Adakah pahlawan2 zaman dahulu terlalu menginginkan kebebasan daripada cengkaman penjajah seperti mana yang kita kehendaki zaman ini..?? Jika kita merenung kembali sejarah bumi tercinta ini, merenung dengan berfikir, kita akan memahami betapa perjuangan penentangan penjajahan adalah bertunjangkan kepada keimanan dan ketaatan kepada agama (Islam semestinya) dan kesetiaan kepada raja dan negara..
Dan seharusnya setelah 53 tahun kemerdekaan ini kita kecapi, nilai keimanan dan ketaatan kepada agama masih kita pegang kukuh disebalik segala cubaan dan dugaan yang membelengu umat Islam seantero dunia.. Sekiranya kita berpegang pada 'tali' Islam, insyaAllah kita takkan terlepas menuju ke arah kehancuran..
Sekadar memetik kata2 Ustaz Ridhuan Tee dalam blognya, "Saya tidak pernah melihat dan mendengar orang bukan Islam mengecam ketua agama mereka seperti sami dan paderi, kecuali jika mereka melakukan perkara yang tidak baik. Mereka juga tidak pernah bergaduh atau berkelahi di dalam rumah ibadat mereka seperti mana kita berantakan dalam masjid dan surau hanya kerana mahu merebut kuasa dan jawatan. Jika kuasa dan jawatan tersebut, boleh menjadikan kita kaya raya tidak mengapa juga. Ini tidak, keadaan masjid surau sama sahaja, ibarat hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, masjid surau tidak bergerak, tidak diimarahkan. Kita rela melihat masjid surau ‘mati’ begitu sahaja daripada dikuasai oleh ‘orang lain’.
Cuba kita bandingkan dengan institusi keagamaan orang lain, begitu meriah sepanjang masa. Setiap tahun wajah bangunan mereka berubah. Semakin besar, tinggi dan cantik. Terus bertambah, tidak langsung berkurang. Apa yang saya lihat mereka amat menghormati institusi agama. Apa kata agamawan mereka, itulah yang diikuti tanpa dikecam atau dihina. Hari ini, kita sudah sampai ke tahap, bukan hanya mengecam, tetapi menghina dan sanggup merendah-rendahkan mereka. Apa yang kita dapat? "
Bersempena dengan kemerdekaan yang telah tua usianya ini, marilah kita sama2 mengimarahkan masjid untuk mengecapi nikmat Lailatul Qadar, demi untuk mengembalikan kekuatan kita sebagai umat Islam, demi sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan darah pahlawan datuk nenek moyang kita, demi agama Islam yang kita anuti, demi kita, yang hidup dalam zaman yang bakal berakhir entah esok, entah lusa...
Karangan ini hanyalah pendapat peribadi, yang hanya berlandaskan rasa risau akan masa depan generasi masa depan andainya masih ada masa sebelum kiamat tiba.. Apabila kita mengetahui akan agenda2 jahat Dajjal Latnatullah, maka akan semakin takutlah kita akan etibaan hari yang telah dijanjikan itu.. Sesungguhnya tanda2nya sudah terlalu banyak untuk dipertikaikan lg..
Marikh telah mengubah putarannya, yang mengakibatkan matahari telah terbit dari barat.. Dan masanya akan tiba jua buat bumi ini.. Cuma masanya adalah satu rahsia alam yang telah dijanjikan Allah.. Semoga kita akan dapat menempuhi segala dugaan dengan tabah dan redha.. Semoga kita akan terselamat daripada fitnah Latnatullah..
tata
No comments:
Post a Comment