Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, August 6, 2010

Lawas ~ Bila musim buah menjengah..


Saya memang antu buah.. Berikn semua buah yg boleh dimakan, saya akan balun semuanya.. So, antu buah tu memang gelaran khas dari mak dan abah buat saya, anak perempuan tunggal dorang nie..

Dari kecik sampai besar nie, saya memang makan semua buah. Yang manis, masam, tawar atau pahit, semuanya saya telan.. Manis rambutan, masam mempelam muda, pahit durian, semuanya jadi sajian saya apabila sampai musimnya..

Sekarang, musim durian, langsat dan rambutan sampai semula ke Lawas. Namun sayang, musimnya tiba ketika hampir bermulanya Ramadhan.. Jadi saya tidak mahu membuang masa, saya mesti makan semua buah puas2 sebelum puasa!! Hah, larat??huhu

Tapi ada halangannya jugak kepada misi saya nie.. Harga buah2 tu mahal kalau awal2 musim nie.. Terima jela kalau durian 4biji = RM15. Rambutan 7bij = RM1. Dan sekilo langsat = RM 5!! Aduhai... Demi tekak, saya beli jugak durian dan langsat. Rambutan, nanti nak tempah dengan cikgu kat sekolah tu jela.. huhu

Tekak saya sakit sebenarnya. Tonsil membengkak. Ulser menyerang gusi. Kedua keadaan ini menyebabkan panas mulut, kepala dan badan. Semua buah menyebabkan ketidakselesaan kepada badan. Tapi saya tetap degil untuk makan. Saya nie degil??

Tapi tak apalah. Musim nie xlama. Kita akan mula berpuasa, yang akan mengurangkan nafsu makan buah saya nie.. InsyaAllah.. Di bulan Ramadhan kelak, saya teringin nak menguruskan badan walaupun sedikit. selama ni, Ramadhan bukan masa saya menguruskan badan tetapi dengan umur yg semakin meningkat dengan keadaan diri yang taknak berubah nie, saya nak menjadikan Ramadhan dengan bulan menggemukkan ibadah dan menguruskan badan.. Adakah saya akan berjaya??
Doakan saya ya..

Cik Abang sayang saya akan tiba sehari sebelum kita mula berpuasa. Keadaan dia yang keletihan mesti nak mintak makanan yang secukupnya.. Saya harap Cik abang sayang akan setuju dengan plan saya untuk sama2 menguruskan badan pada bulan Ramadhan yang mulia nie..

I hope semuanya akan berjalan lancar... Semoga apa yang dihajati akan dipenuhi.. Semoga apa yang didoakan akan dimakbulkan.. Semoga saya akan memperolehi keberkatan Ramadhan tahun ini dengan memperolehi keampunan dan keredhaan Yang Maha Esa..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}