Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, August 11, 2010

Hari Ke dua Ramadhan, hari ini...


Meneruskan Ramadhan hari ini, agak terseksa berbanding semalam.. Dari segi emosi, mungkin saya telah berjaya menguasai keadaan, namun begitu keadaan tekak amat menyeksakan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang guru..

Saya bernasib baik, kelas hari ini amat memahami keadaan gurunya yang seperti ikan di air cetek..(huhu, bes perumpamaan nie..) Memahami dan melakukan tugasan seperti yang diminta walaupun tanpa jeritan seperti dahulunya.. Mungkin ini hikmah tersembunyi Ramadhan.. Siapa tahu kn..??

Semoga kecekalan diri mengharungi Ramadhan bersama suami tersayang akan berkekalan sehingga selamanya.. Diteruskan ke dalam hari2 lain dalam bulan2 berikutnya.. Ke akhir hayat..

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, limpahan Nur dan Hidayah Ilahi mengenai kami dengan keredhaan dan RahmatNya.. Saya hanya dapat memohon agar segala yang terbaik dikurniakan buat kami, di dunia dan akhirat..

Dan semoga, apa yang kami belum ada, yang orang lain dah ada, akan dapat kami perolehi..huhu.. (Ayat macam orang baru belajar BM)...

InsyaAllah.. Dengan izin-Nya...

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}