Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, May 9, 2010

Another day in another week..


Minggu lepas berlalu dengan pelbagai kekecewaan dan politik dan polimik dan tragedi dan sebagainya yang buruk2.. Ya Allah, memang kalut perasaanku.. Disalahkan, rasa bersalah, tak buat salah, seolah bersalah dan sebagainya kata2 salah yang di tambah pelbagai perisa..

Dalam dunia nie, ada pelbagai jenis manusia. Depan cakap lain, belakang maksud lain. Tu xmasuk lagi yang suka mengadu domba sehinggakan ada manusia lain yang teraniaya.. Allah.. Seandainya Daku yg teraniaya, bagaimana harus Daku harungi hidup ini?? Ya!! Bukan Daku mengatakan sesuatu metafora semata-mata akan tetapi ini adalah hakikat yang terpaksa dilalui oleh seorang rakan..

Kesalahan yang kita lakukan, sekiranya ditangani dengan baik dan meminta maaf, akan selesai dengan baik juga.. Namun begitu, dengan adanya batu api dalam ini cerita, maka barang sekangkang kera menjadi sejuta hektar.. Sebutir pasir menjadi sebuah pulau. Ya Allah... Jauhi Daku dari sikap adu domba dan batu api ini...

Politik dan polimik, kata yang hampir serupa tapi membawa maksud yang berbeza.. Ya!! dalam sebuah kehidupan, politik amat penting demi kesinambungan sesebuah organisasi. Namun begitu, politik kotor, politik kroni, politik murahan, rasuah dan diktator hanya akan mencemarkan kesucian kehidupan manusia itu sendiri.. Andai kiranya setiap lakuan ada baiknya disebalik, maka wajarlah ianya dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Bukannya menghukum yang bersalah tanpa belas, menghentam tanpa siasatan, menerima aduan tanpa bukti.. Alahai dunia....

Semoga segalanya baik2 saja minggu hadapan dan seterusnya.. Hidup tanpa ujian memangla membosankan tetapi hidup yg penuh ujian yg membebankan memang meletihkan..:)???

Semoga yang buruk dan tak enak akan segera berakhir.. Semoga hidup ini akan sentiasa aman dan damai demi sebuah cita2 untuk mendidik anak bangsa demi masa depan Malaysia yang lebih cerah dan cemerlang...

Tata

2 comments:

  1. salam noor hidayah,
    thanks for visiting my blog.
    Lawas di mana yer? biasa dgr kuching miri sibu hehe


    anyway,
    politik mmg begitu, kita jer kena tabah menghadapi segala dugaan.

    ReplyDelete
  2. Lawas terletak di Bahagian Limbang, Ke Utara Sarawak, Bersempadan dengan Sabah.. saya boleh berulang alik Sarawak-Sabah dalam masa 45minit saja..:)

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}