Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru; To All of My Teachers; And Myself..


Cikgu, pekerjaan mulia, memberi dan memberi tanpa mengharap balasan...

Pernyataan di atas adalah satu yang sinonim dengan guru.. Dulu....

SEKARANG??

Guru kerja banyak cuti dan banyak rehat..
Guru kerja separuh hari jer..
Guru guru...

Tak kisahlah apa yang hendak dikata, hanya guru yang mengerti tugas guru.. Hanya guru yang memilih untuk menjadi guru, mengajar dan mendidik, menjaga dan memerhati, membelai dan memujuk...

Jika dulu Daku menjadi seorang pelajar yang diajar oleh guru, kini Daku berada di tempat yg pernah diagung2kan, dan menyedari bahawa ia bukan semudah yang disangka.. Perlu pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk terus berdenyut dalam nadi profesyen ini..

Semoga apa yg baik terus mengekoriku dalam segala genap ruang perjalanan bidang ini..
Semoga denyutan jantung akan terus menemaniku melaksanakan amanah yang telah diberi..
Semoga Daku kan terus mempunyai semangat dan harapan untuk membangunkan bangsa Malaysia yang tercinta..

Negara ini kita yang punya.. Agama ini kita yang jaga. Diri kita tentukan semua.. Semoga sentiasa sejahtera..

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Semoga kalian semua terus kental mendidik anak bangsa walau apa pun halangan dan dugaan yang mendatang..

..

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}