Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, April 7, 2010

'BASIC LIFE SUPPORT



Daku telah terpilih utk menjalani kursus 'BASIC LIFE SUPPORT' di Hospital Lawas. Kami (daku dan Cikgu Wilson) dihantar menyertai kursus ini atas kuota daku sebagai Pengerusi 3K Kesihatan dan Wilson sebagai penyelia 3K yg sunyi sepi jer thn nie..hehe..

Bersama2 dengan para jururawat, juru x-ray, ahli farmasi dan MA2(medical assistant), kami berkursus dengan seronok kerana dapat mencium patung dewasa yg baru jer dibuka dr bungkusannya..hehe.. CPR la tu namanya.. So, start kul8, benti rehat 10-10.30, sambung lg, benti kul 1-2, sambung lg, benti rehat 2.30-3, sambung lg sampai 5.30ptg..(dlm jadual kul5, peserta terlebih excited berkursus..hehe)

Antara tajuk2 yg menjadi bahan ceramah ialah:

1. DR ABC
2. Pemeriksaan Awal Pesakit
3. Anatomi dan Fisiologi Sistem Pernafasan
4. Sakit dada: Umum, Serangan jantung dan sebagainya
5. Pengurusan Saluran Pernafasan, CPR dan Tercekik
6. Sawan dan Lemas
7. Keracunan, Gigitan dan Sengatan
8. Renjatan, Terbakar dan Pengurusan Luka
dan terakhir sekali...
9. Kepatahan

Selain ceramah, ada juga latihan kemahiran dan amali. Terutamanya untuk CPR. mmg susah nak mendapatkan cara yg betol utk menghembus nafas ke dalam mulut patung yg daku rasa besar sungguh mulutnya..(sebenarnya mulutnya standard jer, mgkin daku punya mulut kecik kot...) CPR utk dewasa dan baby berbeza. Perbezaannya mmg berbeza sungguh!! hehe.. Pengawalan pendarahan dan Aplikasi pelbagai splint pn seronok gak.. Maklum lah, ikat-mengikat dan gantung-menggantung nie mmg jd kepakaran daku sejak sekolah menengah lg. So daku mmg xde masalah..Alhamdulillah..

Masalahnya, kursus nie bukan ceramah semata-mata. Ada sesi penilaian kemahiran!!! KEMAHIRAN OK!! Macam biasa, time nk exam, mula la daku rs seram sejuk dan rs nk muntah..huhu.. Royan exam...

Alhamdulillah, examiner xla garang(kalo x, daku dh fail dh..). Dorg bg situasi, kita kena selesaikan..Ada 4 stesyen yg kena diselesaikan dlm ms 5minit setiap stesyen..

STESYEN 1
Lelaki 30-an, terbaring di depan pintu pagar sekolah.

Cara penyelesaian:
- DR ABC-
- D- Pastikan tiada bahaya di sekeliling mangsa. Baringkan mangsa di permukaan yg rata dan selamat.
- R- Dapatkan respond dr mangsa.."Hello encik..Encik.." no respond "Pakcik Guard, tlg kol ambulan 999, ada orang pengsan perlu rawatan segera!!"
- A- Buka airway(dongakkan kepalanya dgn cara yg betol). Pastikan tiada 'foreige body'(benda asing) dlm mulutnya.
-B- Check pernafasan. xbernafas!! Kena bagi hembusan dr mulut ke mulut.. Picit hidung dia, Seal mulut mangsa dgn mulut kita, dan tiup 2 kali..
-C- Check pulse(nadi) plk. xde pulse. plk dh..(examiner mmg nak suh daku perform complete CPR la nie..) Set tangan di tengah2 dada di atas jantung. Luruskan tangan dan tekan 30 kali.laju2..

Ulang prosedur 5 pusingan. Check pulse semula. Ada pulse. Check breathing. Xde lg. Aduhai.. Sambung lg breathing assistant (hembus mulut ke mulut la..) 2 kali dalam jarak 5saat sebanyak 20kali, kemudian check semula pernafasan. Ada dh nafas.. Alhamdulillah.. Alihkan mangsa ke kedudukan pemulihan(recovery position). Sentiasa check pernafasan dan pulse mangsa sementara menunggu ketibaan paramedik dan ambulan.

Bila masanya kita kena berhenti melakukan CPR?
Alamak, ms ceramah bab nie daku mengantuklah!! Ermm.. Bila mangsa dan kebiruan dan tiada peluang utk hidup..Correct!!

Pabila mangsa dah sedar.. Correct!!

Sekiranya keadaan tempat kejadian menjadi bahaya utk meneruskan prosedur..Another corret!!

Yg seterusnya?? Ermm.. ermm.. Berikan saya lg 2 sebab kita berhenti CPR.. Alamak!! Mana lak daku simpan memori nih?? Xdpt ingatlah!! Ermm.. Bila doktor or ambulan dh sampai?? Correct!!

Nasib baik.. Lagi 1.. Ermmm...Ok, xpe..bila kita syak ada kecederaan yg boleh membawa kemudaratan pd mangsa sekiranya kita meneruskan CPR.. Terima kasih Cikgu..Wah wah... Gitu.. TQ Encik Shamsury!!

Ke Stesyen ke-2.. (Pengurusan Luka)

Seorang pelajar cedera terkena pisau ketika sedang bergaduh di sekolah..(hrp2 xberlaku betol2..)

Mula2 saya pastikn saya memakai gloves utk protect diri sy.. Oh ya!! "Kamu mahu Cikgu tollong kamu??"(wajib dapatkan kebenaran drpd mangsa yg sedar diri..) Then saya dptkn sesuatu utk cover luka tersebut & apply direct pressure atas luka tersebut. Darah berhenti then saya balut guna bandage.. Still bleeding bila dh siap bandage..

Alamak.. Oo.. Saya akan ambil kain lg, tekan lg, dan balut lg.. Hehehehe.. (Sambil tu, daku membebel sket kt pelakon tu.. "Tula, degil, siapa suruh bergaduh. Dh luka.."hehe..) Dh siap balut... Masih berdarah cikgu..

Alahai.. Saya kena angkat tangan dia lebih tinggi drpd jantung, kemudian saya pn buat indirect pressure di Bronchial Artery.. Darah pn berhenti.. Sekarang nak hantar ke hospital mcm mana??

Isk isk isk.. Banyak betol prosedur.. Saya buat sling tangan yg cedera ke dadanya.. Pastikan hujung jari berkedudukan sedikit ke atas dan boleh dilihat. Periksa jarinya sama ada balutan terlalu ketat atau terlalu longgar.. kemudian, naik kete & go!! Ok cikgu..TQ..

Hehehe..TQ Mr Lim..

Stesyen 3 (Kecemasan Bayi)
Seorang bayi tiba2 tidak sedarkan diri semasa berada di dalam kawasan sekolah.

DR ABC again..
Mula2, saya mesti pastikan tiada bahaya yg berada di kawasan berhampiran.
Saya akan minta bantuan ambulan.."Makcik, tolong call 999 utk ambulan dan bagitau yg kita ada baby yg xsedarkan diri.."
R again.. "Baby..Baby.." Sambil menepuk2 perlahan bahunya.. Tiada respond..

A - Saya akan membuka airway nya. Dan membuat pernafasan dari mulut ke mulut.

B - Saya akan memeriksa pernafasannya sekali lg.. No breathing..

C - Saya memeriksa nadi di Bronchial nya pula.. No pulse..

Saya pn terus melakukan chest pressure menggunakan 2 jari ke dada baby.. 30 chest pressure, 2 mouth to mouth breathing in 5 rounds. Check pulse.. There's pulse.. No breathing..

Call for ambulance 1 more time please!!

Sambung buat breathing assistant sebanyak 20kali dengan sela masa 3 saat dan kemudian check breathing semula.. Breathing ok..

Ok.. boleh alihkan baby dalam posisi pemulihan. sentiasa periksa pernafasan dan nadinya..

TQ Cik Litad Riong.. (Doakan sy sempat jumpa Cik Litad di Wad Bersalin nnt..:))

STESYEN 4 (tercekik)
Seorang pelajar tiba2 memegang lehernya semasa sedang makan di kantin sekolah..

"Kamu tercekik?? Mahu cikgu bantu??" (Nie soalan wajib sebelum membantu..Kalau dia xnak dibantu, jangan bantu otherwise kalau apa2 terjadi pd dia, kita yg dapat susah nnt..)

Kalau dia still bertenaga utk batuk dan masih berdaya utk mencuba mengeluarkan benda yg tercekik tu, biarkan dia batuk dgn kuat. Bantu urut belakang badannya dan bantu dia membongkok supaya dpt batuk lbh kuat..

Sekiranya mangsa dh lemah, bantu menggunakan genggaman pd abdomen (nama saintifiknya xingatla plk..) dan tekan dgn cara memeluk dr belakang.. buat tu 5 kali, tengkoh (nie longhat Pahang yg maksudnya ketuk o hentak) bahagian belakang di antara 2 tulang belikat 5 kali jgk..
Teruskan bantuan sehingga selamat.

Namun begitu, kalo mangsa dh lemah n mukanya dh kebiru2an akibat kekurangan oksigen, wajiblah dibuat CPR seperti cara2 yg telah diterangkan di atas.. bila nk call 999??

Hohoho..Daku terlupa!! Bila mangsa dh lemah, call bantuan tau... Lepas tu teruskan langkah2 DR ABC.. hehe..

TQ a lot Puan Ekai.. Nasihat Puan Ekai, "Tercekik nie nampak mudah tp dlm situasi sebenar, mmg susah nk setelkn....)


Alhamdulillah... Selesai ujian, segala peluh dingin dan loya2 Daku pn berakhir.. Tea Time!! Ada karipap kegemaran Wilson dan air teh susu yg berjaya menjadikan petang itu, amat bermakna...hahahahaha

Maka, at 530 pm, kami pn dianugerahkan dengan sijil yg telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.. hehe.. What a nice feeling.. terasa berbaloi jd cikgu.. Dapat jd nurse, polis, askar, pensyarah, ibu, kakak, nenek, and now, mcm dh jd doktor la plk.. What a feeling!!

Even though bende2 nie ciput sgt nampaknya tp pengalaman worth everything than nothing..

This is something the very special since I arrived here and I love being here even more and more and I want MORE!!

Nice people (bad people also ada but everywhere pun ada bad people kn..) and nice surrounding just like my kampung Chenor just tie me tighter.. Lalalalalalalala... Happy mode..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}