Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, April 25, 2013

Bukan Mana-mana Ahli Parti Politik


Perihal luahan rasa hari ini, adalah berkaitan dengan topik-topik hangat semasa, iaitu PILIHANRAYA..

YA, ini ialah topik yang seboleh-bolehnya cuba saya elak untuk mendengar dan memperdengar, terutamanya apabila berada dengan rakan-rakan dan masyarakat yang saya fikirkan, mungkin kurang sesuai andai ideologi saya berbeza dengan mereka.. Topik ini hanya muncul sekali sekala apabila berbual dengan Encik Suami, atau seorang dua teman rapat, ataupun apabila pulang ke kampung, yang mana keluarga Saya adalah antara keluarga yang amat sangat aktif dalam masa-masa berkempen ini. Manakan tidak, waktu-waktu biasa tanpa pilihanraya juga, perbualan kami jarang lari jauh dari persoalan kepimpinan, keadilan, tanggungjawab pemimpin dan aktiviti-aktiviti masyarakat yang akan dan telah berlangsung di kampung..

Namun begitu, musim pilihanraya adalah musim yang kotor. (pendapat saya sahaja)
Semua individu, parti politik, malah masyarakat, sibuk memperkata tentang keburukan, aib, kesalahan dan kekurangan lawan. Sedangkan, bukankah yang patut diketengah ialah pencapaian dan kesungguhan calon-calon yang bertanding itu sendiri?

Saya seorang yang walaupun bukan baik mahupun rakyat yang menyumbang pada negara, namun begitu saya adalah seorang yang amat SAYANGKAN NEGARA ini. Perbalahan dan perebutan langsung tidak membawa secebis kebaikan pun..

Saya membesar dalam suasana politik kotor. Walau dalam peringkat cawangan (kampung) sahaja pun, perasaan hasad dengki jelas terbit dari jiwa-jiwa yang gilakan kuasa. Bukan sahaja jatuh-menjatuh jadi amalan, malah santau menyantau pun turut serta. Setakat keji hamun makanan biasa pemimpin yang terus berusaha jadi yang terbaik..

Jadikan sahaja cerita yang satu ini sebagai tauladan.. Tika Allahyarham Ayahanda Saya sibuk mendapatkan tandatangan untuk memohon sebuah jambatan merentasi Sungai Pahang, bagi memudahkan perjalanan orang  kampung ke seberang sebelah kami, tanpa perlu lagi berulang alik menaiki bot penumpang, terdapat seorang Hamba Allah yang dengan lantang melaungkan akan sumpahnya untuk terjun telanjang dari atas jambatan itu, andai siapnya jambatan tersebut.. Mengapa sanggup seorang Muslim yang waras untuk bersumpah begitu?

Tak lain dan tak bukan, timbunan hasad dengki itu sudah melampaui warasnya akal itu.. Dan, ditakdirkan Allahyarham pergi dahulu sebelum siapnya jambatan tersebut, tetapi umur Si Penyumpah masih panjang bagi menyaksikan dengan mata sendiri, acara perasmian jambatan tersebut yang gilang-gemilang, disambut meriah oleh bukan sahaja warga kampung, malah oleh anak cucu mereka yang kini sudah boleh menderu menaiki kereta melintasi Sungai Pahang nan deras itu.. Adakah dia menunaikan sumpahnya itu?? Anda fikir bagaimana?? Itu jambatan 4 lorong! Bukannya jambatan yang diperbuat daripada buluh dan batang balak!

Itu hanya satu cerita. Cukuplah yang lain menjadi teladan diri saya. Yang penting, polisi hidup saya apabila berhadapan dengan pekikan fanatik politik ialah, undi saya adalah rahsia, bergantung sehebat mana calonnya, sebanyak mana sumbangan yang boleh dilaburkan!!

Dan saya, akan tetap SAYANGKAN MALAYSIA walau siapa pun pemerintahnya! Cuma secebis doa dari insan yang hina ini, biarlah Malaysia terpimpin oleh barisan insan yang dipilih dari yang terbaik, yang membela tiap darah yang tumpah dan mengalir di bumi bertuah ini.. Walau apa namanya, apa kaum keturunan dan warna kulitnya, walau apa juga agamanya..

Yang masih menjadi satu keutamaan, AGAMA ISLAM MASIH AGAMA RASMI MALAYSIA!!  Itu satu perkara yang tiada kompromi walau siapa pun calon pilihan anda!! Dan Raja Berparlimen itu wajar kita junjung menjadi lambang asal ketuanan kita..

Sekian.

Noor Hidayah Sabaruddin
Pengundi berdaftar di Dun Chenor, Parlimen Maran
Kerani Pengundian dan Mengira Undi Peti Undi Taman Connaught 2013.
~~Bukan mana-mana ahli parti politik

tata

3 comments:

  1. Setuju, ada sebahagian ahli politik yang beragama islam, bagaikan lupa akhlak islam ketika berkempen...i pun x suka kalau ada yg suka memburuk burukkn org lain. Masyarakat sekarang sudah bijak memilih. Tidak perlu berpolitik kotor semata mata mahu menang di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN.. kita ni jenis diam jer.. tp undi tetap undi.. tu kewajipan kita kn.. :)

      Delete
  2. saya undi apa yg saya rasa bleh buat negara aman sentosa.. :)

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}