Terasa pipi ditampar2.. Isk, saya terlelap ker? Isk, malu betol.. Dah nak kena operate pun boleh terlelap ker?? Nak bukak mata, aduuh, terang sungguh lampu nie.. Tutup mata semula..
"Nur Jannah.. Nur Jannah.. Bangun!" Terdengar suara tu menyapa telinga sambil pipi kena tampar lagi.. Isk, naper lak nie? Saper lak Nur Jannah nie??
"Salah tu!! Nur Jannah katil hujung sana la. Tu patient aku.." Dengar lak suara lain.. Apakah sebenarnya yg berlaku? Try nak bukak mata lg.. Slow2.. Terang sangat, silau.. Tapi badan rasa suam jer.. Tak macam tadi, sejuk giler.. Isk, apa sebenarnya yg terjadi nie??
"Dik, Noor Hidayah.. Operation dah selesai.. Jap lagi ready kita keluar yer.." Datang lak sorang lg dok tepi katil saya, berkata2.. Isk, saya tak nampak muka dia pun. Silau sangat mata nie..
Oohh, tiba2 kewarasan kembali.. Dah operate?? Eh, dah selesai? Alhamdulillah... Masih ada kesempatan membuka mata kembali.. fikir lg.. Doktor kata after operation, saya kena meniarap, sebab luka di bahagian belakang badan. Tapi saya terbaring macam biasa je nie.. Kenapa pulak nie?? Tapi, tak rasa sakit.. Tak pela.. Mata nak tertutup lagi..
"Noor Hidayah, kita nak keluar dah nie. Buka mata yer.. Sedar dah kan.." Nurse tu tanya banyak2 soalan, saya jawab dengan angguk jer.. Susah betol nk bukak mata..Berat sungguh..
Dari bilik jagaan rapi, saya ditolak keluar ke bilik transit untuk dipindahkan ke katil wad lak. Nampakla dah ada nurse pelatih ready nak tunggu saya nak balik wad. Oh, kena tukar katil. Camna nie? Masa masuk td, tukar katil, saya golek sendiri. Sekarang, nak angkat tangan pun xboleh nie, camner? Eh, tangan takle angkat?? Sudahhh....
"Ready nurseses.. 1..2..up!.. Ok." Operasi mengangkat saya yg gedebab selamat. Terasa jugakla belakang saya yg ditoreh nie bila kena hempas kt atas katil tu..huhu..Tapi saya tak marah..Saya paham saya berat.. :(
Pintu dibuka.. Saya try toleh nak carik mana Mak dan Cik Abang saya.. Naper takder orang nie.. Ohh, dh corner kt selekoh, baru dengar suara Mak dan Cik Abang.. Dorang tak perasan saya sebab semua sangka saya akan keluar dalam keadaan meniarap..huhu.. Saya pun xtau..
Untuk info, saya ditolak masuk ke OT lebih kurang kul9 pagi. Dan saya keluar dr OT tu kul1 lebih sket.. Adala dalam 4jam lebih sket dok dlm tu, Mak dan Cik Abang saya dok tggu kat luar tu...
Saya ditempatkan di katil berhadapan meja nurse. Di wad kelas 3, terbuka dan kurang privasi tapi lebih sesuai sebab baru lepas operation kan... Senang nurse nak pantau..
Sampai kt tempat kosong yg dh khas utk saya, (ye ke???hehehea), pasang segala benda wayar2, saya pun terkebil2 sendiri.. Nampak ada Cik Abang dan Mak, dan beberapa insan yang datang menjenguk, tapi mata saya sangat berat untuk dibuka.. kejap buka, kejap tutup. Dengar soalan ditanya saya buka mata, jawab sikit, suara sloww jer, angguk geleng pun asal nampak jer, pastu tutup mata semula.. Macam rasa letih+ngantok yg amat sangat..
Abang, Kak Suri, dan Makcik yang selalu berborak dgn saya sebelum operate, ada melawat dan bertanyakan keadaan saya ketika itu.. Saya hanya ingat itu, selebihnya saya rasa sangat dahaga!! Nak minum, nurse kata lepas 2jam operation baru boleh minum sikit2. OOoohh.. Tekak dan bibir rasa sangat kering.. Mungkin disebabkan mask oksigen yg saya pakai after operation tu..
Saya taktau bila, Saya dh tak tahan haus dan kering, mintak juga air dari Mak.. Basahkan tisu & sapu kat bibir saya.. Memang rasa xcukup tapi nak banyak2 kang, takut muntah lak. Bergerak pun tak boleh, macam mana kalau muuntah?? Isk, minta dijauhkan..
Pada tangan sebelah kiri saya, telah dipasangkan 1 IV untuk masuk air pengganti makanan saya.. Tangan sebelah kanan masuk ubat penahan sakit lak. Saya ada tanya doktor, nie ubat tahan sakit jenis apa? Doktor kata, xguna morfin sebab kuat sangat, doktor taknak ambil risiko melainkan perlu je. So dia guna ubat yang kurang kuat sikit dari morfin..huhu.. Macam sama lebih kurang je dengarnya..hehe
2 hari pertama saya selepas operation, saya hanya mampu menggerakkan kepala sahaja. Panas dan gatal belakang saya, Tuhan jela yang tahu. Saya try mengiring, berpaut pada tepi katil, cuba untuk tidak menggunakan otot2 belakang saya.. Perit, sakit, tapi saya perlu berusaha!
Cik Abang saya ada bersama sehingga hari Khamis, sebelum balik untuk berkerja pada hari Jumaat dan Sabtu. Saya tinggal bersama Emak di hospital..
Dan Hari Lahir sy pada 25 Mac (Jumaat), disambut di hospital..
Dari petang Jumaat, hinggga petang Sabtu, saya langsung tak boleh nak buang air kecil. Terasa pundi kencing dah penuh, tapi dah puas meneran, air tu taknak keluar jugak.. Risau betol, nak pulak terasa sakit dah perut sebab tak kencing2 1ari suntuk.. Last2, Adik, Rusydan datang melawat, saya pun terus mintta dia angkat saya atas kerusi roda, dan tolak saya ke tandas.. Ya, kesan dari menampung air buangan selama hampir 2hari, baru je Adik Saya angkat saya untuk duduk di toilet duduk tu, terus jer cecair kecoklatan tu keluar.. Orang kata, kalau pakai tiub tu, memang susah nak buang air lepas tu.. Saya dah merasa. sekali membuang, memang lama Saya bertapa untuk menghabiskannya hingga ke titisan terakhir..
So, Saya bermula semula.. Belajar duduk sendiri tanpa bantuan Mak.. Kemudian melunjurkan kaki ke bawah.. Semuanya bukan dalam masa sehari, penuh kesakitan tetapi kena tabahkan hati.. Kesakitan tu menurut Doktor, disebabkan semua pergerakan kita berpusatkan otot2 belakang. So, bila otot2 tu dh kena potong, still luka, mestilah sakit nak bergerak kan..
Ari Sabtu, ari ke3 pembedahan saya, Selepas 8tiub ubat penahan sakit saya habiskan, selepas seorang pesakit di wad itu meninggal dunia(sebab apa saya taktau), waktu Maghrib, saya dipindahkan ke wad kelas 2.. Mak saya pulang ke rumah, digantikan oleh Cik Abang saya. Saya ditolak sekali dengan katil, nurse2 membantu membawa barang2 yg banyak dan Cik Abang saya yang macam konfius pun penuh tangan dengan barang2 walaupun nurse dh bagitau dorang boleh tolong pindahkan barang.. :)
Saya bersyukur, akhirnya saya dipindahkan ke wad yang ada aircond.. Bukanlah Saya tidak biasa tanpa aircond, rumah saya pun xpenah ada ekon nie, tapi keadaan wad kelas 3 yang panas, kipas bahagian saya yang slow sangat, dan kaum kerabat pesakit sebelah katil saya yang bising sehingga lewat malam menyebabkan saya tidak selesa langsung.. So, berpindah wad maksudnya saya dapat berehat lebih baik..
Namun begitu, tak semua yang kita harapkan, kita akan perolehi.. Bersama2 saya, turut dipindahkan ke wad yang sama, ialah seorang pakcik yg sangat 'ramah-tamah', yang Saya gelar pakcik Halilintar.. manakan tidak, suaranya memang superb! Dia bercakap di pintu masuk wad, Saya yang terbaring di hujung wad nie jelas dengar suaranya tu.. adooii.. Dahla macam burung punai tercabut ekor..
Cik Abang saya pulang sebentar, untuk mandi dan berbaring. Maklumla, tidur di hospital tak boleh baring.. Saya terpaksa menahan telinga akan pakcik yang tak pandai menghormati orang lain, berborak macam di rumah sendiri.. Saya mahu berehat. pakcik berborak. Tapi Saya redha.. Mungkin ada hikmahnya Saya terpaksa menadAah telinga mendengar perbualan pakcik makcik tu bersama pelawat2 lain sehingga lebih jam 9 malam.. Suasana hening sebentar bila pakcik tersebut pergi menonton tv, diganti pula dengan erangan isterinya.. Makcik sakit... nangis2... Tolong cari pakcik... Alahai...
Sewad dengan kami, jiran pakcik tu, dia sihat, dia la pergi mencari pakcik untuk menemani makcik.. dan episod malam tu cuma berakhir lebih kurang kul11malam bila makcik tu dah diberi ubat tahan sakit dan pakcik tu dimarahi oleh makcik disuruh menemaninya..huhu
Saya? Barulah dapat tido.. Bila Cik Abangg datang semula, saya tak larat nak bukak mata pun.. Sedar2, dah kul6pagi, nurse datang amik tekanan darah dan injek antibiotik..
Hari Ahad, Cik Abang balik agak awal.. Petang tu, Cik Abang dah balik, dalam jam6petang, saya dipindahkan sekali lagi ke wad lain. Wad kecil, seorang sahaja. Disebabkan Saya dh merana semalam, dengan rela hati saya setuju. Dan Saya ditolak ke wad lain pula.. Dan tinggallah saya di situ sehingga 30Mac, Rabu, apabila saya dibenarkan pulang..
Disebabkan wad seorang tu, toiletnya di dalam saja, pernah saya cuba untuk ke toilet sambil berjalan. Saya duduk di birai katil, berpaut pd meja makan, dan berdiri.. Excited sebab dah mampu berdiri, saya pun berjalan menuju ke toilet. Baru sampai di pintu toilet, mak masuk.
"Eh, boleh ker berjalan nie?" Memang nie 1st time saya cuba untuk berjalan.. Dengan Mak membantu memegangkan meja supaya tak bergerak, saya terus masuk ke toilet.. Dan dan saya pitam.. Terus rasa susah nak bernafas..
Terpaksa panggil nurse, amik kerusi roda bawa saya keluar dari toilet, dan baring semula ke katil.. Alahai..Sampai pitam..Pengalaman pertama berdiri dan berjalan selepas operate..hehe
Mak mentua saya balik dari Umrah hari Isnin. terus datang dari KLIA bersama Busu(adik MIL) dan Pak Usu. Tima kasih Mak.. Letih2 pun sanggup terus datang jenguk saya..
Buat Pak Ndak, Ayah Tam (betol2 mengingatkan saya pada Arwah Abah), Cik, Makngah, Mimi, KakSu, Athirah, kawan2 mak, jiran2, terima kasih kerana sudi melawat saya..
Abang dan Kak Suri, terima kasih juga, selalu menghantar makanan dan minuman untuk saya..
Cik Abang, terima kasih kerana sudi mengambil cuti untuk menemani saya.. (Berapa ari ek?)
Dan teristimewa, buat Emak, Fatimah Mohd Ali.. Menjaga saya seolah saya baru lahir ke dunia.. Menyuapkan makanan dan minuman.. Menukarkan lampin pakai buang.. Mengelap badan.. dan segalanya yang Mak lakukan.. tak termampu Ngah nak membalasnya...
Petang Rabu saya pulang ke rumah, bermulalah episod di rumah pula..
Petang Rabu saya pulang ke rumah, bermulalah episod di rumah pula..
Dijaga dengan penuh kasih sayang...
tata
Aslmkm.
ReplyDeleteTQ 4 dropping by di laman Kak G ya.
Rahmat, rezeki & rupa bentuk penilaian terhadap Hamba Allah mungkin berbeza. Tapi semuanya mempunyai hikmah tersendiri untuk kebaikan diri kita. Begitulah kata Ulama.
Sabar la menempuh dugaan ya.