23 Mac yang lalu, saya telah ditolak masuk ke bilik@dewan bedah tepat jam 9pagi, untuk menjalani pembedahan yg digelar oleh doktor 'Laminotomy @ Right Discectomy'.
^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^
Kisah ini bermula pada 17 Mac 2011, sesi temu janji saya bersama Doktor Pakar, Ketua Jabatan Orthopedik HoSHAH, Dr Mohamad Yusof berjalan lancar bila Si Doktor begitu bersemangat menyatakan itu dan ini berkenaan pembedahan yg bakal saya lalui.. Terlalu banyak itu dan ini, ada dan tiada, ya dan tidak, mungkin dan tak mungkin.. Semuanya masuk sekaligus, ada yang melekat dalam memori, ada yang sekadar singgah sebentar, malah ada yang terlepas pergi seperti angin lalu.. Ya, setelah persetujuan untuk melakukan pembedahan dinyatakan, hati dan jiwa saya seolah-olah hilang dibawa angin pendingin hawa yang pergi entah ke mana..
Pagi 21 Mac 2011, Saya bersama Suami tercinta, dan turut ditemani emak tersayang, keluar dari rumah, berbekalkan sebeg pakaian menuju ke HoSHAS, lebih spesifik, menuju ke Unit Kecemasan untuk urusan kemasukan ke wad. Disingkatkan cerita, saya di tempatkan di Tingkat 6, Wad Kenanga 6, di meja no. 6.. Semuanya 6 buat saya pd hari itu.. Dan sesampainya di sana, saya terus diberikan sepasang baju hijau, dengan baju besar dan kain yg besar juga.. Oh, tak sangka, saya belum perlu menjalani pembedahan, tetapi sudah perlu memakai pakaian tersebut!!
Emak berkenalan dengan 2 lagi pesakit yang masing2 ditemani ibu masing2. Saya dan Cik Abang berbual2 kosong, sekadar cuma untuk mengusir rasa hati yang gerun memikirkan pengalaman pertama menjadi penghuni wad.. Datang 2orang nurse ditemani 2 orang doktor mengambil butir2 diri dan input yg diperlukan.. Kemudian datang lagi seorang nurse membawa sedulang peralatan, yang pastinya alatan untuk 'menebuk' kulitku.. Doktor Nor Azreena,lulusan universiti Russia, walaupun masih dalam tempoh praktikal, begitu cekap mengambil darah di lenganku yg tembam ini.. Oh, bukan 1 picagari, tetapi 2 ya kawan2.. Banyaknya darahku diambil untuk diuji..
Tengahari menjelma, sampailah masa saya untuk merasa makanan hospital yang digeruni oleh para pesakit.. Tapi, saya belum layak digelar pesakit, so saya amat menikmati ayam goreng kicap dan sup sawi itu.. :)
Menjelang petang, emak dan Cik Abang saya pulang ke rumah meninggalkan saya keseorangan pada malam pertama saya di sini.. Sebelum saya lena, masih ada ujian yang perlu dilalui.. X-ray perlu dilakukan di bilik X-ray yang jauh di tingkat bawah. Dan nurse sudi menolak saya yang sihat ini menaiki kerusi roda di sepanjang jalan!! Hehehe.. Memang saya enjoy menjadi seorang pesakit yang belum merasa sakitnya lagi..
Sebelah malamnya, 2orang nurse pelatih datang untuk melakukan ujian ECG pula. Dan saya tido dengan 6 kesan 'love bite' di dada.. Oooppss..hehe
22 Mac 2011, Seawal jam 6pagi, nurse telah tiba memberikan ubat, menukar cadar dan memberikan pakaian baru untuk ditukar.. Sarapan hanya tiba jam 830 pagi. Dan saya meneruskan jam2 yang berlalu dengan berbual2 dengan seorang ibu yang menjaga anaknya..
Tengahari, emak dan Cik Abang tiba, mengisi kekosongan jiwa yang dirasai.. Sepanjang pagi menunggu apakah lagi ujian yang perlu dilalui tetapi semuanya kosong sahaja. Sepatutnya saya perlu pergi berjumpa dengan Pakar Anesthetic. Cik Abang saya yg semalamnya balik ke Bentong, datang semula dengan membawakan durian dari kebun Ayah (FIL). Sebelum berpantang, saya makan jgk 5-6 ulas durian, selepas salin baju dan curi2 keluar ke parking lot untuk makan.. Nak makan banyak, nnt kena gie jumpa Doktor anesthetic, berbau durian pulak.. Ye tak..hehe
Dalam kul2, Cik Abang saya dah balik. Emak stay lagi la.. Baru nak lelapkan mata, barulah datang nurse nak ajak saya gie jumpa pakar anesthetic tu.. Bilik doktor kt sebelah dewan bedah jer. Nampaklah 2-3 orang yang kuar masuk dewan bedah. Gerun bila memikirkan, saya lak yang akan ditolak pagi esok.. Doktor menerangkan tentang prosedur pembiusan esok. Ubat bius akan dimasukkan melalui tiub terus dalam salur darah. Salur oksigen akan dimasukkan ke dalam trakea (ye ke) untuk memudahkan saya bernafas semasa saya sedar sebelum diberi ubat bius.. Ok, saya faham segala penerangan, dan saya dibenarkan untuk kembali ke wad semula..
Emak menemani saya malam ni. Sebagai persediaan esok pagi sebelum pembedahan..
Dan salur IV masih belum dicucuk ke lengan saya lg...
~~To Be Continue~~
salam daiadellas...semoga semuanya berjalan ngan lancar.K.atie byk kali gak masuk kuar wad....mmg xsuker!!1 malam tue rasa cam 1 tahun....hikhik.trauma rasanya nk masuk wad..tp dah kita sakit nk wat camna kan?
ReplyDeletebila lg nk bsambung?
ReplyDelete