Balik kampung memang best, nak pulak bila balik untuk hari raya.. Tapi hakikat sebelum sampai ke rumah, memang sedikit memeritkan..
Kami bertolak dari Lawas jam2 petang selepas solat Jumaat dan menyetelkan apa yg patut. Sepanjang 4jam 30minit perjalanan, (biasanya3jam jer), ujan lebat mencurah2.. Bila dh ujan tu, mestilah jalan jem bila lau kt Bandar2 Sipitang, Beaufort, Papar, Lok Kawi dan Kota Kinabalu.. Sampai hotel dah jam630petang, kompem dh berbuka, terpaksala check in cepat2 & cari air mineral complimentary..huhu
Oh, lupa nk maklumkan, saya dan Abg Fadhil balik bersama2 dengan Ustaz Yazid, Lin dan Iman kali nie.. Jadi sepanjang jalan, rancakla berbual sampai tekak kering..:)
Dah selamat di bilik hotel, kami pun keluar semula ke Center Point KK untuk mengisi perut. Kami memilih untuk dinner(sbb dh berbuka td..:) di Kenny Rogers. Makan makanan yg dh biasa dimakan dan terus menuju ke Daiso lak lepas tu.. Saya dah belikan 3 mainan utk 3 anak sedara saya. Dan plus 1 kanta pembesar sebagai hadiah untuk Raif Danial kerana dapat nombor 3 masa exam baru2 nie..:)
Jadi, balik dari Center Point, kami terus balik ke hotel. Hotel kami berhadapan dengan Pasar Malam Kampung Air yang amatlah glemer dengan barang2 kemas daripada kristal dan mutiara. Saya pun jalan2 sorang2 sebelum Abang Fadhil datang teman sebab dia lambat cari parking.. Saya memang nak beli kerongsang untuk raya. Lagipun, Kak Suri(kak ipar saya) dah pesan suh beli kerongsang untuk dia gak. Tapi, disebalik hati yang tegar nak cari kerongsang jer tu, saya rembat gak gelang tangan ibu mutiara untuk raya. hahahaha.. Cantik..
Abis jugak Rm215 malam tadi.. Isk isk.. Tapi, xpe.. Yang banyaknya untuk Kak Suri dan Mak..hehe
Tengah malam, saya dah tidur, Abg Fadhil gie keluar ngan Ustaz, g jumpa Ckgu Ismadi untuk simpan kereta. Saya yang tidur lena nie xsedar diri pun.. Tapi bila tersedar kul3, tengok AbgFadhil xde lagi, terus rasa seriau.. Terus call.hehe.. Tapi Abg Fadhil kata dia tengah beli makanan untuk bersahur.. Ooooo.. Isteri nie risau bila suami xinform akan balik lewat..Tau..
Jadi, kul4 pagi bangun lagi untuk bersahur nasi goreng pattaya yang dibeli kat restoren sepupu cikgu Ismadi.. Abang Fadhil makan roti canai. Lepas makan, subuh, sambung tidur semula..:)
Jam8 pagi baru saya terjaga semula. Bilik nie xde tingkap, tu yg xsedar hari dah cerah. Malas nak mandi lagi. Terus bukak laptop dan online..
Jam12 kang dhnak check out hotel. Xtau lagi apa perancangan Abang Fadhil sebelum g Terminal 2 utk tunggu flight jam 705malam yang lambat lg tu.. Saya ingat nak g jalan2 tapi bulan puasa nie.. Larat ker.. Lagipun, kena menstabilkan diri untuk duduk dalam flight selama 2jam 30minit tu supaya tak rasa kesakitan yang bisa menyerang tu..
Ohh.. Saya dah dapat buat appointment untuk jumpa Doktor Pakar Ortho hari Isnin minggu depan untuk buat MRI di hospital Temerloh. Xla saya kena guna duit ribu riban untuk ujian tu..(kedekut jugak saya ni..) Dan saya harap, ujian tu akan men'reveal' apa yang patut saya lakukan dengan sakit nie.. Saya dah dapatkan sikit maklumat dari internet. Ada 2 jalan penyelesaian jer.. 1- Kalau keadaan masih belum serius, rawatannya hanyalah makan ubat dan buat fisioterapi yang saya buat 4kali tiap hari sekarang nie.. 2- Kalau keadaan dh berada pada tahap serius dan amat mengganggu kehidupan seharian, pembedahan amat digalakkan.. Jadi, keadaan mana satu saya nie??
Saya ada jugak tanya2 kat juruterapi kat Hospital Lawas tu tentang keadaan saya nie. Dia cakap, sebab saya dah start rasa kebas selain rasa sakit sepanjang kaki kanan nie, jadi ada kemungkinan keadaan saraf tu dah jadi makin teruk. So, treatment is a must she said..huhu
Ada can tak saya nak guna medical report saya untuk mintak tranfer ujung thn nie??? :)
Okla, saya pn dahnk start menyiapkan beg2 dan mandi, sebelum check out nie kang..
SELAMAT BERCUTI..
SELAMAT MENYAMBUT LAILATUL QADAR..
SELMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
(ucap awal, takut dh xde kesempatan utk update blog sbb kt umah kampung xde wireless dan line broadband xbagus sangat..)
tata
No comments:
Post a Comment