Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, March 2, 2010

Latihan Olahraga yg Memerah Keringat..


Sudah 2 minggu latihan olahraga dijalankan. Nama pun jurulatih, memang letih.. Siapa kata jadi jurulatih nie cuma untuk lari daripada tugas jer??

Bukan apa, latihan olahraga nie dijalankan setiap pagi dan petang. Jadi,sudah semestinya, kelas kami para jurulatih yang seramai 7 orang nie perlu diganti oleh guru2 lain dari jam7 hingga 1040 pg.. Letih beb.. Walaupun bebudak yang berlari, yg buat aktiviti, tapi kita yg dok berjemur sama2, lari sama2, buat regangan n senaman bersama2 nie, tetap rasa hangat dan hangitnya...

Minggu pertama agak mudah, atlit perlu menyesuaikan diri dengan aktiviti untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan otot mereka. Ssetiap jurulatih punya gaya dan jenis latihan tersendiri bergantung pada jenis sukan yang diambil oleh atlit tersebut.. Gelanggang sekolah, tangga, bukit, semuanya diterokai demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Daku memegang atlit larian jarak sederhana dan jauh. Daku sedar, mereka perlu diajar untuk berdaya tahan akan kardiovackular dan otot kaki terutamanya.. Tangga dan bukit menjadi lawan mereka. Aktiviti tampak berkesan. Mereka keletihan tetapi daku nampak keberkesanan dan keberhasilan latihan tersebut..

Minggu kedua, atlit disuruh mengelilingi padang agar dapat membiasakan diri dengan suasana pertandingan dengan jarak sebenar. Daku memahami, latihan larian memang membosankan. Kamu hanya boleh berlari, berlari, dan terus berlari untuk meningkatkan prestasi diri.. Tiada cara lain untuk berjaya!! Mareka seolah tidak memahami latihan ini bakal membantu mereka dalam pertandingan kelak namun Daku tahu, mereka cuma belum sedar..

Daku masih cuba membiasakan diri dengan keadaan tanpa rehat ini. Tekak telah membengkak. daku cuma dapat berharap agar ia akan mengecut sebelum kami ke Limbang minggu hadapan. Maklumlah, bila tonsil membengkak, tekak jadi sempit. Nak bernafas semasa sedar pun sukar, inikan pula semasa tidur.. Dengan keadaan panas dan kesukaran untuk mendapat air minuman nanti, pasti akan membawa penderitaan kepada daku!!

4 hari to go to the kejohanan olahraga MSSB Limbang.. I hope I will berjaya to train all the athletes to grab at least bronze in their acara yang utama. At least, bagi atlit di bawah kelolaan ku, daku mengharap agar dapat membawa sekurang2nya 2 emas, 3 perak dan 3 gangsa.. Sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk digapai..

So, selagi ada masa, latihan pasti akan ditambahgiatkan lagi.. So, atlit2 jarak jauh dan jalan kaki, be aware of tomorrow me!! hehheehe

buat rakan2 seperjuangan yang terpaksa menggantikan kelas2 kami yang berderet2 tu, kami harap kami tidak terlalu menyusahkan.. Kami turut sama melakukan tugasan sekolah.. Yang pasti, walaupun kami bukan yg terbaik, tetapi kami yg terpaksa menanggung terik matahari pagi itu.. Maafkan kami.. Doakan kami dapat melakukan yang terbaik.. Doakan atlit2 ini dapat melakukan yang terbaik..

Semoga minggu ini akan membawa peningkatan yang lebih buat atlit. Semoga minggu hadapan akan membawa sinar keemasan buat mereka.. Kami jurulatih hanya dapat menumpang bangga...

tata

1 comment:

  1. jgn coach pun kena sunburn jugak dh ler.
    Menggelupas kulit2 muka tu. Kalo tang tangan takpe lagik, hehe..Kalo tang muka?? berbulu2 ler masa menggelupas tu, haha..

    Selalu gak ye tonsil menyerang?? Susah gak gitu. Tak selesa...
    Ok..Take care..(garnier!! hehe)

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}