Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, March 13, 2010

Ini Yg terjadi...


Sebelum entry sebenar disiarkn, nie iklan sket.. Berkenaan percubaan pertama ku utk membuat karipap...

Tidak diuli sempurna.. Inti dh lama dok dlm fridge menunggu kulitnya..
Inilah hasilnya.. xle buat berjual tp kalau utk makan sendiri, ok la... Kenyangla.. Bila nak buat lg?? Hehehehe... Ntahla...

Pastu, nk tunjuk lauk org xberapa nak rajin lak..
Nie dia.. Sekali masak jer..(Ohh.. tu dapo baru. Kira nie perasmianla.. Yg lama dh rosak stove sebelah kiri..)
Close up sket... Ayam percik Ala Mak yg dah ditukar jd Ala Daku..
Tomyam sayur yg amat mudah disediakan.. Enak dan sihat...


So, now kita masuk ke entry sebenarnya... Kisah 3 minggu lepas, kisah Olahraga yang hangat... Ini umpamaperingatan pada diriku, bahawa apa yg kita lakukan, bukan mudah utk diterima insan lain.. Fikir2kanla...
Sesi latihan bagi atlit lompatan(lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang). Kelihatan Cikgu Wilson dengan tuala lembabnya..
Nie lak atlit2 jarak sederhana dan jauh yg TAK menyerlah langsung dlm Kejohanan kali nie.. Daku rasa, kalau dorang xperform, lain kali xyah bawak dh. Buat perabih boreh joo..
Nie para atlit lontaran(lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera) bersama Cikgu Ambran. Sapa buat tak betol, kena denda push up.. Denda bukan sebarang denda, denda nie dpt kuatkan otot dorang jugak...
Dan, nie sesi 'duduk2' antara jurulatih dan para atlit.. Sedikit peringatan utk bekalan di Limbang...
Sesampai di Limbang, Semua topi dikutip utk mengelakkan mereka memakainya semasa di padang.. Hp juga dikutip semasa taklimat sehinggalah tamat acara keesokkan hari bg membantu atlit utk fokus terhadap pertandingan mereka..
Anthony Peru keberatan menyerahkan topi kesayangannya..Tapi apakan daya, dah jd peraturan sementara xle pakai topi..
Cikgu boleh lak pakai topi?? Beza student ngan cikgu, gitu la..
Niela keadaan dalam khemah yg disediakan utk para atlit.. xcukup besar, nasib baik kami dapat bahagian tepi sekali. Dapat berehat di bawah pokok dan ditepi longkang sekali..Ermmm...
Cikgu2 terpaksala dok bawah pokok utk memberi laluan kepada atlit2 yg kepenatan dan memerlukan rawatan kecemasa berada dalam khemah tu.. Lagipun, Cikgu Dayah xbagi orang xberkenaan masuk khemah selain atlit..huhu
Nielah keadaan atlit2..kesian..Tp nielah bertanding namanya..
Posing cikgu cikgi sambil memerhatikan prestasi atlit masing2..
Yang terbaring, terduduk dan termonyok..

Aksi pelari 3000m terbuka perempuan.
Lijah dan Vanessa. Xdpt nombor pun..xpelah, dh cuba yg terbaik kan..
Selepas acara 4x100m lelaki bwh 15thn yg menjadi harapan SMKL. Alekson cedera hamstring tp still bersemangat utk menang. Timothy pn injured gak. Izwan dan Anthony pn sama. kesimpulannya, dorang tak cukup streching la tu.. Cuaca lak sejuk jer aritu..
Salumei dan Vanessa mengipas siapa tu..??
Aksi Faizan dalam acara lari berhalangan 2000m. Memberi saingan tapi dapat nombor 8 jer..
Nie lak aksi Anthony yg tgh berteleku fokus utk acara final 200m nya. Matanya sakit lg. Cikgu Fadhil bg spek mata hitam utk dipakai semasa berlari dan ms2 lain utk mengelak matanya dr terkena cahaya yg terik tp dia lak malu... xtahan tgk org pandang dia katanya.. Pemalu rupanya cik abang sorang nie...
Para atlit yg tiada acara disuruh utk memberikan sokongan kepada rakan2 lain yg sedang bertanding.. Macam manala hati xseronok, atlit2 bersemangat, rambut semua pendek, sejuk hati cikgu...
Macam2 mereka bualkan semasa tiada acara di padang dan balapan.. Cuaca panas membuatkan ku terpaksa mengawal mereka dengan ketat.. keadaan di khemah, daku uruskan.. Nk pergi mana2, kena bgtau dulu tau..So far, Baguslah bebudak nie...
Mary Tan, memenangi tempat ke4 dlm acara 400m perempuan bawah14thn tersenyum ke arah ku.. Naper ek?? xingatla.
"haa..Sokong kuat2.. Kawan kamu nak lari tu!!" Arahan ke permintaan? hehehe
Kasut disusun teratur sebab ada pertandingan khemah terbersih. Tp yg menang, khemah yg xbersih pun daku tgk..Konpius dgn sistem pengadilan dorg nie..
Pemandangan khmeh peserta dr 9 buah sekolah menengah bahagian Limbang termasuk 2 kontijen sekolah rendah.
Tempat bergayut atlit2 semasa menonton acara yg sedang berlangsung.
Tak banyak acara bermaksud penuhla khemah dengan atlit..
Daphney kasing, yg daku selalu bergurau senda dengannya, berlari dlm acara 4x100m perempuan 14thn. gaya lari dh ada, cuma pendek je.. kalau dia dh meninggi, ada harapan cerah jd atlit harapan nie..
Kaki Masita kesakitan akibat dipijak oleh Rochelle sebelum dia berlari utk acara 4x100m perempuan 18thn. Peristiwa tersebut membawa kepada pengharaman utk masuk ke khemah terhadap Rochelle yg banyak cakap dan berjalan..hehehehe..Sori ye Rochelle..Cikgu terlebih emosi lak.. Tu la, kalau dengar cakap, xdela kamu terpijak kaki orang yg ada acara lg tu...
Posing TERBAIK dari Suami TERCINTA...
Rody Ak Bandal menunjukkan larian yg meyakinkan semasa acara 4x400m lelaki 15thn.
Cepat cikgu Dayah!! Panas nie...
Kontijen SMK Lawas 2010.. Tempat ke 9 dengan 4 perak dan 4 gangsa..
Gambar berdua di hari terakhir kejohanan.. xde masa nk berkepit..
"Jangan tinggalkan sampah kamu di padang nie.. Tunjukkan sikap baik dan disiplin kamu kepada semua orang!!" kata cikgu Dayah selepas nampak atlit2 sekolah lain dah mula membaling sampah sarap ke sekeliling padang...


Alhamdulillah... Selesai sudah 3minggu yg memenatkan, memeritkan, menyakitkan, dan sebagainya yg sewaktu dengannya.. Dengan pingat yg sedikit utk dibawa balik, nampaknya, banyak lg yg perlu dilakukan utk meningkatkan kembali mutu sukan SMK Lawas tercinta nie.. Apa yg jelas, semangat bertarung adalah elemen paling penting utk diserapkan dalam jiwa para atlit agar lebih bersemangat semasa bertanding.

Nampaknya, cadangan PK Koko utk mewujudkan Badan Pembangunan Olahraga peringkat sekolah perlu dipandang serius demi meningkatkan mutu sukan olahraga sekolah. Nampaknya, daku perlu bekerja lebih keras untuk memastikan para atlit mendapat ilmu olahraga yg secukupnya sebelum kembali bertanding tahun hadapan.. Dan daku amat berharap agar daku akan dapat membantu menyumbang beberapa pingat utk sekolah thn hadapan.. InsyaAllah.. Itu pun kalau Daku tak transfer lg..hehehe

So, semoga dengan berakhirnya Kejohanan Olahraga MSSB Limbang ini, maka berakhirlah juga cakap2 kosong penuh tomahan palsu. Semoga yang keruh akan kembali jernih seperti sedia kala.. Profesyen keguruan memang sangat mencabar.. Terutama apabila melibatkan keterlibatan guru2 dalam pelbagai bidang selain pengajaran dan pembelajaran dalam kelas...

Ya! Semoga kita akan lebih memahami selepas ini.. InsyaAllah...

tata

1 comment:

  1. asalamualaikum cikgu....sy ni,siti fatimah,atlit jarak jauh tahun 2008 smk lawas,kakak kpda siti zubaidah...apa ceta pula adik sy msa sukan tu?

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}