Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, March 6, 2010

Berakhirnya.....


Akhirnya, akan tiba hari yang dinanti2kan oleh semua yg terlibat.. Kejohanan Olahraga MSSB Limbang akan membuka tirainya Isnin ini, 8/03/2010 dan akan berlangsung sehingga Khamis, 11/03/2010. Majlis Penutupan akan dijalankan pada jam 5ptg hari terakhir, so, jangan pelik kalau Jumaat tu kami masih belum ke sekolah. Kami hanya akan bertolak pulang ke Lawas pada pagi Jumaat, 12/03/2010. Memang cikgu boleh balik terus petang tu tp masalah pengangkutan atlit2 ke kampung masing2 menginkuirikan penyelesaian ini..

Pagi td (Sabtu, 6.3.2010), sesi latihan terakhir dijalankan. Hanya latihan ringan tanpa perlakuan berat diberikan kepada atlit bertepatan dengan prinsip sains sukan yang menitikberatkan rehat sebelum pertandingan. Cuma daku masih belum berpuas hati terhadap cara pelepasan dan pengambilan baton oleh atlit2 relay. Kekurangan teknik dalam baton akan menyebabkan kekalahan yang merugikan.. Kami mempunyai gabungan pelari pecut yang insyaAllah jika kena gayanya, akan dapat menyumbang emas kepada sekolah. Namun begitu, kelemahan baton ini nampak amat jelas dan boleh menjejaskan misi emas ini.. Moga cikgu Maradona akan dapat mengatasi masalah ini dengan pengetahuan teknikal olahraganya yang tinggi...

Daku tidak dapat menaruh harapan yang tinggi kepada atlit jarak sederhana dan jauh kami. Setakat pengetahuan ku, atlit2 dari Medamit dan Pati Ambun juga Merapok dan Sundar adalah saingan hebat dalam acara jarak jauh nie.. Dengan disiplin yang tidak daku banggakan yang ada pada atlit jarak jauh dan sederhana ini, daku hanya dapat berharap akan persembahan terbaik dan semangat tertinggi yang dapat mereka tunjukkan pada hari pertandingan...

Setiap atlit telah dijanjikan ganjaran besar sekiranya mereka menyumbang pingat. Daku kira, ini adalah penambah suntikan semangat terhadap mereka yang masih kabur tentang realiti pertandingan ini.. Kebanyakan daripada mereka, ini adalah pengalaman pertama mereka. Daku tidak perlu menyalahkan mereka atas kenaifan mereka.. Sesampai di sana, mereka akan merasai sendiri tekanan pertandingan itu...

Petang ini, daku ingin menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk ku. sSeminggu di Limbang, tak memerlukan peti sejuk yang penuh dengan makanan.. Dan daku telah bersiap untuk memasak AyAM PERCIK.. Ntah Aina Suraya telah berjaya memasak ayam percik versi ibuku ini kan...

Baiklah, Daku perlu berhenti di sini.. Beg dan barang2 masih belum dikemas dan daku perlukan rehat yang panjang sebelum dan selepas seminggu yang pastinya akan memenatkan...

Terima kasih rakan2 atas segala2nya.. Daku menghargai perasaan anda semua.. Daku memahami, Daku akan bertindak begitu jua.. Kita rakan seperjuangan, mengata di depan lebih baik daripada memburukkan rakan di hadapan pelajar.. MasyaAllah... Semoga Daku akan lebih berhati2 selepas ini dalam mengimpretasikan sesuatu peristiwa agar kejadian2 seperti ini tidak berulang lg..

Buat Del, rakanku di Johor, andai kau membaca coretanku kali ini, bolehkah daku katakan bahawa, "Hidup guru memang begini??"

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}