Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, November 19, 2009

We're coming Mums and Dad...


Perasaan ku masih seperti biasa hari ini.. Ahad sudah mahu terbang, Jumaat masih enak tidur petang dan menekan tetikus bermain Barn Buddy dan Farmville.. Aiiii.....

Ku kira, sebuah beg pakaian yang sederhana besar dan sebuah kotak cukup untuk membawa pulang apa yang perlu sepanjang percutian kali ini.. 2 kilo udang kering Chik dan 2 kilo ikan bilis mak tidak akan dilupakan.. oohh.. Termasuk lada hitam yang sudah lama ku beli..hehehe

Perjalanan kami akan bermula esok, Sabtu pagi apabila kami bertolak menuju ke KK. Tidur semalaman sebelum terbang jam 4 petang di KKIA. Sampai di KLIA mungkin dalam jam8 malam. Meneruskan perjalanan menaiki KLIA Express ke KL Sentral. Menaiki Putra LRT pula terus ke Stesen Gombak. Bayangkan, jumlah masa perjalanan yang terpaksa kami jalani untuk sampai ke kampung halaman.. Cuba juga kirakan berapa kos perjalanan sehari suntuk itu termasuklah tiket kapal terbang.. Adakah segala itu berpatutan dengan jumlah elaun yang kami terima lebih RM250 daripada rakan sejawat di Semenanjung?

Daku bukan merungut, malah terasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di bumi yang belum pernah ku jejaki sebelum ini.. Malah nasib sentiasa membawaku ke bumi asing setiap kali daku menamatkan satu peringkat hidup.. Dan, secara berterus-terang, daku memang sudah dapat menduga bahawa permulaan alam pekerjaan ku akan membawaku ke bumi Borneo ini..

Daku amat sayang untuk mengabaikan segala keindahan bumi Tuhan di sini tanpa sempat mengabadikannya dalam memori hidupku. Daku belum puas menikmati segala flora fauna yang terhidang di alam luas ini.. Daku masih dahagakan segala pengalaman perjalanan yang hanya akan dapat ku perolehi di sini.. Daku tahu, sekiranya daku pulang sekarang, daku tidak akan kembali ke sini dalam masa singkat.. Satu kerugian yang amat besar sekiranya daku membazirkan peluang hebat ini di sini..

Perjalanan pulang pasti akan meletihkan. Menuntut tenaga fizikal dan mental terutamanya dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di akhir tahun ini.. InsyaAllah.. Kami akan selamat pulang.. Dan InsyaAllah... Akan selamat kembali ke sini, meneruskan bakti yang dipikul di bahu sampai mati..

Doakan keselamatan kami berdua dari rumah ke rumah... Bertemu Ayah, Emak dan Emak.. Semoga ukhuwah kan bertambah erat, hubungan kan makin bersemi, kebahagiaan kan melingkari, kehidupan kami, dunia akhirat, InsyaAllah....

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}