Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, October 2, 2013

Masih dan Akan Bertambah Kuat..


Ramai yang baru kahwin, dan sedang menjalani perkahwinan seawal usia 2-3 tahun, yang sentiasa teraser menderita apabila ditanya tentang zuriat.. Ketahuilah bahawa saya juga pernah melalui tempoh masa tersebut..

Tiap kata-kata dirasakan seolah belati tajam terus menusuk hati yang paling dalam.. Peritnya sehinggakan saya yang cuma bersabar sentiasa terhamburkan kata-kata nista kepada si penanya.. sian makcik pakcik yang suka sangat jaga tepi kain orang tu kan..

Bukan sekali dua saya menangis apabila kaum keluarga yang seenaknya mengeluarkan pendapat tentang kesalahan cara pemakanan, kesalahan cara bersama suami, kesalahan itu dan ini hingga menyesakkan otak. Tahukah mereka bahawa kami telah mencuba sedaya upaya kami??

Tidak kurang juga yang menyarankan ubat itu dan ini, bidan itu dan ini, malah bomoh!! untuk mengubati masalah ini.. Pelbagai produk telah saya cuba. Pelbagai bidan yang pandai mengururt saya pergi.. Malah, kejahilan saya untuk menyerahkan diri kepada bomoh (saya sangat kesal!!) juga telah berlaku. Apa lagi yang belum saya buat??? Masih saya wanita mandul kata mereka.. sedangkan saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan di klinik pakar wanita yang menyatakan hanyalah masalah hormon yang bisa.. Cuma belum tiba masanya lagi..

Dan apabila genap 6tahun perkahwinan kami, berita baik yang kami terima memang mengembalikan bunga2 harapan hubungan kami.. Namun kita hanya merancang.. Rezeki itu hanya untuk kami selama 2bulan, dan saya redha.. Masih ada lagi bunyi-bunyi sumbang kepada saya..

Makan bende tak elok la.. Lasak sangatla.. Terlalu aktif.. Tak jaga mulut...

Oowhh... Semuanya menghiris hati...

Akan tetapi, saya yakin saya adalah orang yang terpilih untuk menerima ujian ini.. Walau ada masanya saya akan terperesok ke dalam emosi sedih dan pasrah, namun begitu saya akan pastikan saya akan terus bangkit menghadapi masa depan..

Ya, segalanya ketentuan dan saya yakin akan ada rezeki untuk saya nanti.. Dan kini, segala kata-kata tajam yang dilemparkan sudah mampu saya layan dengan senyuman.. Senyum ikhlas yang akan menyejukkan hati mereka yang ikhlas.. Tapi pasti akan membakar hati mereka yang memang berniat untuk menyindir..kN..HIHIHI

Ya, Saya masih kuat, dan akan menjadi bertambah kuat.. Bersama encik suami di sisi.. Bersama dia saja.. Kami akan jadi lebih kuat..

tata

3 comments:

  1. Entry yang sangat menarik, memberi kekuatan kepada saya yang seringkali down dgn situasi yang sama. time kasih sis. moga saat2 yang kita nantikan tu akan tiba jua akhirnya...amin..
    leh dapatkan alamat emel sis? leh kita berbual2 dan berkongsi cerita.
    ni blog saya http://journeytottc.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Shazrina.. Apabila kita berada dalam kalangan yang sama, perkongsian emosi tu memang sangat2 membantu kita mengharungi hari kn...
      emel akak: dayel070707@yahoo.com.my

      Delete
  2. Sabar yer kak, sy pun lalui perkara yg sama, walaupun baru 2 thn lbh berkahwin. Org sekeliling mbuat andaian mcm2 utk org mcm kita, ada yg smpai "scan" bdn sy dgn mata kasar mrka, apa yg kurang yg mnyebabkan sy xda zuriat.Sedih. Ada yg sibuk duk tanya pasal rawatan kesuburan, itu ini.. Aduh, smua tu bkn sesuatu yg mgembirakan kita kan..;) salam kenal yer, emel sy: nurul_afifat@yahoo.com

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}