Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, October 30, 2012

Ermm Hemmm


Dari jam 6.30 pg 30/10, Saya bertolak ke sekolah, itulah kali terakhir Saya menatap wajah kesayangan itu..

Jam 6.30 pg 31/10, sebelum Saya bertolak ke sekolah, wajah itu terselindung di sebalik bantal busuk.

Antara 24jam itu, Saya dengan dunia Saya, dan dia dengan dunianya..

Sekarang, sudah jam 12.30tghari 31/10. Sudah 30jam tidak bersua muka..

Adakah kami berjauhan?? Outstation??

Takpun.. Saya masih dengan rutin harian biasa.. pergi sekolah.. Balik sekolah.. Tidur.. Memasak..

Dan dia pun sama.. I guess.. Cuma dia bersosial usai tamat waktu sekolahnya..

Jam 11malam, selogiknya Saya sudah kemengantukan, dalam kes semalam, ketiduran keseorangan..

Si dia?? Waktu itu, masih bersosial dgn teman (atau teman2??)..

Tidak mengapa, nak cukupkan jumlah jam menjadi 48jam tidak bersua muka pun tak apa..

Saya isteri berdikari. Ditinggalkan selama seminggu pun masih boleh survive. Apa yg susah, balik ke kampung sendirian juga sudah pernah..Apa lagi yg boleh menjadi halangan??

Saya isteri yang rutinnya sama sahaja.. Cuma sedia menjaga masa bersama keluarga.. Sekiranya si dia ingin bersosial, mungkin Saya juga perlu mula mencari teman untuk bersosial..

Kerana Saya tiada teman yg bersosial, hanya kerana wanita2 seusia sudah sibuk dengan anak2 masing2..

Dan Saya masih sendirian..

Tak apa.. Sendirian pun bukanlah terlalu menyedihkan kan??

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}