Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, January 5, 2011

Cameron Highlands... 1st time..

Penjelajahan Malaysia bermula dengan perjalanan ke Cameron Highlands mengikut jalan Raub-Pos Betau-Cameron. Wah wah wah.. Dulu zaman kecik2, nk gie Cameron punyalah jauh, kena pusing ke Perak, naik ikut Tapah. Sekarang nie, alhamdulillah... Dekat jer.. Nak balik hari pun boleh..:)

Kami bertolak ari Khamis (3Nov2010). Jam 10.30 pg, kami bertolak daripada Temerloh.. Kami naik 2 kereta, sebuah Myvi, sebuah Cefiro. Jalan naik sangatla ok. Besar dan tak curam sangat.. Selesa dan bahagia..hehe

Kami menginap di Desa Anthurium.. Apartment 3 bilik, kami sewa dengan harga RM200 semalam.. Murah x? Cari jer kt Mudah.my..hehe Kami menginap 2 malam di sini.. Maklumla, jarang dtg, so, pulun la puas2..

Niela apartment yg kami sewa. Ada 3 bilik dengan katil saiz queen, kt ruang tamu ada lg 2 sofa bed. Sangatttlaa selesa..

Kami masak2 dalam umah jer.. Lebih jimat kalau duduk berdua.. Dan pengembaraan pun bermula..
Nie dh bersiap nak berjalan2 di Brinchang..
Dah sampai strawberi farm.. Semua pun muka ngantuk sebab xpuas tido..
Ready utk gie memetik strawberi sendiri..
Hafeeza dengan hasil sendiri..
Raif menunjukkan kemahirannya.. Penuh hati2..
Rasa nk ngap je strawberi nie..hehe
Apa budak2 nie buat? Makan curi2? hehehe
Banyak nie je yg bebudak nie dapat..huuhuu.. Last2, Makngah jugak yg tolong setelkn..
Bergambar dengan basket yg penuh..

Haa.. Mkn2 strawberi mcm2 resepi..
3 lelaki, 3aktiviti..
Suami Paling Ensem...(??))
Kami yg hepi!!

Perjalanan diteruskan ke Taman Rama2.. Layan budak2la.. Xbanyak spesis rama2 yg ada kt sini.. Xdijaga dengan baik jugak.. Tapi, enjoyla..

Abang tunjuk kehebatan pada anak2..
Nie spesis paling banyak kt sini..
Hafeeza relek jer. Hanaan still takut2 lg..
Gambar famili..
Utk kenangan..
Kena pegang tangan Hanaan, kalau x, rama2 tu terbang sebab tangan dia goyang2..huhu
Kenangan di sini..
Abang dapat tangkap rama2 spesis lain..
Muka2 eager..
Jom balik..
Ada tanduk??

Dah tamat lawatan, semua pun dh letih..Kami balik, mkn2 plk, pastu sambung tido dlm cuaca yg super sejuk tu... Petang tu, layanlah Raif dan Hanaan gie main2 kt padang permainan..
Gambar kenangan lagi..
Raif tunjuk kepakaran..Tapi eksen je tu..hehe
Main gelongsor plk..ayah Cu jd mandur..huhu
Hanaan plk..Nie lepas terjatuh lopak air..hehe
Bergambar kenangan dengan Shirley, budak omputih yg semangat ikut dorg main2..hehe

Malamnya, kami keluar lg ke Pasar Malam Brinchang..Jln2 cari sayur2 n brg2 utk dibawa balik.. Sbb esok paginya, Sabtu 5 Nov, kami dhnak balik.. Awal jgk, dlm kul11 kami dh check out..

Tamatlah perjalanan kami sekeluarga.. Seronok, lain kali boleh datang lagi.. Ooohhh.. Belum lagi, akan ada lg siri akn datang.. Tunggu..

tata
29 Nov-1Dis 2010 : Berfoya2 di rumah..
2-4 Dis 2010 (Khamis-Sabtu) : Berehat2 di Cameron Highlands..
5 Dis 2010 (Ahad) : Merehatkan diri..
6 Dis 2010 (Isnin) : Pulang ke Bentong untuk aktiviti keluarga..


1 comment:

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}