Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, August 10, 2015

Pengalaman di 36 minggu Kehamilan

Assalamualaikum..

Kehamilan pada usia 36 minggu sangat mengujakan. Banyak yang berlaku. Lama sudah ditunggu. Terlalu banyak perkara untuk difikirkan. Nasib baik saya masih berkerja. Maka kurang masa untuk stress berfikir tentang kelahiran yang bakal menjelang..

Apa yang perlu dijangka pada bulan ke-9 kehamilan ni?

Banyak... Banyak kehamilan berakhir dengan kelahiran pada bulan ini. Minggu 36 menandakan bahawa kehamilan sudah tiba ke fasa akhir penyediaan bayi untuk beralih dari alam rahim ke alam dunia..

Tapi.. Adakah kita sebagai ibu sudah bersedia??

Saya memang sudah bersedia dari segi persediaan barang2 bayi.

1. Beg untuk dibawa ke hospital sudah lengkap.
2. Buku merah dipastikan berada dalam handbag setiap masa.
3. Barangan dan keperluan baby terutamanya ini kelahiran pertama dah lengkap..

Waktu2 ni saya rasa kritikal.. Badan minta rehat. Akal kata we need to do all the stuff sebelum baby menjenguk dunia untuk pastikan masa berpantang bebas daripada kerja-kerja mengarut.. Oo..mak.. Memang bersimpang siur dunia..

Stress Dalam Minggu ke-36.

Saya memang tertekan. Terlalu banyak perkara yang berlegar di kepala. Memikirkan adakah badan sudah bersedia untuk mengharungi detik-detik kelahiran nanti.. Adakah bayi sudah bersedia untuk berubah dunia daripada alam rahim ke alam dunia..? Apakah yang akan berlaku sepanjang proses kelahiran? Adakah bayi terlalu besar sehinggakan akan berlaku kesukaran dalam proses kelahiran? Adakah diri cukup kuat untuk melahirkan bayi secara normal? Adakah prosedur pembedahan akan berjalan lancar dengan masalah sy sebagai seorang pesakit slip disc?

Sejauh mana saya boleh kekal positif? Selama mana saya boleh terus berpegang kukuh pada tali percaya diri yang selama ini menjadi sandaran walaupun selalu juga tali itu regang dan genting..?
Dan bagaimana pula dengan insan terhampir yang juga menunggu-nunggu kehadiran insan istimewa amanah Allah ni?

Saya pun manusia.. Pernah tenggelam dalam lautan emosi. Pernah terjatuh ke lembah kecewa. Selalu tergelincir daripada landasan waras akal..

Kembali pada fitrah membawa banyak ketenangan. Tiada yang lebih baik daripada itu..

Di samping tu, berbual dan meluahkan perasaan kepada insan terhampir dan sahabat handai yang memahami juga salah satu terapi saya agar tidak terus hanyut di bawa arus emosi yang tidak stabil..

Dan, mohonlah doa ibu agar segalanya dipermudahkan.. Saya sangat percaya pada doa seorang ibu..

Orait. Jumpa lagi di catatan minggu seterusnya! Andai masih ada minggu lainnya..  :)

Tata

#ceritadelldaiadeia

3 comments:

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}