Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, February 7, 2010

Sukan sekolah Telah Habis dengan JAYANYA!!!

((entry nie dh lama ditangguhkn penulisannya..jd, bacalah seolah2 ia dh lama ada di sini ye...))

AlhaMDULILLAH.... Selesai sudah penat lelah selama beberapa minggu ini.. Dengan cuaca cerah yg terik, menyebabkan ramai pelajar yang pengsan dan terdehidrat, kejohanan olahraga kali ini dapat daku simpulkan sebagai acara pertama SMK Lawas 2010 yang paling berjaya sekali.. Manakan tidak... Hampir semua guru memberikan 110% (mungkin lebih) usaha dan komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.. Bagi SERPIHAN yang mungkin kehabisan tenaga dan motivasi dalam meneruskan usaha memantapkan aktiviti sekolah, semoga anda semua akan mendapat petunjuk agar dapat menjadi guru yang lebih glokal di abad baru yang serba mencabar ini...

Daku sebenarnya sedikit berbangga (daku juga berharap agar tiada perasaan riak
yang merugikan) apabila anak didik yang ku gilap nampak sinarnya pada kejohanan hari ini..
Timothy Pengiran Ngilo, yang daku ajar sejak Tingkatan 1, yang daku dorong agar terus bergiat
dan berlatih acara kegemarannya, telah menunjukkan kebolehan luar biasanya.. Walaupun daku
sebenarnya tetap bersandarkan pada bakat, kebolehan dan kesungguhannya untuk berjaya
menyerap segala ilmu yang dicurahkan namun hati guru yang mudah tersentuh ini memang
sering tersentuh bangga akan kejayaan pelajarnya..

Daphne Kasing, pelajar kecik molek Tingkatan 1 yang berlari pantas.. Ku ajar melompat
kijang. Mungkin dia sudah punya ilmu itu di sekolah rendah. Namun pencapaiannya bagi
seseorang yang berumur 13 tahun dengan tubuh kecik molek itu sangat membanggakan.. Daku
pentingkan diri dengan berharap agar tubuhnya akan meninggi tahun hadapan agar bakatnya
dapat terus ku gilap hingga menjadi permata Sarawak yang disegani.. InsyaAllah..

Norziyana Othman, pelari jarak sederhana dan jarak jauh rumah merah.. Potensi yang
ada mmg membanggakan. InsyaAllah akan digilap lagi oleh ku sehingga boleh bersinar hingga ke peringkat
yg lebih2 lg..huhu

Dear students.. Semoga you all akan menjadi seseorang yg berbangga dgn bakat yg dikurniakan,
dan semoga kamu semua kan memahami betapa beruntungnya kamu sekiranya
menggunakan bakat tersebut dengan baik dan ke arah yang betul...

Ini semua gambar2 yg sempat ku snap semasa bertugas.. Enjoy..



Wajah bangga Timothy pengiran dengan Emas Lompat Kijang..
Reduan Abu yg pada mula memarahiku kerana memaksanya memasuki acara Lompat kijang, akhirnya dapat tersenyum bangga dengan perak yg digenggamnya..
Pemegang emas Lompat tinggi kategori perempuan bawah 14thn, Dayangku Amal Azeera.
Cara rejaman lembing yang tidak betul, hasilnya memang tak sebaik mana...

peristiwa payung tumbang ditiup angin.. itulah Daphne, berbaju putih.
Barisan pelajar yang amat bersemangat memberikan sokongan kepada atlit rumah sukan masing2...
Ratu jatuh Garisan Penamat, Heather. Semua acara, semua jatuh.. 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x400m... Aparaa...
PBSM yg dedikasi menyelamatkan atlit yg jatuh pengsan sampaikn menghadang laluan atlit2 lain yg tengah berlari..Aparaaa jugak..
Acara 1500m.. padang kami 200m jer satu pusingan so kalau 1500m tu, banyaklah pusingannya..hehe
Semangat Wilson dlm panas sebagai Pegawai Teknik..Of cos dibantu olehku..huhu

AHHAA!! Selipar saper yg tiba2 wujud di tengah2 trek selepas bebudak abis lari nie??? berikut ialah pemilik kaki yg keliru dari kiri...: Ustazah Noriana, daku, Wilson..
Permulaan yg baik tp pancit bila akhirnya..hehe
Anthony dengan bangga menghabiskan larian 400m di tempat pertama..
Achang, anak Cikgu Ziem yg begitu semangat!!
Cik Abangku yg tetap ada gambarnya di sini..kalau dia yg pegang kamera, jangan haraplah gambar daku nak ada..sobsobsob..Aksi 100m P3
100m P2
100m P1
100m L3
100m L2
ni perhiasan khemah rumah merah yg berjaya dapat no 1 dlm perhiasan khemah buat kali kedua berturut2...hebat!!!
rumah biru yg dpt tanah lot tepi..
redup je rumah kuning nie..sekali tgk, cm umah tok bomoh la plk..hehe.. jgn mare...
rumah hijau tetap sempoi!!...
Perbarisan rumah merah
persembahan perbarisan rumah hijau yg berupa tarian pom pom sexy yg meleret2 lama..boring!!
rumah kuning buat tarian chicken dance..simple, nice.. mmg patut dapat no 1..
rumah biru pn ok n nice..
ni lak persembahan tarian yg 'wajib' ada.. bagi daku, xreleven langsung dgn acara sukan nie..
cuaca makin panas...
ziana menang lh utk rumah merah..
sapa la yg dh buruk benar muka letih tu..
Go hijau!!
Eda menghabiskan larian di tempat ketiga..
Timothy kepada Izwan... Cara menerima baton yg xdpt diterima oleh daku!!! Mengapa ko xbagi tabik hormat o tunduk haik hait je kt timothy tu izwan ooiii!!!!Pastu gembira sakan lak dgn kemenangan..Aiii...remaja2...nie lak penyampaian anugerah Olahragawan.. Nie Olahragawati Perempuan bawah 14thn.. Nur Ziyana.
Olahragawati perempuan bwh 15thn, heather.
Olahragawati perempuan bawah 18thn, Lau Yann Lin. Dia menang 3 emas lontaran..
olahragawan lelaki bwh 14thn, brandon Achang..
olahragawan lelaki bawah 15thn, Anthony Peru.
olahragawan lelaki bwh 18thn, Delvis. Tapi nie Timothy tolong jd wakil, Delvis xwujud dh.
Nurziyana, Olahragawati keseluruhan 2010
Anthony Peru, Olahragawan keseluruhan.
rumah Kuning, tempat ketiga keseluruhan kejohanan olahraga sekolah.
rumah merah tempat kedua.
rumah biru tempat pertama sekali lg.. daku sedikit confius, saper mamat yg amik adiah nie??xnampak dia amik apa2 acara pun..huhu


So, walaupun lewat, nie la entry yg dapat dikongsi..
nak tulis banyak2 pn letih.. just see..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}